Archive for November, 2007

Berjanji konon!

Wednesday, November 28th, 2007

Sewaktu aku berurusan untuk melaksanakan transaksi milik syarikat tempat aku bertugas,aku dapati terlalu ramai di kalangan pembekal yang menaburkan janji.Aku yang bertugas dalam melaksanakan transaksi itu semput juga di buatnya.Ringkasnya setiap janji yang tidak di tepati pasti mengundang masalah.Mana tidak semput…kalau perjanjian yang di buat lain,dan hasil yang di terima lain.

Perkara ini pasti menghilangkan segala kepercayaan.Ingat!segala kepercayaan yang kau bina akan hilang walau hanya dengan sebaris ayat tipu.Untuk mendapatkan kepercayaan juga bukan perkara yang mudah dan juga tidak terlalu payah.

Begitu juga dalam kehidupan seharian,aku begitu takut sekarang untuk berjanji bak bait lagu “apa guna berjanji kalau tak di tepati.”Erm…sampai keluar lagu pun untuk menunjukkan yang janji yang tidak di tepati itu tiada gunanya.Tidak berguna…tak ada makna.Oh!salah…tidak berguna sama juga tidak perlu dan sebagainya.

Peringatan kepada kau dan juga aku yang pasti berjanji untuk hari ini esok dan sampai mati…

Janji konon…!!!…janji sangatlah…

Setiap janji mesti di tepati kalau tidak…cuba elak untuk berjanji.Aku takut kalau tidak aku,kau yang makan gergaji nanti. 

Terasing.

Tuesday, November 27th, 2007

Aku pun pening macam mana nak inform somebody yang satu haram jadah dia tak boleh nak connect dengan aku.Kau bayangkan satu-satunya bahasa makhluk asing yang aku tahu adalah english.(Itu pun tersekat.)

Kalau dia pun tak tahu…kau ada barisan alternatif lain?Setakat ini memang aku blur sebab aku tak boleh nak cerita 1001 malam apa pun dengan dia.Pernah juga aku cuba suruh dia cakap sepatah-patah.Haram…

Fuhhh…Itu serba sedikit apa yang aku alami.Tidak dapat aku bayangkan bagaimana bangsa makhluk asing yang hadir di Malaysia ini berkomunikasi dengan seluruh bangsa yang ada di Malaysia ini.Jangan kira pelanconglah…

Jangan kau kecilkan apa yang aku cuba sampaikan ini.Kau bayangkan bangsa makhluk asing yang ada sekarang semakin memuncak.Bukan setakat siapa jaga siapa lagi yang perlu kau ambil berat…malah sosialiti juga perlu di ambil kira.

Bukan setakat HINDRAF sahaja yang berasa terasing di bumi Malaysia,sampai suatu masa nanti semua di kalangan kita pun akan terasing.

Aduh…sampaikan aku nak beli makanan di pasar malam pun ada sedikit perasaan cuak.Apa yang aku pasti,muka itu bukanlah terdiri dikalangan aku dan juga kamu.Bukan aku menolak mereka.Aku sedar yang mereka juga mempunyai perasaan bahkan mereka juga perlukan apa yang kau perlu.Tetapi mereka terlalu berani…atau kau yang lemah.

Hurm…tapi keberanian yang mereka bawa itu bisa melelahkan kerongkong aku dan juga kamu pada suatu masa nanti.Sedangkan yang kecil & muda di kalangan kau & aku mesti di sogok supaya menjadi seperti mereka.

Sekarang kita belum lagi terasing…mungkin suatu hari nanti.

Oh!,Ini cap ayam rupanya yea…

Monday, November 12th, 2007

untitled-3.jpg

Ini bukan promosi percuma untuk produk ini,sekadar tulisan kecil untuk memahami perkara yang besar.(Bila sebut cap ayam ramai yang pandang negatif.) & yang penting aku tiada kena mengena dengan organisasi tersebut hatta kaum kerabat dan seorang insan pun haram aku kenal dalam organisasi dia orang.

Kau juga sudah tentu pernah mendengar dan menggunakan produk keluaran cap ayam ini.Kalau tidak pernah,80% aku katakan kau memang baru mengenali Malaysia atau kau hanya insan yang hanya tahu membeli sahaja tanpa ada rasa sensitif yang tinggi terhadap benda yang ada di depan mata kau.

