Archive for September, 2007

Cerita puasa & raya.

Saturday, September 29th, 2007

Sekadar menjawab tag daripada soul-Newbreeder.Bro,lama cuti atau dah habis?

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Darjah 3 (Arwah nenek aku punya penangan.Terima kasih nek…alfatihah.)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pernah juga,semakin besar semakin membesar akal aku untuk mencilok daripada berpuasa.Ini waktu zaman aku tengah ligat!(Darah muda semua nak cuba.)Itu sahaja alasannya.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??

Pernah…aku kurang bermain bunga api & mercun kerana zaman kecil (aku di kampung.) lebih mengenali palong,karbait & tin milo.Kasi peranglah…lagi pun kos 2 biji butir di atas tidak memungkinkan budak kampung membelinya.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??

Nasi…mesti dapatkan nasi.Tidak kisahlah nasi apa pun.

Lagu raya manakah yang anda suka??

Khairil Johari-Sepasang kurung biru mp3.cekodok kat sini. 

Tahun ini anda beraya di mana??

Sudah bertahun-tahun aku raya di kota.

Pernahkah anda bertugas di hari raya??

Tidak…
Apakah kenangan paling manis di hari raya??

Minum air sirap.Tolonglah tukar air lain pula raya kali ini…hehehe.

Sekian,tiada siapa nak aku tag lagi…

Internet juga akan terpinggir…

Tuesday, September 25th, 2007

Aku tertarik dengan pertanyaan,wujudkah internet seratus tahun lagi?Aduh…lamanya,seratus tahun punya perkara pun sudah difikirkan pada hari ini.Kau yang memikir, memang kosong otak kau dengan jawapan,penuh dengan persoalan sahaja…

Disebabkan aku juga tertarik untuk memikir,aku cuma melihat apa yang ada di hadapanku untuk ku ungkaikan.Nah…!!!kau lihat,telefon bimbit yang berada di genggaman.

Suatu ketika kau sibuk bergayut di sebalik tiang itu dan kini hanya tiangnya sahaja yang tinggal.Itu pun kalau ada yang masih sempurna sempatlah menjadi sandaran pelabuhan untuk kau melepaskan lelah ketika kau berlari meredah titik hujan tuhan.

Ah…lupa pula aku kepada khidmat pager yang bukan lagi terpinggir malah terbuang di Malaysia ini.Aku memang tidak sempat menggunakan teknologi pager tersebut,kalau kau pernah,sudah tentu usia kau lebih banyak daripada aku dan sudah tentu kau yang lebih layak untuk berkata mengenai perkara ini.

Berbalik kepada internet,kau tunggu kegilaan terhadapnya merudum…waktu itu baru kau akan tahu ke mana arahnya…buat kau.

Penerimaan.

Wednesday, September 19th, 2007

Mungkin aku perlu berubah sekarang kerana apa yang aku buat untuk penggila.com semakin hari semakin tersasar.”Kau mesti berkata yang aku sudah betul-betul gila.”

Ya,semakin kerap aku ke sana,ke sini & ke sinun semakin meronta hati dan perasaan.Ini adalah bentuk penulisan yang betul-betul sebati dengan jiwa aku sejak sekian lama.Aku tidak mahu lagi ianya berterusan,aku perlu berubah.Ubah segala isi dan struktur penggila.com di mata kau.Mungkin dengan jalan ini sahaja mampu membuatkan kau bersuara mengenai kegilaan kau bersama aku.

Samada kau menerima aku atau tidak,aku tetap di sini dan masih di sini.Tidak akan aku buangkan segala isi lama di dada penggila.com,biarlah…aku biarkan sahaja agar kau dapat melihat apa yang terukir di benak aku suatu masa lalu.

Aku tahu,bukan mudah bagi kau untuk menerima perubahan seperti juga aku yang tidak dapat menerima akan kekurangan soundtrack trademark filem transformers yang lepas.Aku tahu kau tidak ambil peduli,tapi kau masih juga gilakan filem itu tidak pada sumolah yang aku pun tidak dapat menerima perubahan yang di lakukan.

Harapan aku agar kau teruskan berpuasa sehingga berbuka kelak kerana siapa lagi hendak berpuasa kalau bukan kau dan aku.

Dia?

Usah kau fikirkan dan berbicara tentang dia sekarang.Dia hanya tempat untuk kau dan aku mengurangkan pahala di ramadhan ini.

Aku tunggu kau…

Kau juga yang kena?

Tuesday, September 18th, 2007

ibarat timun dan durian.

Pernah kau merasa semua perkara di sekeliling bagai kau seorang sahaja melakukannya?

Kenapa?

Adakah kerana kehebatan yang kau miliki?

atau…. memang kau seorang sahaja yang boleh di harapkan keranan kemalasan engkau-engkau  yang lain?

Akuilah,kau hanya mentimun yang jika di gilis dengan tusukan duri durian yang tajam,hanya akan merosakan diri.Akuilah,hanya jika durian tidak mahu menggilis atau tidak dapat menggilis,kau akan selamat.Carilah jalan agar kau tidak di gilis.

atau…

Kau sedia di gilis demi percambahan benih baru yang bakal menguasai selaut ladang.Mana satu pilihan kau?

atau… kau ada pilihan lain.Jangan lupa beritahu aku kerana akan ku pastikan ianya tertulis di dalam menu hidupku.

Selamat berpuasa semua.

Aku yang tersampuk di bulan ramadhan.

Muat turun video di youtube.

Saturday, September 8th, 2007

Untuk pembukaan di bawah kategori baru (kasi pecah…la) saya akan memecahkan serba sedikit berkenaan muat turun video di youtube.

Di web mereka tidak menawarkan sebarang tawaran untuk memuat turun sebarang video.

“Habis tu,tak boleh la!!!”

“Boleh,apa pula tak boleh,saya pun beranggapan sebegitu pada mulanya.”

Kebanyakan video yang di muat turun akan di edit semula mengikut spesifikasi yang sesuai untuk adsense atau apa-apa sahaja tujuan untuk pemasaran.

Jangan berlengah lagi,apa yang saya tahu akan saya pecahkan walau sedikit,baik ada daripada tidak.

1.Dapatkan perisian untuk memuat turun video pilihan anda.Ada banyak sumber percuma,yang saya gunakan ada di sini.Perisian ini di jamin tiada unsur menjahanamkan PC anda seperti yang di nyatakan pemilik web.”Dia yang kata bukan saya.”Sebarang risiko adalah di bawah tanggungan anda.Setakat ini tidak mendatangkan masalah pada PC saya.

2.Setelah selesai urusan muat turun dan pemasangan perisian ini di PC anda,ikut segala arahan yang di beri.

Contoh seperti di bawah.

keterangan penggunaan perisian youtube downloader.

P/S-Gunakan dengan penuh beretika.

Selamat memuat turun.

Related Posts with Thumbnails