Archive for March, 2007

Berjaya bersama MLM.

Saturday, March 31st, 2007

Rasa agak janggal apabila menceritakan kejayaan orang lain sedangkan saya sendiri tidak berjaya bersama MLM.

Saya berjaya di belakang tabir,setiap yang berjaya ada insan-insan di belakangnya memberi panduan & sokongan.

Dalam post MLM sebelum ini saya mendapat komen seorang rakan di mana kegelisahan beliau berkenaan MLM yang di pandang serong sekarang ini.

Kepada anda, saya mahu anda membuka mata seluas-luasnya kerana setiap orang tidak mempunyai pandangan yang sama tetapi mempunyai jalan yang sama.

Apa berbelit-belit ni?

Bahasa mudahnya sejauh mana kejayaan yang anda mahu?Jalan menuju kejayaan di dalam MLM bergantung pada apa yang anda fokus.

Pernah anda melihat seseorang yang di anggap leader di dalam MLM masih berbolak-balik untuk berada di depan untuk memberi penerangan?Tak kisah lah penerangan berkenaan produk atau pun pelan pemasaran.

Sekiranya pernah,anda patut sematkan minda anda untuk tidak menjadi seperti itu.Buang segala perkara-perkara yang membuat anda terhalang daripada berjaya di dalam MLM.

Anda baru bermula,adakah patut anda fikirkan sesuatu yang ajaib(Bonus besar).?

Ada leader yang sudah bertahun masih mendapat bonus yang kecil,agak-agak anda kenapa?

Sudah cukupkah ilmu dan perancangan anda untuk memasarkan produk?

Kenapa ada orang yang baru menyertai MLM boleh berjaya?

Fahamkah anda apa yang perlu untuk mendapat bonus?

Akhir sekali….walaupun ada banyak persoalan untuk anda. 

Tanya diri anda sekarang apakah ada tempat untuk aku berjaya di dalam MLM?

P/S-sekiranya anda bertanya kepada saya apa langkah yang perlu saya lakukan untuk berjaya di dalam MLM jawapan saya adalah pengetahuan berkenaan produk & pemahaman yang penuh pada pelan pemasaran.

cabaran hari ke 8 rajablog.

Penggila,e-mail,orang asli dan kehidupan.

Friday, March 30th, 2007

Sedar tak sedar,hampir 2 bulan saya menguruskan penggila.com dan saya akan teruskan selagi saya termampu.

Saya bukanlah berlatar belakangkan di dalam bidang IT.Tapi entah kenapa saya begitu menggilai internet hanya di sebabkan satu e-mail.

Dengan e-mail tersebut,banyak perkara yang saya temui dan pelajari.Bukannya e-mail yang saya dapat,tapi e-mail yang saya gunakan secara percuma.

Dengan e-mail tersebut saya juga saya lebih mengenali internet dan mempelajarinya.Walaupun saya tidak didedahkan secara formal sekurang-kurangnya saya tidak ketinggalan dengan kemajuan.

Bagaimana dengan mereka-mereka yang tinggal jauh di pendalaman dan langsung tidak mengenali komputer?

Mereka langsung tiada pendedahan berkenaan kemajuan masa kini dan masih hidup di dalam dunia mereka sendiri dengan gembiranya.

Mereka yang saya maksudkan adalah orang asli yang saya temui jauh di pendalaman di negara kita yang tercinta.Makanan ruji mereka adalah ubi kayu,keledek dan sekoi.Kemudahan api,air dan telefon memang tiada apatah lagi internet.

Ehem…ehem…apa kaitan orang asli,e-mail dan penggila.com?

Saya baru membuka kotak e-mail saya dan mendapat informasi berkenaan orang asli .Serta merta saya teringat akan mereka di mana sewaktu saya menjadi penggila gunung selalu saya masuk ke kawasan pendalaman dan bertemu mereka.

Memang mendatangkan keinsafan bila melihat cara hidup mereka tetapi mereka tetap gembira tinggal di situ.Pernah saya ajukan soalan mengapa tidak berpindah sahaja ke luar bersama yang lain.Mereka gembira di situ dan tak perlu untuk ke mana-mana, seperti saya yang suka ke situ begitu juga dengan mereka.Agak sukar untuk mengerti perasaan mereka.

Oh ya…tentang e-mail.Sekiranya anda pengguna internet yang baru.Gunakan segala kemudahan yang ada pada e-mail.Dengan e-mail,saya telah mengubah persepsi sesetengah rakan bahawa internet adalah kemudahan untuk semua bukan hanya untuk mereka yang belajar IT.

Kenapa…tak percaya?

Cuba minta alamat e-mail rakan-rakan atau saudara mara anda.

cabaran hari ke-7 rajablog.

Penggila vs Orang gila.

