Archive for May, 2007

E-book percuma daripada Internet muda.

Sunday, May 13th, 2007

Bulan ini terlalu ramai di kalangan IM Malaysia samada yang terkenal atau yang masih baru melancarkan produk masing-masing samada percuma atau berbayar.

Buat anda yang menggemari e-book percuma,saya kongsikan  untuk anda mendapatkan e-book percuma tersebut.Tetapi dengan syarat,anda boleh dapatkan e-book percuma tersebut di sini berserta syarat-syaratnya sekali.

‘Saya sudah jelak dengan e-book percuma,kebanyakannya hanya ingin membuat promosi dan membuat keuntungan peribadi!’

Sekurang-kurangnya anda tidak perlu membawa pulut kuning berserta ayam golek ke gua di atas gunung untuk mendapatkan guru yang sanggup memberi tunjuk ajar secara percuma.Kenapa perlu di pertikaikan.

Petua sepanjang zaman’orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.’

Ada lagi ke manusia yang mengamalkan petua sepanjang zaman ni?

‘Rambut sama hitam,hati lain-lain.’

Baiklah,sedikit coretan untuk anda yang was-was dengan e-book percuma.

Antara yang terkandung di dalam e-book percuma tersebut adalah kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam melaksanakan urusniaga di internet,antara yang menarik:

Kesilapan #1 – Customer Support

Kesilapan #4 – Mengutamakan Yang Seorang

Kesilapan #5 – Bekerja Secara Manual.

Kesilapan #6 – Pemilihan Hosting.

Kesilapan #7 – Membeli Iklan.

Kesilapan #8 – Name & Password.

Kesilapan #9 – Menjawab Soalan Yang Sama.

Kesilapan #10 – Mempromosikan Website Tanpa Faedah.

Betapa beruntungnya ada di kalangan IM yang sanggup mendedahkan kesilapan yang berkemungkinan akan dilakukan oleh IM dan bakal IM yang lain.Malah kesilapan tersebut beliau juga melakukannya!

Belajar daripada kesilapan juga boleh menpercepatkan proses pembelajaran dan meminimumkan masa untuk belajar.

Tunggu apa lagi dapatkannya di sini.

Cerita bisnes 4.

Thursday, May 10th, 2007

Saya memang tidak pernah menceritakan secara terperinci apa yang saya niagakan.Malah tiada siapa dikalangan pembaca blog penggila.com ini yang tahu.

Dalam kesibukan tugas sempat meniaga ke?

heha…heha…part time je.Kalau ada kesempatan saya buat.

Apa yang ingin saya keutarakan hari ini adalah berkenaan penghantaran produk ke tangan pelanggan.

Semakin cepat produk sampai,semakin tinggi kredibiliti anda di mata pelanggan.

Ok,sebenarnya saya sudah merasa musibahnya apabila barangan tidak sampai pada waktu yang di janjikan.Baik barangan pejabat mahu pun persendirian.

Apa yang penting selesaikan perkara mengikut budi bicara.Pasaran Malaysia lah katakan…lebih ramai pelanggan yang tidak memahami daripada yang memahami.Yang penting ukur baju di badan sendiri sebelum anda mengikat janji.

Syarikat kurier pun pernah menghadapi masalah dalam penghantaran.Walau pun mereka memberi jaminan.Apa alasan yang mereka beri?…dapatkah anda menerimanya?

Selamat…!!!

Apa dah jadi?

Thursday, May 10th, 2007

Ya,apa yang sudah terjadi dengan blog ni?…Apa kebendanya semua ni?

Tak ada apa-apa pun,jika anda pernah ke blog ini sebelum ini pasti anda merasai suasana yang sedikit berbeza.Ya,saya berjaya merosakkan pemandangan blog ini.

Tiba-tiba angin untuk menukar tu sampai.Maka,macam nilah rupa blog ini untuk satu jangka masa yang tidak diketahui lagi.Sekiranya masalah loading menjadi punca utama,pasti saya tidak teragak-agak untuk bertukar dan meminimumkan penggunaan image di blog ini.

Oh ya,saya ingin berkongsi sesuatu berkenaan penggunaan cpanel pada hari ini.

Saya cuba untuk memberi penerangan ringkas dan mudah berkenaan cpanel ini agar anda yang tidak mengetahuinya  langsung dapat memahami serba sedikit berkenaan cpanel.

Apa itu cpanel?

Setelah anda melakukan pembayaran untuk domain dan hosting barulah anda akan mendapat akaun untuk mengakses akaun cpanel yang mana cpanel itu lah yang akan anda tadbir untuk melakukan kerja-kerja berkaitan laman web anda.

Dalam bahasa mudahnya yang saya tahu adalah sebuah software yang dicipta untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan pembangunan laman web.Erm…pihak hosting yang membeli software ini untuk pelanggan.Bermakna anda hanya menggunakan software ini yang termasuk di dalam pakej hosting.Kalau tiada,rugi rasanya sebab memang memudahkan!.

