Archive for May, 2009

Janji mati.

Wednesday, May 27th, 2009

Emi memang budak rajin.Ops…maaf,Emi adalah seorang belia benci dadah sepejabat dengan aku.Tetapi Emi tak benci rokok,sama dengan aku.Kadang-kadang rokok aku akan jadi rokok Emi,jarang sangat rokok Emi jadi rokok aku.

Apa ada hal…janji Emi jadi budak yang rajin.Kalau Emi tak rajin,aku akan jadi terlebih rajin.Disebabkan aku dah sedia rajin,aku rasa terlebih tu tak perlu untuk aku.

Bab rajin Emi ni,sampaikan waktu melados pun aku yang kena paksa.Agaknya sebab tu lah rokok aku jadi rokok Emi.Lagi sekali…apa ada hal…!!!.

Yang menjadi halnya…Emi sekarang sombong,dah tak bagi aku melados lebih-lebih.Bagikan saja rokok tu bulat-bulat kat dia katanya.

“Along lados lebih!orang sebatang..along dah dua.”bentak si Emi.

Jadi aku telah pun membuat satu janji mati dengan Emi.Disebabkan Emi Barca fan dan aku Manu fan serta ke dua-dua pun fanatik,maka tak menjadi masalah besar untuk aku membuat janji mati dengan Emi.

Janji mati yang aku twist 360′.

Man U menang aku tak boleh lados depan Emi sampai mati.

Barca menang Emi tak boleh lados depan aku sampai mati.

Deal!

Sekarang Emi tak kisah kalau Barca kalah!

Emi tak cukup kuat…aku nak lados lebih pun tak bagi!

Update:Pagi ni aku lados depan Emi dengan muka toye.Emi pun toye dua kali lima juga walau pun menang dua biji.

Aku pula tak cukup kuat…rilek Mi,lados dalam jamban pun boleh!

Din baca tak bunyi langsung.

Friday, May 8th, 2009

Beli surat khabar adalah rutin aku.Bacanya tak semua.Din gila di kampung aku dulu rasanya gila sebab membaca lebih.Tak agak-agak.Sebab itu gamaknya bebudak kampung aku dulu tak ramai yang gila membaca.Semua pakat gila kutip buah rokam,nam-nam dengan buah mentega.Lepas tu jual kat sekolah.Memang usahawan sejati.

“Uh!kecur air liur aku.”

Mitos tentang Din gila menjadi gila sebab gila membaca memang kuat terpahat diminda orang kampung.Kanak-kanak sebaya aku memang didedahkan isu ni.Sekarang aku tak tau.Lama aku tak jenguk kampung tu.Entah hidup entahkan tidak lagi Din tu…

Teringat aku zaman balik sekolah,biasanya Din duduk di titi sambil baca surat khabar.Kejap melayu,cina,tamil pun dia sebat.Jarang Din dapat baca suratkhabar penuh,biasanya sehelai dua.

Sampai hari ni aku tak pasti adakah Din memang menguasai ketiga-tiga bahasa itu sebab bila ditanya Din hanya boleh menyebut hahahahahaha….sahaja.

Champion aku pergi final lagi.

Wednesday, May 6th, 2009

Game ni aku tak sempat nak layan.Aku ketiduran…tetapi aku tak rasa bersalah dan kesal atau seumpama dengannya.Kepala dah weng sesangat,sebab terlebih lados masa layan udang.

Pagi ni dengan segala ilmu yang tak seberapa didada,aku berjaya juga melihat aksi-aksi gol,gol, dan gol itu….

nah…ambik kau!

Arsenal 1 - Manchester United 3 - Watch more Videos at Vodpod.

Oh ye!aku nak sesangat jumpa chelshit masa final.Malas pula rasanya nak tampal sticker product.

Related Posts with Thumbnails