Archive for January, 2009

Menunggu dihospital.

Thursday, January 29th, 2009

Lupa pula nak sambung tajuk…kerajaan.
Ya!sudah lama aku tidak ke sana.Sekiranya tidak mengalami situasi yang kritikal,memang hospital kerajaan itu tidak aku jejak.Bukan sombong,setakat demam pening biasanya ubatan alternatiflah yang aku cari.Klinik swasta?kadang-kadang…tak boleh tahan!

Alhamdulilah sepanjang tahun lepas aku agak kurang mengalami masalah kesihatan dan doakan agar berterusan,doa aku pula sentiasa untuk kau orang yang sudi membaca blog gila aku ini.

Aku baru sahaja pulang daripada hospital kerajaan kerana menghantar ibu.Entah kenapa muncul bintik-bintik merah yang agak banyak.Dalam situasi iklan berkenaan penyakit chikugunya yang hebat di televisyen aku perlu bertindak segera.

Sekian lama tidak ke sana,perubahan ketara yang aku nampak adalah prosedur sebelum berjumpa dengan doktor.Ya!kau orang akan berjumpa dengan kakitangan hospital yang akan bertanya masalah kesihatan kau orang.Sebelum ini tidak pernah pula aku alami situasi seperti itu.Oh!mungkin untuk mengasingkan pesakit untuk berjumpa dengan doktor yang lebih spesifik.Ini sudah bagus…

Sampai juga giliran berjumpa Doktor.

“sakit apa ni,tak tahu saya.”

ish…ish…ish…

Aku tahu lama belajar nak dapat title Doktor.Punyalah panjang masa pembelajaran.

Dalam silibus kedoktoran ada atau tidak layanan terhadap pesakit?

rebiu filem maut.

Tuesday, January 27th, 2009

Bade punya pasal aku gegaskan juga untuk ke panggung sekali lagi.Hidup di bandar amat terhad.Lebih-lebih lagi untuk pasangan yang masih belum menikmati hilai tawa cahaya mata.

Ada tiga versi,entah kenapa kalau seorang pengarah buat akan ada follower.Tetapi versi masing-masing.

Versi yang pertama walau agak mudah untuk dibaca jalan ceritanya tersasar juga aku.Bolehlah tahan…

Versi kedua aku tak boleh tahan sebab adegan itu agak 18 sx sedangkan terlalu ramai anak-anak bawah umur yang di bawa ibu bapa ke pawagam.Walau hakikatnya apa yang dipaparkan itu kenyataan,biasalah kenyataan memang pahit untuk ditelan.

Versi ketiga…ini sudah lebih!Walau latar belakang black metal itu tak cukup keras,lakonan Que memang keras,sekeras Salleh kamil dulu-dulu.

Kau orang perlu menonton karya Bade ini,maut tak mengira waktu…!!!

Selamat tahun baru 2009.-Senaraikan azam/matlamat.

Monday, January 5th, 2009

Tahun baru bermula.Pada masa entri ini dikeluarkan,5 hari sudah pun berlalu.Aku sering terlewat untuk mengucap selamat pada sebarang peristiwa atau perayaan di penggila.com.Maaf,itu kelemahan aku…selamat tahun baru semua.

Tahun baru yang memberangsangkan bagi aku kerana senarai mesti buat aku pada tahun lepas lebih banyak yang bertanda daripada tidak.Bermakna tercapai sudah impian aku walau coretan di atas kertas itu jarang aku tatapi,ianya tetap dihati.

Seperti biasa,masuk tahun baru soalan skema yang sering aku dengar adalah “apa azam kamu tahun ini?”.Aku tidak menggemari perkataan itu kerana Azam adalah nama antara sahabat aku dan apabila soalan yang datangnya daripada salah seorang sahabat juga Azam akan sering menjadi bahan usikan.Contohnya-”kejap lagi sampailah Azam tu?”

Jadi aku ubah kepada matlamat.Ya!aku akan bertanya apa matlamat kamu kepada sahabat-sahabat aku.(Aku mempunyai ramai sahabat=geng curut itam.)Maka dengan itu dapatlah sedikit ketenangan bagi aku dalam memperkatakan soal azam bersama sahabat-sahabat.

Macam mana azam/matlamat akan tercapai sekiranya dipermain dan diperkotak-katikkan?

Banyak main…

Related Posts with Thumbnails