Pada mula nya memang kabur nak guna cpanel ni.Belajar,itu perkara yang penting.

Kini,sifoo saya saifulsham ada mengeluarkan video untuk anda lebih memahami fungsi-fungsi yang terdapat pada cpanel.

Anda boleh belajar daripada video tersebut.

Cekodok kat sini. 

Anda boleh mendapatkan 2 video secara percuma daripada 23 video keseluruhannya.

Oh…nak tahu semua?

Erm…anda hanya boleh menonton keseluruhan video sekiranya anda menjadi ahli berbayar hanya dengan usd 3.

Tak cecah pun RM 10.00

Saya sudah pun menyertai dan kini sedang belajar sedikit demi sedikit.Ye lah…sibuk dengan tugas.

Antara yang menarik perhatian saya untuk menyertai keahlian adalah sebab diorang ni sifoo saya.hehehe…

Bukan tu jer…

Yang paling penting saya dapat belajar perkara di bawah.

1.Menghalang Anasir Yang Tidak Dikehendaki Melawat Laman Web.-Saya akan cuba untuk menghalang.

2.Buat Duit (Monetizing) Dari Error Page Anda (Peluang Besar!)-Patut lah ada sambungan lain kat saifulsham kalau page tu saya tak dapat masuk.Saya nak belajar juga perkara ni.

3.Melakukan URL redirect untuk melindungi komisen affiliate anda.-Ini memang patut saya belajar,malangnya tak sempat lagi.

Banyak lagilah…

Anda perlu mendapatkan video ini sebelum tamat tempoh penerimaan keahlian.

Mereka hanya memerlukan 500 ahli sahaja.Siapa cepat dia dapat.Setakat ini hanya tinggal 219 tempat sahaja.

Ya!di internet memang kepantasan menjadi fokus utama kerana saya juga memang sedih kerana tidak dapat menjadi reseller smartzul hanya kerana menunggu sampai kematu…tu lah lambat lagi.

Cekodok kat sini sekali lagi untuk video penerangan penggunaan cpanel tersebut.

Buat aku tersenyum.

Tuesday, May 8th, 2007

Agak lama saya berehat.Berehat sangatlah…Buat masa ini saya lebih menumpukan perhatian terhadap anak buah.Apa boleh buat,mereka masih memerlukan saya nampaknya.(Ini anak buah di pejabat,saya tak ada anak buah lagi.)

Masa saya bersama mereka agak kurang sejak kebelakangan ini.Erm…sunyi juga tanpa mereka.

Pagi-pagi lagi saya dah bersarapan dengan mereka.Tengah makan memang seronok berborak.Eh!apa punya perangai ni .Busuk punya kaki…

Saya memang mempunyai masalah perut.Kalau mengikut kajian Dr Fadzilah kamsah manusia yang lahir pada bulan Julai kebanyakannya mempunyai perut yang tidak kuat.

Penyakit lama berulang kembali,oh ye…sejak dua menjak ni pun saya jarang bersarapan.Dia buat pulak!!!Siap berbunyi-bunyi lagi.Ni tengah makan ni.Sabor jelah…

Salah seorang anak buah sempat menya’ound’

(bahasa ni tiada kena mengena dengan mereka-mereka yang pakar bahasa.)

“Tu la hang Long,pagi-pagi dah makan nasi lemak.hang tau,sambai tu buleh buat perut hang rosak tau dak!Perut kosong hang pi makan sambai buat apa?”

Hehe…bila anak buah bersuara,takkan nak diamkan.Jawab le apa yang patut.

“Abih tu tuk nyang,uwan,pak dogoi,nek som dolu-dolu semua makan nasi lemak pagi-pagi yang depa masak buleh pulak.Tak kan aku tak buleh.”

“Idak eh!depa makan ubi kayu.Orang sekarang ni ja yang sibuk makan nasi lemak!”

Senyum sampai ke telinga saya di buatnya…memang saat sebegini perlu ada pada setiap organisasi agar ikatan tidak menjadi sekadar rakan sekerja malah sebahagian daripada keluarga.

Dengan timbunan kerja,siapa lagi yang mampu buat aku tersenyum?

Mata air lah…

Cabaran berakhir.

Thursday, May 3rd, 2007

cabaran dah habish.

Tamat sudah cabaran saya dalam meniti cabaran menulis blog selama 40 hari anjuran Rajablog aka Ramzwatcher.

Apa yang dapat saya kongsikan bersama rakan yang lain adalah betapa kegilaan terhadap blogging menjanjikan satu pengalaman baru.

Dengan menyertai aktiviti anjuran blogger yang lain,dapat memupuk semangat untuk lebih berjaya dan mendapat lebih kenalan serta berkongsi ilmu pengetahuan serta berita-berita terkini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat rajablog di atas usaha beliau untuk menganjurkan cabaran buat saya yang masih baru dalam dunia blog.

Jumpa lagi di post akan datang.

Related Posts with Thumbnails