Archive for April, 2008

Siaran astro,bakal tiada gangguan.

Tuesday, April 15th, 2008

Yeah!itu yang aku dan rata-rata penyewa rangkaian tv berbayar itu  tunggu-tunggu.Semewah-mewah mereka,tindakan untuk menyelesaikan masalah siaran  tergendala itu menjadikan kita seperti punggok merindukan bulan.

Terima kasih berbanyak-banyak kepada Pengarah Pusat Komunikasi Wayarles Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof. Dr. Tharek Abd Rahman di atas penyelesaian ini.

Aku tertanya-tanya,adakah penyelesaian ini akan dilakukan dalam masa terdekat?

Tidak usah beria sekiranya usaha itu tidak dijalankan berserta kos-kos yang tak agak-agak akan dikenakan kepada kau & aku.

Rakan aku mempunyai penawarnya buat sementara dan peratus untuk ianya menjadi 50-50.

Kau hanya perlukan sebotol mineral kosong dan potong pada bahagian tengah.Suapkan ke antena bahagian atas yang pasti basah dek kerana hujan.

Buat masa ini tiada gangguan buat aku dan mereka untuk EPL hujung minggu.Yeah…

Opss…antena itu berada dihujung atap rumah?

Lu pikirla sendiri…

Sila ke berita penuh agar kau lebih memahami.

Pulangkan Savvy kamu buat sementara.

Tuesday, April 1st, 2008

Langkah mengumumkan panggilan semula 34,000 proton savvy untuk dibaik pulih semula merupakan satu langkah yang telus demi pasaran berterusan.Pastinya berita itu menyenangkan hati para pemilik kenderaan tersebut.

Buat pemilik Savvy,kenal pasti adakah kenderaan anda termasuk dalam senarai 34,000 tersebut dan dapatkan maklumat untuk proses selanjutnya dengan menelefon Proton i-Care di talian 1-300-880-888.

Nampak seakan membuka pekung didada kerana Savvy didakwa antara keluaran terbaik proton untuk pasaran.Langkah pengumuman ini lebih menjurus ke arah ketulusan pihak proton dalam meneruskan usaha memberikan yang terbaik untuk pelanggan & bakal pelanggan.

Maka,bolak-balik yang biasa didengar dan dibaca berkenaan rungutan pemilik kenderaan nasional tidak akan kedengaran hanya disebabkan mengakui dan bertanggungjawab di atas kesilapan.

Promosi masih boleh terus…

Jualan masih boleh dilakukan…

Proton boleh terus gah dengan bergaya.  

Ini baru anak jantan!

  

Related Posts with Thumbnails