Nasi di dalam mulut pun boleh keluar semula.Sebagai individu berkhemah yang menjual tiada salah andai hati pembeli dijaga.Walau kerugian dan kepenatan,hati pelanggan perlu dipuaskan.
Minggu lepas…saya dan isteri berkejar sejauh lebih kurang 45km semata-mata mahu memuaskan hati seorang pelanggan.Selepas urusan jual beli berlaku kami terus pulang ke kampung dengan perasaan lega kerana agak terlewat membuat penghantaran.
Sampai dipertengahan jalan,isteri saya mendapat panggilan yang pelanggan tadi mahu memulangkan semula pembelian atas masalah peribadi.
Terpana seketika…saya minta pelanggan itu datang dan kami pun menunggu dengan hati yang tidak keruan.Kuasa illahi,dengan keberkatan bulan ramadhan tidak pula saya dan isteri memberontak.Mungkin masing-masing berperang dengan perasaan.
Pertukaran semula dibuat,pelanggan meminta maaf sambil menghulur wang ganti rugi atas pembatalan dan maaf itu diterima dengan senyuman sedih oleh isteri saya tetapi wang itu tidak sampai hati untuk diterima.
Melihatkan anak kecil pelanggan,isteri saya meminta agar wang itu dijadikan duit raya kepadanya.
Air mata pelanggan itu hampir menitis…akan tetapi rezeki tuhan ada di mana-mana.
Salam syawal menjelang tiba…
Selamat hari raya daripada saya dan juga isteri.
