Archive for July, 2007

Cerita tipu.

Friday, July 27th, 2007

Selamat berjumpa setelah lama tidak bersua.”Eh…Ehh…Pernah ke kita bersua?”Ada kot!cuma tak bertegur jer.

Agak lama tiada lembaran baru di penggila.com,bukan apa.”Banyak kerja gila aku cakap engkau”ikut style ustaz akil hayy.

Kerja apa eh,sampai tak sempat nak buat kerja lain?”Oh!kerja saya merbahaya pakcik,siang malam berjaga-jaga.”He..he…jangan marah ye.

Penggila.com kurang aktif sebab yang buat kerjanya seorang sahaja.Kalau saya open table ada yang sudi ke?Kalau ada idea gila yang bersangkutan dengan apa yang saya fikirkan,anda di jemput untuk meninggalkan jejak di ruangan komen untuk saya menjejaki anda.Tak susah…kan?

Baik,sekarang ni macam-macam cerita tak best keluar berkenaan IM malaysia yang saya dapat tahu.Cerita menyamarlah,tipu beli baranglah,tak sanggup nak teruskan hidup sebagai tutlah …tu belum cerita degawan lagi…makin peeling pulak citer tu.

Fuhhh…sepak terajang dunia IM ni baru bermula ke atau sudah lama?Tiada siapa yang nak perbesarkan?Siapa yang pernah terkena memanglah tahu,masalahnya yang terkena ni mengenakan orang lain pula.Macam skim piramid pulak ye?

Terus terang saya katakan,saya sendiri pernah terkena di salah satu laman web lelongan antarabangsa yang terkenal.”Wooo…brader,bukan sikit jumlah gua kena tu.”Kalau ikut hati,mati.Ikut rasa,binasa.

Tahap keselamatan di internet belum benar-benar terjamin.Adakah saya perlu mengenakan individu lain semata-mata membalas perbuatan individu lain?Jawabnya tidak…”Bila nak habis kalau dia tipu saya,saya tipu orang lain lepas tu jadi piramid,berkaki-kaki.”Lepas tu pulak tahap keselamatan mana yang benar-benar terjamin walau ada yang menjaganya?

Di dunia nyata,bank kena rompak sedangkan ada pengawal keselamatan.Tun kena sampai pedih-pedih mata,bodyguard ramai tu. (dah lupa ke?Oh…melayu mudah lupa.)Erra pulak tak berapa nak cinta tipu kat Hans isaac.

Di dunia siber ni….ermm…fuhhh…tulah,sepak terajang dunia IM semakin hari tidak mengenal mangsa.Bukan daripada dulu ke?

Sabar jelah…

Mudah,cepat,singkat,simple,senang,sempoi,ringkas…apa lagi?

Wednesday, July 18th, 2007

Kalau di tanya berkenaan pilihan,pasti salah salah satu tajuk di atas ada dalam kotak pemikiran kita.

Ya..lah lebih baik buat kerja mudah daripada kerja susah.Buat apa nak buat kerja susah sedangkan ada kerja mudah!

Oh…tuhan berikan ku kekuatan…’yang di sangka mudah pada anda belum tentu mudah pada orang lain dan yang mudah pada orang lain belum tentu mudah pada anda.’

Bayangkan kemudahan yang di sediakan untuk rakyat pun sehingga hari ini masih ada yang tidak pernah gunakan langsung kerana apa,”kemudahan yang di sediakan itu tidak memudahkan saya langsung?”

Boleh ke nak memudahkan urusan untuk semua orang?

Pilihan di tangan sendiri,tepuk dada tanya selera…Aduhh…kalau tak ada selera?

Ada yang kurang tu, sebab itu lah tak ada selera.Hendak jalan mudah pergi jumpa doktor.Kalau selera tak ada juga carilah apa yang bertepatan dengan selera anda.Cari sampai dapat,hendak seribu daya.

P/S-Bukan semua perkara boleh di ambil………semua tajuk di atas.Terutama melibatkan perasaan.

Kegilaan terhadap jenama.

Tuesday, July 17th, 2007

Setiap hari pasti ada jenama baru menembusi pasaran.Dalam perniagaan tiada titik noktah dalam mengeluarkan produk terbaru atau konsep terbaru.Paling tidak tukar rekabentuk dan bungkusan baru. Bagi pengusaha,setiap produk mesti ada kesinambungan agar produk tidak tepu dengan konsep yang sama.

Kegilaan terhadap jenama menjamin pelanggan yang berterusan.Benar atau tidak?

Ada kemungkinan kerana kepercayaan terhadap sesebuah jenama dapat menjadikan pelanggan tidak berfikir 2 kali untuk membeli produk keluaran seterusnya.

Bagaimana mencipta kegilaan terhadap jenama?

Pengiklanan berterusan,servis selepas jualan serta memastikan taraf kualiti produk sentiasa berada pada tahap yang baik.Sekiranya salah satu tidak di titik beratkan,bermakna potensi jualan semakin berkurangan.

Syarikat-syarikat gergasi memperuntukkan nilai untuk mengiklan yang tinggi bagi memastikan produk mereka sentiasa menjadi igauan pelanggan agar potensi jualan akan berterusan.

Sanggupkah anda?

Related Posts with Thumbnails