Archive for June, 2007

Logo…percuma sahaja.

Tuesday, June 26th, 2007

Saya cuba mencari web-web yang berkaitan dengan logo untuk projek akan datang.Kebiasaannya yang menjadi pesaing terdekat adalah web yang memberi info atau perkhidmatan percuma.

Percuma,siapa yang tidak mahu?

Seringkas yang boleh,web percuma biasanya memberi sesuatu yang terhad.Seperti web berkaitan logo ini.Kebaikannya adalah,anda mampu menghasilkan logo anda sendiri dalam masa yang singkat.Tidak perlu pengetahuan berkaitan software dan tools yang lain.Keburukannya,mungkin logo yang anda gunakan telah pun di gunakan oleh beratus malah beribu pengguna yang lain dan pengetahuan anda dalam membina logo menjadi terhad.

Apa pilihan anda?

Sanggupkah anda hilang kredibiliti hanya di sebabkan sebuah logo?

Tepuk dada tanya selera.

P/S-Saya dalam proses mengemas kini logo penggila di atas untuk lebih nampak seperti logo.Sebab itulah saya mencari sumber rujukan.hehhehehe….

Tawaran hosting buat diri mu dan diri ku jua.

Friday, June 22nd, 2007

Sekiranya anda belum mempunyai hosting sendiri,(berbayar)apa kata anda mengambil langkah pertama untuk memilikinya.Hosting dengan tawaran serendah RM 15 setahun berserta pakej seperti berikut:

100MB Space (Sesuai untuk blog)
10Gb Bandwith
Unlimited Subdomain
Unlimited Email
1 Addon Domain
1 Park Domain
Fantastico
99% Uptime
30 hari Money back guarante
Server based US/Canada.

RM15/Year.

Mampukah anda menolak tawaran hosting serendah ini sekiranya dengan setiap pembelian anda,sedikit bantuan akan di salurkan kepada rakan/saudara kita yang lebih memerlukan?

Penerangan untuk mendapatkan hosting ini boleh anda dapatkan di sini.

Berbalik kepada bantuan yang saya nyatakan di atas.Sebelum ini saya hanya mengetahui akan perkembangan saudara Badruzamani melalui blog kak G.Memang tersentuh dengan apa yang di paparkan.

Memang benar “berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.”Berat mata memandang tidak semestinya saya dan anda harus terus menutup mata sahaja tanpa turut sama berganding bahu memikul beban yang di tanggung saudara Badruzamani.

Lagi pula konsep membeli sambil beramal tidak menjadi satu kesalahan.Apa jua niat anda,seseorang yang amat memerlukan telah dapat dibantu.

Mudah-mudahan dengan bantuan yang di hulur,dapat meringankan beban beliau.Wassalam…     

P/S-Tawaran hosting terbuka kepada sesiapa sahaja dan tiada had.  

Main sepak-sepak pula!

Tuesday, June 19th, 2007

Put this game on your blog Create your own More games

Post hari ini hanya sekadar hiburan kasar.Kita main sepak-sepak ye!

Cara-cara bermain.

Tekan play-tekan click to kick-tunggu result.

Tips.

Tunggu tonggengan rendah serendah nya. 

Tiada penghujungnya.

Tuesday, June 12th, 2007

Tiba-tiba saya teringat akan saat-saat bersama bekas rakan sekerja.Apa yang terlintas adalah sessi berborak yang sering menggila ke arah topik yang lain.Memang tidak pernah fokus pada apa yang diborakkan.

Tapi bab kerja ‘cemerlang.’(Siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri,dah bakul pun sendiri yang punya!)

Bercerita tentang berborak,pasti akan di kaitkan dengan kedai kopi.

“Ada lagi ke yang menggelar kedai kopi?Sebab kedai mamak dah bertukar ganti!

Senario minum di kedai sudah menjadi satu kelaziman turun temurun.

Kalau tak bapa,cucu nanti mungkin.

Nampak seperti tiada penghujungnya.

“Eh!bila nak balik?Kejap aku order,pastu dia bakar,lepas tu sambung balik.”

Erm…

Dalam banyak-banyak cerita,ada satu cerita yang tiada penghujungnya.

“MENGUMPAT.”

Kalau nak mengumpat juga,mengumpatlah pasal hikayat Forex.

Penjagaan dan kawalan.

Tuesday, June 5th, 2007

Belum benar-benar sembuh lagi demam saya,kepala pun berat rasanya.Setiap langkah yang di atur terasa melayang-layang.Setiap kali nak menaip di penggila.com semakin perit.Sudah hampir 3 minggu lebih asyik jalan-jalan cari makan ke blog lain.

Sunyi penggila.com ni kalau dibiar lama tak berjaga.Ya lah…apa jua di muka bumi ini perlukan penjagaan dan kawalan,sekiranya tidak di jaga dan di kawal, kebarangkalian untuk mendapat hasil yang negatif memang tinggi.

Siapa mahukan sesuatu yang negatif?

Siapa yang mahu mengaku…

Baiklah sebab terlalu lama menyepi agak sukar untuk saya membiasakan diri dengan situasi berhadapan dengan blog.Siapa yang menyertai cabaran Rajablog tempohari pasti mengetahuinya.

“Kenapa pula,orang lain tak tahu ke?”

Ya,sesiapa sahaja yang mempunyai blog,hatta yang percuma sekali pun, dan sudah semestinya mereka yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan blog pasti merasai cabarannya setiap hari.

Berbalik kepada tajuk post pada kali ini,penjagaan dan kawalan adalah dua perkara penting bagi memastikan setiap perkara berada pada landasan yang tepat.

Antara contoh mudah,demam berpanjangan yang saya alami mungkin bertitik tolak daripada rutin harian saya yang berubah secara mendadak akibat tidak menjaga dan mengawal makan,minum,rehat serta tidur secara teratur.

Begitu juga perkara-perkara lain seperti blog penggila.com ini,akhlak,pemikiran,kereta,rumah,alam sekitar,anak,isteri,pekerjaan,iman dan segala-galanya termasuk dunia ini perlukan penjagaan dan kawalan.

Erm…post mengenai penjagaan dan kawalan ini terbit daripada isu hangat pada pertengahan bulan lepas berkenaan isu laman web skim cepat kaya di pantau.Antara yang kena tempiasnya adalah wangcyber dan bicarajutawan.Saya aktif mengikuti perkembangan kedua-dua forum ini walau pun tidak aktif untuk menyertai perbincangan dan rasa agak terkejut!”dah lah demam masa tu,bertambah parah lah jawabnya.”

Saya menyokong segala usaha yang di lakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan skim cepat kaya dihapuskan,cuma penjagaan dan kawalan perlu lebih di pertingkatkan.

Related Posts with Thumbnails