Archive for December, 2008

histeria

Tuesday, December 30th, 2008

keluar panggung…

“Sebenarnya cerita histeria tu pasal histeria ke pasal hantu raya?”

“Dah tajuk dia histeria pasal histerialah!”

“Bukan ke histeria tu pelajar perempuan lari-lari,jerit-jerit tak tentu fasal ramai-ramai tu?

“Ya lah…kan ke dia orang tadi tu lari-lari,jerit-jerit ramai-ramai,histeria lah tu.”

“Ye ke,sampai mati semua tinggal seorang sahaja ke histeria tu macam dalam filem tadi?”

“Alah!!!…yang tadi tu histerika!!!.”

Program kesedaran halal peringkat Wilayah Persekutuan 1.

Saturday, December 20th, 2008

Aku dihantar dengan rela.Aku tiba lewat kerana minda aku mengatakan aku masih boleh menyertai program ini walau lewat kerana penyertaan terbuka tanpa pendaftaran awal dan aku perlu menghantar bidadari aku ke pejabat.Aku bosan untuk mengikuti upacara pembukaan.

Aku ke kaunter dengan harapan panduan seterusnya.Aku disoal mahu sama ada mahu membeli tapak ekspo yang diwujudkan pada akhir bualan.Aku tersenyum…lain kali sahaja.Doakan aku…

Aku mendaftar dengan ringkas…hanya secalit nama,nombor kad pengenalan,dan nombor telefon bimbit.Tidak perlu dinyatakan aku daripada organisasi mana.

Aku ke dewan yang mulia,(dalam masjid).Ramai,rata-rata daripada jabatan kerajaan yang ada sekarang.Aku boleh mengenali mereka kerana mereka mengenakan pakaian rasmi.

Sessi bermula…
Kesemua input yang aku nyatakan adalah secara ringkas.

*KFC,Pizza hut,Ayam mas,Rasa mas semuanya di bawah satu organisasi.

*KFC tidak mengamalkan sistem francais

*KFC mewujudkan program contract farming ternakan ayam secara terbuka dan bersyarat.

*Di Pelabuhan Klang sahaja,pengeluaran sebanyak 80,000 ekor ayam sehari di perlukan.

*KFC adalah halal.

*KFC di iktiraf sebagai pelopor dan contoh industri halal di Malaysia.

*Organisasi ini menyediakan dana sebanyak 200 juta secara wakaf sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.Huh!kagum…kagum…

Aku bertambah kagum dengan organisasi ini,halal termasuk di dalam objektif organisasi mereka.

Semua sekali ada 7 tajuk besar input yang aku terima…Ramai yang tidur,bersembang dan keluar masuk aku ada rasa sakit hati.Sabarkan sahaja…

Antoo fighter.

Thursday, December 4th, 2008

“Bodoh…bodoh betul…”

Aku pun tak tahu kenapa ungkapan itu juga yang terpacul dari mulut aku dan juga mereka-mereka yang menonton.Padahal,aku dan mereka teruja dengan aksi Antoo fighter tu.Kalau sudah ketawa tidak berhenti terujalah namanya kan?Walau mulut kata bodoh pun layankan juga…

Ya lah…kau fikir mahunya tak teruja!sepanjang cerita tak henti-henti dengan gelak tawa ditambah teknik cgi yang tinggi kosnya,err…cuma filem agak gelap sedikit dan kalau skrin panggung tu punya masalah aku tak tau!.Masalah audio pun ada sikit…tapi tak apa…tidak menjejaskan gelak tawa.

Kalau nak compare dengan filem luar,aku ada rasa mahu memberi tabik spring kepada Azizi chunk adnan.

Lepas ni memang ramai pengarah Malaysia  yang akan keluarkan cerita yang luar daripada kebiasaan.

Ala-ala Stephan chow,boleh ke aku kata begitu.Boleh kot,sebab cerita Antoo fighter ni memang membuatkan aku dan penonton lain ketawa tak henti-henti.Banyak kan aku sebut ketawa post kali ni…serius…baik aku,isteri tercinta,ibu tersayang,adik perempuan terkasih aku memang pecah perut malam tadi.

Erk…penggila.com bawa family menonton wayang gambar,cerita Antoo fighter pula tu!entah,seumur hidup aku first time aku tengok wayang gambar dengan ibu dan adik.Sebelum ni dengan isteri aku sahaja.Lepas gian beb,lepas menikah sanding pung-pang pup-pap…aku memang tak ada masa nak melayan hobi aku yang satu ni.

Oh…ada satu part yang buat hati aku dan penonton tersentuh malam tadi.Part arwah loloq baling rantai tanda keluar daripada team penentang jembalang.Memang terasa ketiadaan arwah.Alfatihah…

Ok,cukup…setakat nak baca ulasan tak perlu kau nak tahu jalan cerita ke apa benda yang lain…

Aku pun letih nak cerita panjang-panjang.Lagi pun blog aku bukan tempat review filem,sekadar berkongsi dan luahan hati sahaja.

Lagi pun dalam akhbar dah banyak ulasan kan,Azizi chunk adnan pun ada beritahu yang filem dia memang untuk hiburan tidak perlu nak fikir-fikir.

Selamat menonton…

Related Posts with Thumbnails