Archive for February, 2007

Penggila muzik.

Tuesday, February 27th, 2007

Ramai penggila muzik di luar sana.Muzik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.Masa kini,muzik sudah menjadi sebuah industri yang cukup besar.Mencari rezeki dengan muzik tidak lagi menjadi halangan bagi masyarakat melayu.Tidak seperti masa lalu di mana mereka yang terlibat dengan muzik di pandang sinis oleh sesetengah pihak.”Terimbas cerita ibu mertuaku”.

Cerita tentang penggila muzik,saya kategorikan kepada dua bahagian.Di mana bahagian pertama untuk pendengar dan bahagian kedua untuk penghasil.

Pendengar.

Bagi pendengar muzik,setiap alunan menghasilkan espresi yang tersendiri.Dengan espresi inilah yang akan membuai perasaan samada tenang,bersemangat,seronok dan lain-lain.Sampai ada yang mengeluarkan kenyataan hidup sepi tanpa astro muzik.

Penghasil.

Penghasil muzik atau lebih manis di sebut karyawan di Malaysia tidak kurang hebat dengan negara luar.”Walaupun pada dasarnya karya luar lebih di agungkan”.Lihat sahaja kebanjiran hasil karya luar,cukup untuk memberi tamparan hebat untuk penghasil muzik di Malaysia.

Fakta menarik penggila muzik.

1.Jadilah penghasil kerana anda boleh mendapat imbuhan di atas kegilaan anda.(sekurang-kurangnya penulis lirik)

2.Anda di kenali ramai.(memudahkan urusan,bukan untuk berlagak sombong.)

3.Penggila muzik juga adalah pemikir,peniaga,pejuang dan lain-lain.

Ambil peluang dan kesempatan pada setiap kegilaan anda untuk menghasilkan sesuatu!

Pendedahan MLM.

Thursday, February 22nd, 2007

Buat anda yang berminat dengan MLM,pastikan anda terus bersama penggila.com kerana dengan pendedahan secara berterus terang ini dapat anda jadikan panduan dalam meneruskan kegilaan anda dalam mengharungi dunia MLM.

Kenapa penggila?

Saya bertugas di syarikat MLM & berjumpa dengan penggila MLM baik yang berjaya mahupun yang dah bertukar syarikat sebanyak yang terdaya.

Beri tumpuan anda,saya akan mulakan sekarang.

Fakta kurang menarik MLM pada kacamata masyarakat.

1.Ramai yang menyertai.-Terlalu sedikit yang berjaya.

2.Harga barangan agak mahal berbanding di pasaran biasa.-Wah…cekik darah la pulak.

3.Orang atas(upline) dapat bonus lebih berbanding orang bawah(Downline).-Oh…mentang-mentang dia di atas boleh la sapu habis.

4.Stok barangan yang tidak meluas.-Susah nak dapat.

5.Setelah agak lama bersama orang atas,anda di tinggalkan.-Samada tukar syarikat lain atau orang bawah yang lain.

6.Syarikat menukar pelan pemasaran.-Mahu,suka atau tidak…ahli terpaksa terima.

Senarai ini akan sentiasa di kemas kini.

Erm…masih nak libatkan diri dengan MLM?

Jumpa di post MLM yang akan datang.


Penggila Futsal.

Tuesday, February 20th, 2007

Errmm…Sebelum cuti tahun baru cina,saya sempat meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan sekerja.Topik berkenaan futsal menjadi bahan utama.

Saya bukanlah pemain Futsal yang bagus.Erkk…ada ke yang tak tahu apa maknanya futsal?

Secara mudah futsal adalah bola sepak yang di mainkan di dalam bangunan (indoor),menggunakan padang karpet atau parkir.keluasan padang yang lebih kecil dan mempunyai jaring di sekeliling padang.Bola yang digunakan lebih kecil & berat.Pemain seramai 5 orang semasa permainan berlangsung.Cukup ya,nak lebih detail boleh layari wikipedia.

Topik utama bahan cerita berkisar pada perlawanan terakhir.Sebab dah lama tak berlatih,team kita orang kena belasah dengan hormatnya.

Tak ingat keputusan,biasalah kalau main futsal memang tiada siapa nak kira point jika gol dah berbakul-bakul.

Cerita makin panas apabila masing-masing cuba menyalahkan antara satu sama lain.Hehehee…kalau kalah memang tak boleh terima,menang senyum sampai ke telinga.

Memang ada di antara rakan sekerja saya yang boleh di kategorikan sebagai penggila futsal.Seminggu 3-4 kali main futsal & hujung minggu pula terlibat dengan perlawanan.Memang gila futsal lah!

Apa yang menarik tentang penggila futsal seorang ni,beliau sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk futsal.(kos untuk bermain futsal agak tinggi di mana untuk 1 jam=Rm 100)Bermakna si penggila futsal ini memerlukan Rm 10 untuk sekali permainan.

