Konvensyen saifulsham.
Sabtu-3/02/07.
Buat pengetahuan anda,saya adalah salah seorang bekas peserta seminar saifulsham.Apa perlunya saya beritahu anda?
Perlunya adalah kerana nanti anda tak faham cerita pula.
Anda boleh baca tentatif penuh di http://blog.smartusaha.com/berita-terkini/2007/02/konvensyen-perniagaan-internet-saifulsham-penat-tapi-berbaloi/
Awal-awal lagi Zul dah siapkan.Terima kasih Zul.
Daripada saya,hanya sekadar pengiktirafan & sedikit panduan untuk anda yang ingin menyertai mana-mana seminar.”Bukan hanya seminar perniagaan internet sahaja,kerana ada banyak seminar lain lagi di Malaysia ni.”
Pengiktirafan khas & penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat anda Sabri & Syazwan (Team Saifulsham) kerana sudi “mengongsikan” ilmu anda “secara berbayar” untuk saya serta peserta-peserta yang lain.
Saya tidak menggalakkan sesuatu tanpa “bayaran” kerana ramai yang tidak akan menghargainya.Saya hanya menganggap bayaran itu adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk saya.
Lagi pula dengan mengeluarkan sedikit pelaburan,sudah tentu saya akan bermati-matian demi mencapai kejayaan.
Sedikit cerita di Hotel Brisdale cow kit.(tempat berlangsungnya konvensyen.)
Sampai di lobi saya telah di sapa oleh Syazwan & terus beliau merekod kedatangan saya.Alhamdulillah Syazwan masih ingat pada saya lagi(saya bekas peserta pertama seminar buit di internet)walaupun selepas 4/5 kali melangsungkan seminar.Apa yang saya perasan,kebanyakan rekod peserta ditulis  dengan nickname.
Saya biasa buat kerja gila!Kerja apa?
Saya tidak teragak-agak untuk membuat bayaran untuk seminar & juga konvensyen.Tetapi saya sentiasa teragak-agak dalam melangsaikan bil-bil bulanan saya.Anda boleh refer Sabri.Mula daripada pembelian buku buat duit di internet sehingga konvensyen,payment saya smooth.
Kerana apa?
Kerana saya berkeyakinan yang perniagaan internet di Malaysia masih ada ruang untuk saya & juga anda.Mengapa tidak anda turut mencuba!
Yang membuat saya bertambah gila,hampir kesemua yang hadir konvensyen itu terdiri daripada otai-otai.Manalah saya nak sorok muka kat konvensyen tu ye…
Masuk-masuk bilik saya dah nampak zul http://www.smartusaha.com/ (memang saya segan jumpa zul sebab satu laman web pun tak ada lagi.)Salam punya salam,tanya punya tanya jumpa pula En Tazilan http://www.ideabisnesluarbiasa.com/ (First web yang buat saya tergila-gilakan perniagaan internet,walaupun tak beli lagi.),abang Fayz http://www.syokahwin.com/ (saya belum kahwin lagi bang!)salam lagi jumpa boss Sham http://www.rajaadsense.com/ (saya adalah seorang moderator untuk forum rajaadsense.),lepas tu Azhar Alias http://www.lighterboy.com/ ,member seminar pertama NMD http://www.rahsiakaya.com/ ,fauzul http://www.e-kedai.net/ & last sekali saya duduk sebelah NMD.Sebelah yang satu lagi ada seorang kakak,dalam hati tertanya-tanya juga apasal kakak ni tak join kat tempat wanita.Waktu ni kakak tu sibuk berbincang dengan En Tazilan.Habis je,saya terus tanya nama kakak tu.Marina jawabnya.Saya tak puas hati,mana nak kenal nama Marina kat internet,saya pun tanya nickname.Sekali Galadriel la…satu-satu nya otai wanita yang saya kenali melalui medium internet dengan http://www.internetmelayu.com/ .Konvensyen bermula.
Persoalan…
Adakah saya gila kerana berani melepak dengan otai-otai?Sejak bila pula ada perkara gila melepak?Perlukah saya mengambil peduli anggapan otai-otai terhadap saya?
Saya tidak gila & tidak ambil peduli…saya adalah “Penggila.”Saya benar-benar menggilai perniagaan internet.
Ada sesuatu yang boleh saya lakukan dengan internet.Begitu juga anda.
Kenapa perlu dibazirkan masa yang ada untuk tujuan yang tiada faedah?










Patut la masa jumpa Galadriel bulan lepas, dia kata syok baca blog kat laman awak ni. Saya baru hari baru jumpa blog ini. Saya ni kategori penggila dan gila - gila juga sebab saya bintang Gemini.
Tapi, saya bukan fanatik sangat. Saya suka main chess, main game (baru habis main NFS : Carbon). Tapi, HP saya sekarang ialah Nokia 3350. Saya pernah pakai HP mahal dulu, tapi kena curi. Jadi, tak berbaloi saya pakai HP yang mahal tapi tak tau guna secara optimum dan maksima seperti guna GPRS dan Bluetooth.
Ramai ahli saintis yang berjaya adalah gila - gila tapi tak semua orang gila adalah saintis
April 6th, 2007 at 4:00 am
Terperanjat gila tgk komen ni.hehe…
1.Otai wangcyber yang komen.Saya salute kat abang walaupun OKU.Saya kenal abang melalui post di wangcyber jer.Tapi semangat abang lebih daripada orang berupaya.terima kasih…
2.Memang saya duduk sebelah kak galadriel masa seminar.tak sangka dia syok kat penggila.com mcm saya syok kat internet melayu.hehee…
April 6th, 2007 at 11:05 am