Archive for January, 2008

juara lagu 2007

Sunday, January 27th, 2008

Juara lagu sudah pun melabuhkan tirai.Keputusan pun sudah diumumkan.Kalau ada yang tidak puas hati,segala surat rasmi,e-mail,telegram,sms mahu pun surat layang tidak akan di layan.Kalau tidak puas hati juga kau nyanyilah lagu artis yang kau sokong banyak-banyak sampai kau puas…jangan ganggu ketenteraman awam sudah.

Keputusan yang tidak dijangka-jangka.Sebuah kumpulan yang baru muncul dengan sebuah album (lagu melayu satu je pun! lain semua lagu inggeris) dan target utama album dia orang pun hanya untuk kelompok yang terlalu kecil menjadi juara.

Sudah rezeki dia orang.

Walau pun aku kurang menulis berkenaan isu hangat.Aku mengikuti juga perkembangan terkini walau tidak 100%.

Apa pun ini hanya pendapat peribadi aku,sekiranya superman malaysia itu “faizal tahir”diberi peluang untuk membuat persembahan keputusan mungkin berbeza.

Masa tengok melodi,Wahid ada kata yang mungkin ‘faizal tahir’ akan membuat persembahan.Sebab itulah aku pun beria-ria menonton.Hampeh!!!

Aku dapat rasa yang bukan hanya peminat faizal tahir sahaja yang terkilan,malah rata-rata masyarakat juga.Apatah lagi selaku penganjur,tv3 lebih merasa sakitnya.Dibuang mati mak,ditelan mati bapa…

Kau bayangkan faizal tahir begitu bermati-matian mempromosikan produk yang menaja dia walau produk itu produk luar.Promosi tetap promosi.Kebanyakan artis di bawah tajaan hanya tahu menempelkan muka.Produk tak laku,kontrak tak disambung salahkan penaja tak mahu sokong artis tempatan.

Penaja pun tak mahu keluar modal saja-saja…

Agak malang apabila super hero tewas tanpa bertanding…

Aku harap juara lagu 2008,buat hujung tahun 2008 ni juga…

Lambat kau ye…

Elak sebelum parah!

Friday, January 18th, 2008

Semalam aku hendak tergelak juga pada mulanya semasa mendengar perbualan Nana (Dj radio Era.”minah ni dah matang la sikit pada aku.” dan entah siapa seorang lagi aku tidak tahu.Kenapa aku tergelak?Hehe…aku tak pasti dalam rancangan apa sebab bukan polisi aku untuk mendengar satu siaran sahaja.Aku gelak pun pada mula sahaja,lepas tu hati panas.

Ok,aku sambung…Seorang bapa menelefon ke konti meminta mereka menasihatkan anaknya supaya menjaga disiplin diri & jangan pulang lewat ke rumah.Ya lah…budak baru habis sekolah,lepasan spm kalau merewang ke sana sini bimbang terjerumus ke arah yang tidak sihat.Apa ni?takkan nak suruh anak balik rumah awal pun nak suruh radio yang pesan!.Maaf,mungkin aku tak sesuai berbicara soal ini sebab aku masih tidak mempunyai anak.Tetapi apa yang aku nampak,semakin ramai ibu-bapa yang mengalami masalah dalam mengawal anak.Ini perlu dipandang daripada sudut yang lebih luas.

Yang menjadi isu bagi aku adalah telatah budak lepasan spm itu menjawab soalan yang dilemparkan padanya.Aku dengar Dj memang sudah tidak boleh nak tertahan termasuk aku sekali.Menyirap darah…memang rasa nak cekik budak tu.

Erm…seorang bapa pun sudah tidak boleh menasihati anaknya sendiri.Memang menjadi masalah umum kalau nak difikirkan.Aku percaya bukan bapa yang seorang itu sahaja yang mengalami masalah itu sekarang.Rata-rata remaja masa kini semakin rakus.Baik kau orang buat ebook bagaimana membentuk anak?Pasti ada pasarannya.

Dalam tidak sedar aku sebenarnya terlalu menyokong pendapat Menteri besar Perlis agar perintah berkurung untuk remaja dikuatkuasakan.Itu satu penyelesaian masalah yang telus dan tiada dakwa-dakwi.Kalau dahulu memang remaja agak sukar untuk keluar dan pulang lewat malam,kini sudah menjadi kebiasaan.Pendapat sahaja memang tiada guna kalau tidak dilaksanakan.

Sudah…tidak perlu nak dibantah.kanak-kanak yang hilang kebanyakannya hilang pada waktu malam dan selain aktiviti mereka ke pasar malam bertemu rakan-rakan,aktiviti mereka lebih menjurus ke arah yang tidak sihat.Jangan tutup sebelah mata dan jangan pula kata kau buta yang budak sekolah rendah sekarang sudah pandai bermain cinta dengan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling.Kau ada mata!

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan,dan tiada gunanya.Ibu-bapa salahkan guru,guru salahkan ibu-bapa,ibu-bapa dan guru salahkan penguatkuasa,penguatkuasa salahkan ibu-bapa dan guru.

Sudah!!!Bila nak habis…Kuatkuasakan undang-undang yang boleh mengelakkan kecelakaan bertambah parah.

Tidak mahu itu berminatkah?

Tuesday, January 15th, 2008

Situasi yang buruk bila sesuatu ungkapan tidak dapat di tafsir dengan jelas walau pada dasarnya ungkapan itu hanya ‘tidak mahu.’

Bertambah parah apabila ‘tidak mahu’ di sambut dengan ‘pihak kami akan akan menghantar segala keterangan dalam masa satu minggu dan urusan pembayaran hanya menggunakan kad kredit anda terima kasih.’

Satu minggu berlalu dan segala keterangan tiba.Tiada faedah langsung tawaran ini.Kalau ia pun tawaran menarik tidak menarik pada masa sekarang.Belum masanya…atau masanya belum lagi tiba.Orang bujang yang sibuk di pejabat tidak memerlukan diskaun untuk percutian mengapa di momok-momok.

Dengan satu panggilan tidak cukup untuk menghalang pembayaran yang tidak rela.

Sebulan berlalu,penyata itu menyakitkan.Tidak apalah,mungkin tawaran menarik itu boleh di gunakan oleh keluarga atau rakan-rakan.

Setahun berlalu,panggilan itu tiba lagi dan menggunakan ungkapan yang sama.Tawaran hanya pada sekeping kertas yang dahulu pun tidak di gunakan lagi.

Lalu terpacul jua ungkapan ‘tidak mahu itu berminatkah?.’

Tawaran itu bukan untuk di sini…berambusssssss….

Related Posts with Thumbnails