Archive for August, 2008

Rakyat masih tergila-gilakan beliau.

Thursday, August 28th, 2008

Yeah!Kita menang…sapa budak yang selalu menegur aku tatkala aku melintas di depan tempat dia bertugas untuk ke kedai kopi di pagi hari.

Aku pun membalas dengan penuh bersemangat juga.”kita mesti menang!kita terpaksa.”hahaha…!!!

Itu belum dikira sampai kat kedai kopi.Rata-ratanya ceria…

Entah apa yang best aku pun tak pasti.Yang pasti orang lain yang menang…aku tak menang-menang juga.Fikir punya fikir “ah!lu pikirlah sendiri” motivasinya tersangat lah tinggi.Kira tahap dahsyat gilalah.

Dulu dia di parlimen,kena hantar masuk penjara.Lepas tu dia keluar penjara & sekarang dia masuk balik parlimen.Tak sia-sia aku panjat bukit belakang rumah dia dulu.Gila tak gilalah kan!

Nak seribu daya!

Berpantang maut sebelum ajal!

Begitulah hidup…sekejap di atas & sekejap di bawah.

Rata-rata yang di atas amat sukar untuk menunduk sedangkan ramai yang di bawah bersiap sedia untuk menjolok…

Lepas ni jangan kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan cukup!

Sudah!buat kerja…jangan tidur sudah!

Bercuti ke Phuket.-Pulang marilah pulang…

Friday, August 8th, 2008

Buka mata…ok,keadaan aku normal tidak seperti semalam.Lagi pun kali ini aku di tengah bukan di hujung.huhu…terus bersiap dengan penuh semangat untuk bersarapan.Pack semua barang-barang dengan buka plastik t-shirt yang aku beli masa mula-mula sampai hari tu untuk mengelak pembayaran kastam.

Kawalan tu…dah nama pun hadiah,tak kan nak bayar cukai juga kan?Ikut pengalaman Saleh yang sudah biasa berurusan dengan pihak kastam,dia orang tak ambil kira semua tu…asal tengok kuantiti banyak…charge!!!.

Pendek cerita…habis sarapan,turun lobi tunggu Awi dengan ning.Lambat pula dia orang ni sampai.Lepak-lepak dulu sambil snap gambar buat kenang-kenangan.Awi sampai,naik bas terus kita orang di bawa ke kilang barang kemas berasaskan mutiara.

Penghasilan mutiara mereka lebih kurang di Sabah jugalah pada pandangan aku berdasar penerangan ringkas staff mereka.Dengan gred yang tersendiri,gred itu jugalah yang membezakan harga mereka dipasaran.Yang pasti,produk mereka itu tidak pernah aku lihat di Malaysia.Lebih bersinar dan menarik.Aku tersambar untuk wanita di rumah,buat kenang-kenangan.

Aku belajar satu perkara yang di sini.Mereka berani dan yakin dengan produk mereka dengan jualan untukĀ  harga pasaran eropah berserta jaminan.Ya,rata-rata harga produk mereka yang unik begitu mahal untuk pasaran asia.

Mudahnya,sekiranya kamu berfikir produk itu tiada di tempat kamu,beli sahaja daripada kami.Soal harga tidak perlu difikirkan.Lagi pun populariti daerah ini tak perlu dipertikaikan lagi.Pasaran antarabangsa lah katakan…tetapi,apasal langkawi bebas cukai ek?

Masa dah suntuk…

Singgah ke tempat jualan t-shirt sebab ada dikalangan rakan sepejabat aku yang ada duit berlebih nak kasi perabih.Ini mesti kes “kenapa?tak percaya…la ni.”Hah!kasi perabih…

Sampai masa untuk aku pulang.Terima kasih boss,Awi,Ning, dan Phuket…ada rezeki aku sampai lagi.

Related Posts with Thumbnails