Archive for November, 2008

Yahoo answers-Sesiapa pun boleh bertanya.

Friday, November 28th, 2008

Saya masih menggunakan yahoo sebagai email utama walau pun gmail dimomok antara yang terbaik untuk kategori emailĀ  percuma.

Walau pun membuka yahoo sehari-hari,servis mereka yang lain seakan tidak memberi erti buat saya.

Semalam saya cuba menggodek perkhidmatan mereka yang lain-lain dan antara yang mengujakan adalah yahoo answers.

Tidak sampai berapa saat soalan saya terjawab!

Wah!kalau di forum atau search engine mungkin ambil sedikit masa…

Ada banyak kategori yang bersesuaian dengan topik soalan anda.

Apa kata anda cuba bertanyakan soalan di sana.

Ini fesyen barulah…kau mana tahu…

Wednesday, November 19th, 2008

“Lama betul mesin tu nak kira duit.Yang tukang menekan pun sengal,tengahari masuk duit berkepok tak ingat!.”Ada lagi tiga orang tengah tunggu giliran bersama aku.Kaki dah kebas,tak boleh tahan…

Sampai giliran aku,mesin tergendala…aduss…dahlah deposit machine ni buka satu je… itu pun nak kantoi!

Nak tak nak terpaksa aku ambil nombor dan tunggu giliran baru ke kaunter.Haram ada yang aku kenal…

Dalam menunggu aku duduk dibangku melayan perasaan.

Lepas sorang-sorang keluar,masuk pula mamat sepet sorang ni dengan fesyen seluar londeh tak ingat…nasib baik daripada belakang,tu pun sayup-sayup nak nampak.

Macam ni punya fesyen pun ada?Adalah…dah nampak depan mata tak kan tak ada pulak!

Lambat lagi giliran aku…tunggu kan sahaja sambil menongkat dagu tanda boring yang amat sangat.

Mamat sepet lalu di hadapan aku sambil mengangkat baju.

Macam haram…!!!

Fesyen tu memang patut di haramkan untuk tontonan umum.

5 senarai kritiria pekerja yang ditagih dulu,kini & selamanya dalam sesebuah organisasi.

Wednesday, November 12th, 2008

Tidak ramai dikalangan kita yang bernasib baik untuk berada pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah organisasi.Ada yang sudah pencen tetapi kedudukannya di dalam organisasi hanya sekadar pelengkap carta sahaja.Agak sedih kerana sudahlah bertahun di dalam organisasi,rakan sekerja juga datang dan pergi tetapi kita masih juga ditakuk lama!

Pada pendapat kalian,bentuk kritiria bagaimana yang diperlukan daripada seseorang pekerja oleh sesebuah organisasi.?

Di sini aku sertakan 5 senarai kritiria pekerja yang diperlukan oleh sesebuah organisasi.

1.Datang awal ke pejabat.

2.Faham fungsi dan tugasan.

3.Siapkan tugas mengikut waktu dan kurangkan penangguhan kerja.

4.Bersedia untuk tugasan yang tidak terduga bersamaan meningkatkan ilmu.

5.Pulang lewat sekiranya diperlukan.

Sila tambah mengikut fikiran kamu….

Related Posts with Thumbnails