Produk ini sudah berada di pasaran sejak tahun 1892 seperti yang mereka dakwa pada setiap label keluaran mereka.Ada sesiapa yang mahu membantah?Kalau kau ada bukti dan sumber kewangan yang kukuh aku persilakan kau bawa bukti itu ke institusi kehakiman untuk dakwaan salah laku dan aku akan bagi tabik spring kepada kau kerana merubah sejarah.

Menduduki senarai jenama yang ke 243 di Asia dan pertama untuk produk makanan dalam tin bukan sesuatu yang boleh di pandang sinis.Dengan web yang penuh segala informasi berkenaan mereka,aku tidak merasa yang jenama cap ayam itu sesuatu yang boleh di pandang sinis.Mereka mengikuti segala perkembangan pasaran.

Jauh di sudut hati aku,aku dapat merasa yang perbezaan “ayam brand” dan “cap ayam” sahaja yang menjadi tembok pemisah pemikiran bangsa yang bernama melayu.

Tidak tahulah pula kalau rasa aku ini pedas,manis,masin atau kelat…

HUKUMAN YANG MUNGKIN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN OLEH MANA-MANA KERAJAAN.

Saturday, November 3rd, 2007

Pernahkah kau terfikir di mana undang-undang yang sedia ada sekarang tidak cukup ketat untuk sebuah negara bernama Malaysia?Walau aku tidak pernah ke negara jiran belah bawah,sejak kecil aku dah dengar cerita pasal undang-undang kebersihan yang lebih gedebance di sana.Puntung rokok susah hendak jumpalah katakan…

Aku pernah terfikirkannya walau aku bukanlah seorang yang agak patuh pada undang-undang dan bukanlah individu yang berada dalam bidang yang berkaitan dengan undang-undang.(Kau janganlah pulak sound aku macam uncle seekers sound Dato Dr Fadzilah kamsah dalam rancangan Linda onn dulu…baca sampai habis!)

Walau pun aku suka menonton robocop,judge dredd & minority report ah… ha…tidak lupa kepada polis angkasawan kita suatu masa dulu,gaban (woi…aku sempat layan lagi masa zaman gaban ni main kat tv.) serta banyak lagi yang seumpamanya,aku masih sedar yang setiap undang-undang itu tidak mungkin akan di laksanakan hukumannya secara langsung,walaupun boleh di perbaiki atau di upgrade.

Antaranya:

1.Memandu sambil menggunakan telefon bimbit.- Tahan pemandu tersebut dan rampas telefon bimbitnya sambil memijak-mijak telefon bimbit tersebut seperti brader dalam filem tipah tertipu.(Macam mana aku boleh tertonton filem ni pun aku kurang pasti.)

2.Penagih dadah yang sedang khayal. - Ikat penagih pada atas kereta peronda,kalau 5 orang pun ikat sekali sambil di bawa dalam waktu rondaan.Termasuklah mereka yang sedang khayal apa jenis barang sekali pun serta pemandu yang mabuk.(kalau nak tengok mana nak ikat cekodok kat sini.Barulah dia orang ada rasa macam superman sikit.)

3.Buang sampah merata-rata. - Kutip semula sampah tersebut,masukkan ke dalam tong sampah & hantar ke tempat pelupusan sampah terdekat.(Jangan lupa kutip sampah yang ada sepanjang jalan sampai ke tempat pelupusan sampah tersebut!)

4.kau hendak masuk simpang, tetapi di halang oleh kenderaan lain dengan selambanya sambil mengorek hidung lepas tu buat muka tak bersalah.- kalau kau kuat, kau angkat kenderaan dia macam filem hulk dan humban ke tepi… tapi aku tau kau tak kuat…jadi, cukup dengan menggunakan stering lock kau hentakkan ke cermin kenderaan tersebut seperti Ning baizura lakukan atas arahan prof razak mohaideen dalam filem lady boss yang mana saiful apek sampai sekarang tidak dapat hasil daripada usahasama untuk filem itu.Fuhhh….aku memang suka buat kau baca senafas agar dapat mengembangkan paru-paru kau yang mengecut sebab terlalu banyak meladosss….

Ok,aku pergi ladoss dahulu…member aku dah ajak,kau jangan ingat segala undang-undang yang ada menyusahkan kerana lebih banyak kau langgar lebih menyusahkan orang lain.

kau baca jelah…

Related Posts with Thumbnails