Archive for February, 2009

Beza Awang spanar dan sifu & tongga.

Friday, February 13th, 2009

Sebelum aku pergi ke panggung untuk menonton Sifu dan tongga aku sempat menjamu mata dengan filem Awang spanar tu,sebab itu aku berani compare yang filem tu lebih bagus.Bagus pada aku adalah terhibur.

Entah kenapa sifu dan tongga itu tidak dapat menghiburkan hati aku atau mungkin sebab aku dah pekena filem yang lebih menghiburkan.Entah!aku tak pun tau…

Ok,jom kita tengok beza 2 filem ini.

Awang spanar-Watak yang lebih diberi penekanan Mr Os dan Salih yaacob.
Sifu dan tongga-Watak yang lebih diberi penekanan Saiful apek dan Nabil.

Awang spanar-Berkisar adventure 2 orang pemuda nelayan yang bercuti ke bandar dan terlibat dengan sendikit penculikan.

Sifu dan tongga-Berkisar adventure 2 orang pemuda orang asli yang mahu menyelamatkan anak ketua mereka di bandar.

Awang spanar-Lurus bendul masuk bandar dan gelagat mereka.
Sifu dan tongga-Lurus bendul masuk bandar dan gelagat mereka.

Awang spanar-Terlibat dengan pihak polis dan penjenayah penculikan.
Sifu dan tongga-Terlibat dengan pihak polis dan penjenayah penculikan.

Awang spanar-Selamatkan mangsa culik dan happy ending.
Sifu dan tongga-Selamatkan mangsa culik dan happy ending.

Aku tak boleh cakap yang jalan cerita kedua-dua filem ini memang ada persamaan sebab jawapan standardnya kau orang sedia maklum “segala persamaan adalah kebetulan.”

Kalau nak diukur daripada segi dialog,filem dulu-dulu lebih menghiburkan dan kalau kena dengan gayanya akan menjadi sebutan harian masyarakat.

“Nak kena takuk.”

“An…an…an…”

Rebiu filem sifu dan tongga.

Tuesday, February 10th, 2009

Sudah lama aku tengok filem sifu dan tongga ni…tak sempat nak buat rebiu.Lagi pun kalau kau orang baca rebiu filem ni di blog lain mau muntah belahak dibuatnya.Ada masa sedikit ni,kau orang baca pula rebiu daripada aku.

Sebenarnya aku salute juga kepada pengarah filem ni sebab berani mengutarakan perihal orang asli di Malaysia ni.Ya lah…kalau tidak dibuat secara komersial semakin kurang pendedahan berkenaan mereka.

Tetapi…yang tak sedapnya apa yang dipaparkan terlalu jauh daripada kenyataan.Aku faham maksud komersial dan aku faham maksud filem cereka…err kalau dah faham apa lagi yang boleh aku katakan…!!!

Aku nak cakap yang AWANG SPANAR lagi berganda-ganda bagus daripada sifu dan tongga.Titik….

Lompat parti.

Saturday, February 7th, 2009

Terlalu memudaratkan dan perlu dikemaskini segala perundangan yang ada agar setiap ketirisan yang berlaku di dalam negara tidak terus menghiris.

Lagi pula sebagai wakil bagi rakyat,mereka-mereka sepatutnya terus meningkatkan dan membaik pulih segala kelemahan yang terdapat di dalam sistem perundangan bukan hanya pandai memanipulasikannya.

Kesedaran di peringkat atasan adalah lebih bermakna agar tidak terus berlaku seperti kata pepatah “katak ketam mengajar anaknya berjalan lurus.”

(more…)

Related Posts with Thumbnails