Thursday, March 29th, 2007

Saya mempunyai seorang rakan yang kurang rapat.Setakat tahu nama dan bertegur sapa.Coretan ini dituju khas buat beliau dan harapan saya post ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus gilakan kejayaan begitu juga buat anda saya doakan.

Pernah anda terjumpa dengan mereka-mereka yang sentiasa menggeledah tong sampah semata-mata untuk mencari sesuap nasi?

Pernah terfikir anda akan menerima nasib yang sama seperti mereka pada suatu hari nanti?

Adakah mereka benar-benar memerlukan tong sampah untuk meneruskan kehidupan?

Apa yang anda baca seterusnya merupakan satu kisah benar yang terjadi sekitar 3/4 tahun yang lepas.

Hamid(bukan nama sebenar)adalah insan yang normal tetapi tindak tanduknya membuatkan masyarakat melabel hamid orang gila.Dengan taraf pendidikan yang rendah di tambah perangainya, menyukarkan hamid untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.Biasanya hamid mengambil upah untuk menjaga gerai makan di kawasan perumahan.Tak kisahlah ambil pesanan,sapu sampah,baju pinggan semua hamid buat.

Seperti insan lain hamid juga berkeinginan untuk mempunyai pasangan hidup,maka berkahwinlah hamid secara ala kadar.
Pada awal perkahwinan, pasangan ini sering di lihat memunggah tong sampah di sekitar kawasan perumahan bersama basikal roda tiga milik hamid.Ini menguatkan keyakinan masyarakat dan rakan terdekat hamid memang sudah gila!

Masuk setahun kelibat hamid memunggah tong sampah bersama isteri sudah jarang di lihat kerana isteri hamid berbadan dua.Hamid hanya sekali sekala di lihat melakukan rutin itu.

Selepas kelahiran yang pertama dan bayi mereka sudah pun berjalan kini situasi berubah.Bukannya hamid berhenti memunggah tong sampah!malah di bawanya sekali anak & isteri.

Keistimewaan hamid adalah sentiasa ramah dengan masyarakat & kawan-kawan.Walaupun ada yang menegur tentang perbuatan memunggah sampah serta membawa anak kecil hamid hanya tersenyum.Hamid memang terkenal di kawasan itu dengan kenakalannya semenjak kecil.Tua muda mengenali hamid ditambah pelanggan setia gerai makan tempat hamid bekerja.

Saya sudah pun berpindah daripada kawasan tersebut.Maka tamatlah cerita ini…

Belum…iklan sikit,walaupun cerita di atas berkisar 3/4 tahun yang lepas baru-baru ini saya ada terjumpa rakan yang tinggal di kawasan perumahan lama.Sembang punya sembang tiba-tiba keluar cerita berkenaan si hamid.

Anak hamid dah ada 2 orang dan sekarang ini hamid mempunyai sebuah gerai makan yang sering menjadi tumpuan masyarakat kawasan perumahan.Fuhh…gilalah,dahsyat… terperanjat monyet saya mendengar cerita gila yang di bawa rakan ni tadi.Biar betul?

Betul lah.Kenapa tak percaya?…

Saya mengucap syukur.Selama ini ramai yang menganggap hamid orang gila kerana menganggap hamid melakukan kerja gila(di mata mereka).Namun, gila hamid bukanlah gila cacat akal.Hamid merupakan seorang penggila yang bukan sebarangan.

Saya bertanya pada rakan tadi.”kek mano kau jumpo si amid tu kek kodai ko?”

“Tak,jumpo kek tong sampah.Sekarang ni dio punggah baghang kek tong sampah pakai muto.Ado… malam-malam sikit ado la dio kek tompek biaso tu.”

“Abih tu…kodai?”

“Bini dio jago la dongan budak-budak kojo…”

“Ekau tak tanyo apasal dio sibuk la’e nak kutip sampah tu, kodai makan dah ado?”

“Den tanyo…”

“Apo jawab eh…”

“Aku tak gila… aku cari duit…aku nak senang…nak senang…kena kerja kuat…barang ni semua boleh buat duit.Aku tak curi duit orang, lagi pun kedai tu hasil daripada kerja ni jugak.Kalau aku tak buat kerja ni, hidup aku rasa tak cukup.Buat kerja ni buat aku rasa nak lebih berjaya.Sebab tu aku buat lagi…tunggu lah bila aku dah rasa tak nak buat aku tinggalkan la.”

Saat mendengar apa yang di kata oleh rakan saya tadi.Terfikir saya tentang penggila.com

Saya akan meneruskan penggila.com selama saya termampu dan terdaya.Bagi saya penggila.com telah pun berjaya kerana telah pun menghasilkan sesuatu untuk saya.Besar atau kecil tetap kejayaan.

Buat hamid walau haluan kita tidak sama “ekau memang Penggila.”

cabaran hari ke-6 rajablog.info

Related Posts with Thumbnails