July 14th, 2010
Tidak terlintas difikiran saya ada dikalangan warga Malaysia terutama bangsa Melayu ke South Africa layan bola dengan berbaju melayu.
Sesuatu yang menarik…
Muhammad Firdaus Mohd Ramli,saya tidak mengenali beliau.Tetapi apa yang dilakukannya mengagumkan!
Menonton final world cup dengan baju melayu.Gilalah!…
Anda boleh layari facebook beliau untuk seleksi foto beliau dengan baju melayu orennya di Afrika Selatan.
“Satu gambar untuk keterujaan anda.”

Tags: afrika selatan, baju melayu, south africa, world cup 2010
Posted in penggila | No Comments »
July 6th, 2010
Tidak habis lagi cerita Penunggu gunung raya ni sebenarnya antara aku dengan Pokde.Tak tahulah!Mungkin sebab aku dengan Pokde tak puas hati dengan ending dia.
Kata Pokde,”kalau dah azan jek penunggu tu mati,apesal dari awal dia tak buat?”
Malas aku nak fikir sebab itu hak dia orang lah kan!bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee “dah cerite die macam tu ape kite nak buat!”
Cuma,wujud ke gunung raya tu?
Apa susah…google maps kan ada…hah!dah jumpa pun…

Satu di Langkawi Kedah

satu lagi di Sumatra.
Yang betul-betul kena tanya yang buat cerita Penunggu gunung raya sendiri.
Tags: penunggu gunung raya
Posted in mahu tahu | No Comments »
May 27th, 2010
Antara perkara yang boleh mengganggu kehidupan seharian aku adalah menerima panggilan telefon daripada mereka yang bernama telemarketer.Tak tahulah aku kalau kau orang memang suka kalau telemarketer mana-mana organisasi menghubungi kau orang.Aku sebenarnya dah masuk tahap ‘anti’ dengan mereka.
Kebiasaannya telemarketer yang menghubungi sudah pun mempunyai serba sedikit latar belakang kita.Dengan penuh kemanisan tawaran mereka dicurahkan melalui corong telefon.
Ah!tak kisahlah apa pun yang mereka tawarkan.Yang menyebabkan aku anti dengan telemarketer adalah sifat tidak faham bahasa mereka.
Aku pernah menolak tawaran mereka tetapi transaksi jahanam itu berlaku juga.Aku hanya mampu memberi status telemarketer yang tidak bertanggung jawab kepada yang melakukannya.
Ok,sebagai rujukan untuk mengetahui status pemanggil, kau orang boleh cuba menggunakan web ini.
Cara gunanya amat mudah,hanya masukkan nombor telefon pemanggil dan kau orang boleh lihat senarai mereka yang pernah menerima panggilan daripada nombor yang sama.

Kebiasaannya terdapat komen daripada mereka yang pernah menerima panggilan daripada nombor yang kau orang masukkan.Ada juga diantara komen yang mereka tinggalkan boleh dijadikan tips.Jadi,daripada komen itu bolehlah kau orang buat keputusan sendiri.
Entahlah,isu telemarketer tidak bertanggung jawab ni aku rasa perlu diperluaskan lagi agar dapat menyelamatkan lebih ramai masyarakat daripada menjadi mangsa.
Tentang laman web itu kalau ada versi Malaysia beritahu aku ya…kalau tak ada,ada sesiapa yang berminat nak bikin satu?
Tags: telemarketer
Posted in Laman web rujukan. | No Comments »
May 24th, 2010
Seorang rakan baik pasti akan cuba menghubungi rakannya kalau tidak lama sekejap pun memadai…
Tidak seperti rakan yang lain,rakan baik seboleh-bolehnya akan meluangkan masa untuk bertanya khabar serta mengambil berat bertanya itu dan ini…
Rakan baik gelisah kerana rakannya jarang menampakkan diri seperti biasa.Bila ditanya sentiasa dengan ‘dunia maya’nya sahaja jawabnya.
Rakan baik sudah tidak sanggup melihat rakannya bersendiri…dengan ‘dunia maya’nya sahaja.
’sebenarnya kau suka tekan-tekan’kata rakan baik.
Aku tidak akan tertekan dengan tekan-tekan itu.
p/s-Nanti aku turun ya!nantikan sahaja.
Posted in aku | No Comments »
May 20th, 2010
Megan fox gadis panas yang sahamnya melonjak setelah diangkat menjadi heroin filem transformers telah tercicir daripada senarai untuk sekual transformer 3.
Alasan kuat yang mendorong tercicirnya Megan fox daripada senarai adalah kritikannya terhadap pengarah filem transformer itu sendiri ‘Michael bay’.
Rata-rata ulasan mengatakan Megan fox sepatutnya lebih baik berdiam diri.Apa pun nasi sudah menjadi bubur.
Kalau tak ada Megan fox tukar Scarlett Johansson pun jadi…
Apahal aku tulis pasal Megan fox ni aku pun tak tau…yang aku tau kalau nak tukar pelakon,Scarlett Johansson kira terbaiklah buat masa ni sebab sempoi lakonan dia dalan Iron man 2.
Tags: Megan fox, Scarlett Johansson
Posted in mari berhibur | No Comments »