Archive for October, 2008

Bola sepak…bukan sekadar sepak.

Tuesday, October 28th, 2008

“Gua dah lewat ni banyak benda nak buat,…lain kali lah kita jumpa!.Tapi gua mesti nak jumpa lu juga,gua nak bagi kad.”…

“Benda tak jadi selalu…tahun lepas boleh,moh lah turun…patriotiklah sikit!”

Memandangkan gua memang ada hajat nak ditunaikan terpaksa gua bergegas juga ke Stadium.Dalam minggu terakhir gua nak jadi suami orang ni rasa nak bersosial tu kurang sangat.Tahu sahajalah,banyak perkara yang perlu diuruskan.Gua turun juga stadium malam hari tu dengan perasaan yang kurang memberangsangkan.

Lewat,member gua lagi lewat…gua layankan juga.

Banyak percubaan Malaysia yang dapat dipatahkan Vietnam.Gua dah ada rasa nak maki.

Umum-Kebanyakan penonton ke stadium akan memaki bukan menyokong lebih-lebih lagi apabila pasukan favourite tak boleh pergi.Yang bawa anak kecil memang tak boleh nak mengelak.

Gua dengan kawan-kawan sudah tidak mempunyai rasa.

Hamunkan sahaja!

Sikit-sikit injured..game stop!

Apakejadahnya!!Bukan american football…

Oh!memang psikologinya untuk ke penalti & keeper mereka juga sudah bersedia dengan kiraan matematik yang bakal memecahkan persoalan.

Norhafiz kalah dengan psikologi matematik!

Menjaga pemakanan kini mudah!

Thursday, October 16th, 2008

Memang mudah!Hanya dengan menggunakan internet,aktiviti makan kamu tidak akan terganggu lagi selepas ini.Dengan kesibukan di pejabat atau ditempat kamu bertugas memungkinkan perut kamu yang boroi itu diisi tepat pada waktunya.

Diselenggara oleh YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH,mangkuktingkat.com dengan tagline “senang nak makan” pasti menjadi tarikan buat mereka yang terlalu sibuk,malas & tidak tahu memasak.

Masih diperingkat awal,kamu masih boleh mendaftar menjadi pembekal untuk meluaskan lagi pasaran mangkuktingkat.com ini.

Halakan anak panah kamu ke website mereka & pesan makan tengahari & malam kamu sekarang.

Kadang-kadang orang yang tak buat benda tu pun tahu jugak ye tak?

Monday, October 13th, 2008

Panjang gilakan tajuk entri ni…wakaka…

Umumnya kalau bercerita tentang 18 SX,orang yang tak pernah merasai,mengalami,melakukan,membuat, dan sewaktu dengannya pun akan turut serta macam dia tahu sesangat.

Opss…sorry,aku bukan nak cerita pasal 18 SX.Mungkin itu yang boleh memudahkan untuk kau orang memahami cerita aku ni…

Kalau kau orang perasan,bukan orang lain pun yang kadang-kadang terlebih borak pasal sesuatu topik atau perkara.Diri sendiri tak terlepas jugak kan!

Mungkin sebab sebab tu jugaklah timbul ungkapan baru di zaman ini.

“tak agak-agak”.

Related Posts with Thumbnails