Archive for October, 2007

Verified paypal guna Mastercard.

Monday, October 15th, 2007

Sebelum aku terlupa,adalah lebih baik aku kongsikan kisah ini untuk rujukan bersama.Seminggu sebelum menyambut syawal aku cuba log in akaun paypal.Apa yang menarik sepanjang mengetahui kisah terbaru paypal yang sudah pun menerima Malaysia sebagai negara yang boleh mengeluarkan wang,aku pun membuka akaun debit card visa public bank.(Lewat gila!,belum verified lagi sebab aku apply guna eonbank mastercard.Dulu memang tak boleh.)

Bertambah menarik apabila aku klik pada ruangan status,mereka(paypal)menyediakan butang untuk penghantaran semula nombor untuk verified.Dengan harapan dapatlah nombor 4D tu berserta tanda *expuse seperti yang aku baca di web.Dulu aku buat tak dapat pun?

Malam raya yang lalu,semasa aku mengemas,aku terjumpa bill credit card terlatest sekali, lalu tanpa membuang masa aku pun memasukkan nombor yang di beri sambil tersenyum kambing.

Nah!dengan ini akaun paypal aku sudah pun di ’sahkan’.

Jadi,bagi kau yang belum memverifiedkan akaun paypal (guna credit card,especially mastercard) bolehlah bertindak atau kalau kau tak pernah buka akaun paypal,apa lagi?

Silalah buka dengan klik link di bawah,

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Orang lain pun kerja juga 2.

Thursday, October 11th, 2007

Aku memang pelik,mengapa begitu susah untuk kau memberi layanan kepada pelanggan?Perkara ini memang menjadi duri dalam daging dalam sesebuah organisasi.Sekiranya seorang pelanggan tidak berpuas hati,potensi untuk pelanggan itu kembali semula agak tipis.

Memang sebagai pekerja kau tidak perlu bimbang.Lagi pula kau di bayar setiap bulan.Yang menanggungnya adalah pemilik sekiranya kehilangan pelanggan yang berpotensi.

Maka dengan rasminya potensi untuk tiada kenaikan gaji dan perniagaan terjejas amat tinggi.Bayangkan hanya di sebabkan sikap kau membuatkan keseluruhan organisasi terjejas.

Maka dengan itu sama-samalah kau & aku menjaga etika kerja kerana setiap urusan dan pekerjaan merupakan perniagaan.

Orang lain pun kerja juga.

Wednesday, October 10th, 2007

Semakin hampir dengan Syawal,semakin sayu.Di Kuala lumpur jalan semakin lengang walau ada 3 hari lagi sebelum Syawal.Setiap tahun begitu juga.Sudah ramai yang bercuti  untuk pulang ke kampung meninggalkan kesibukan Kuala lumpur dan juga aku…

Tidak mengapa,aku tahu kau pasti pulang juga ke sini untuk bersama aku.Ya,kau pasti akan pulang kerana kau dan aku mencari rezeki di sini.Aku tidak pulang ke kampung kerana tiada apa yang tinggal di sana.Jadi tiada apa yang ingin ku kejarkan.

Pasaraya juga sudah lengang.Jadi inilah waktu yang sesuai untuk aku melangsaikan hajat.Aku tahu kau sudah pun memenuhi ruang pasaraya ini lebih awal.Jadi ini adalah masa aku,kau sudah lepas…

Aku bingung di situ kerana  di kalangan sahabat kau yang tertinggal di kota kerana berkerja seperti tidak dapat menerima keadaannya.(kes tidak dapat cuti lah ni…)Aku cuma mahu membayar sejumlah ringgit atas transaksi yang aku lakukan,tetapi aku di biarkan dungu berdiri sedangkan aku yang perlu di layan dahulu…”sekejap sahaja katanya.”

Aku memang tidak faham mengapa ringgit yang ku hulur lambat mahu di ambil.Oh…aku lupa,yang ringgit itu bukan masuk ke koceknya.

Kalau mahu ringgit masuk ke kocek sendiri,kerja sendiri…amanah orang wajib di jaga.

Related Posts with Thumbnails