Jika di hitung seminggu 3 kali bermain termasuk perlawanan,penggila futsal ini memerlukan Rm 120 hanya untuk bermain futsal & bersukan.Tidak termasuk kos pengangkutan & minuman.

Wah…!!!Satu jumlah yang agak besar untuk beriadah.

Fakta menarik Si Penggila Futsal.

1.Tahap kesihatan yang baik & mutu permainan yang semakin memberangsangkan. 

2..Mendapat ramai kenalan.Sekurang-kurang 8 orang setiap kali bermain dengan pasukan yang lain.(Ye la,main bagus ramai la nak import.)

3.Melabur Rm 120 & mendapat kembali sekurang-kurangnya Rm 100 dengan memenangi perlawanan futsal.(kalah pun ada ramai kenalan yang boleh di jadikan sumber rangkaian perniagaan.)

Serba sedikit,menjadi penggila membuatkan kita tidak rugi di mana kita puas dengan apa yang kita lakukan.Malah banyak kebaikan di mana kita menjadi lebih pakar dalam kegilaan itu.

Bayangkan seorang pengurus restoren yang baru mengenali penggila futsal ini menjemput ke kedai untuk makan percuma & hanya untuk berbincang berkenaan perlawanan yang akan datang.

Untung Penggila futsal tu yer…kalau kenal tauke besar,fikir-fikir lah sendiri nak jadi penggila apa?

  

Kenapa penggila?

Thursday, February 15th, 2007

Saya mendapat respons mengenai domain ini.Saya menanggung satu risiko yang tinggi di mana keyword “penggila” ini langsung tiada carian di search engine untuk kategori domain.Saya sudah pun mencuba dengan beberapa tools,memang tiada.Logiknya siapa nak cari “penggila?”.Namun saya ada sebab yang tersendiri.

1.Saya begitu teruja dengan domain ini.-Begitu juga saya mengharapkan keterujaan anda yang melihat link ke sini & terus melawat ke sini.

2.Ada sesuatu yang menarik mengenai “penggila” yang perlu anda ketahui.-saya belum start proggress mengenainya & akan sampai waktunya nanti.Tunggu…

3.Kebanyakan web yang muncul dalam keyword penggila datang daripada Indonesia.-Indonesian walaupun kurang daripada segi ekonomi tetapi kelebihan dalam beberapa aspek melangkaui keupayaan kita dengan perbezaan yang sangat ketara.Ada yang perlu di beri perhatian di situ.

4.Hanya penggila yang akan bercerita tentang satu perkara sehinggakan walau tiada apa yang hendak diceritakan lagi, penggila boleh bercerita dengan tiada masalah.Malah masyarakat kita sering mengklasifikasikan perkara yang menakjubkan/dahsyat/gempak/tidak puas hati dan lain-lain dengan label “GILA”.

Jadi kesimpulannya bukanlah saya mahu anda menjadi orang gila,malah saya sendiri tidak gila.Penggila & orang gila berlainan maksud ye!
Tetapi orang gila pun ada keistimewaan yang tersendiri juga.Jangan memandang rendah pada insan-insan yang sebegitu.Ada rahmat disetiap kejadian.Wassalam…

P/s-Dengar lagu orang gila daripada Dr Kronik,gila ar arrangement lagu tu.

Lanjutan smswang.

Wednesday, February 14th, 2007

Saya sudah menghubungi En Irwan untuk memberi idea saya berkenaan projek smswang.Simple idea tetapi amat bermakna buat saya.

Idea saya berkenaan 3gp.Apa 3gp?Kenapa 3gp?

Secara mudah 3gp adalah format video fail untuk telefon bimbit & antara yang teringan di pasaran.

Sekarang saya menunggu nasihat daripada En Irwan untuk melaksanakan idea ini.Opss…saya belum lagi membeli e-book beliau,tetapi En Irwan begitu bermurah hati dengan memberi sedikit ruang untuk protege-protege yang hadir pada konvensyen Saifulsham yang lepas.

Saya pasti membeli  e-book beliau untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perniagaan sms.Mungkin juga bukan untuk saya,tetapi saya masih mempunyai adik,rakan & kenalan yang pasti memerlukannya untuk satu hari nanti.Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu rahsia,lebih-lebih lagi cara-cara untuk mendapatkan wang.Saya tidak mahu ketinggalan.

Ini juga merupakan antara kelebihan yang saya dapat dengan menyertai seminar Saifulsham.

Dapat kenalan yang hebat,belajar sesuatu yang hebat,& membuat sesuatu perkara yang hebat!Tiada yang hebat melainkan hebat belaka!

Orang yang hebat benar-benar menggilai apa yang dia lakukan.

Mereka ini adalah Penggila…!!!

P/s-Anda boleh menyertai & menjadi sebahagian daripada penggila yang sedia ada dengan click pada link yang tersedia di atas.

Related Posts with Thumbnails