Aku dihantar dengan rela.Aku tiba lewat kerana minda aku mengatakan aku masih boleh menyertai program ini walau lewat kerana penyertaan terbuka tanpa pendaftaran awal dan aku perlu menghantar bidadari aku ke pejabat.Aku bosan untuk mengikuti upacara pembukaan.
Aku ke kaunter dengan harapan panduan seterusnya.Aku disoal mahu sama ada mahu membeli tapak ekspo yang diwujudkan pada akhir bualan.Aku tersenyum…lain kali sahaja.Doakan aku…
Aku mendaftar dengan ringkas…hanya secalit nama,nombor kad pengenalan,dan nombor telefon bimbit.Tidak perlu dinyatakan aku daripada organisasi mana.
Aku ke dewan yang mulia,(dalam masjid).Ramai,rata-rata daripada jabatan kerajaan yang ada sekarang.Aku boleh mengenali mereka kerana mereka mengenakan pakaian rasmi.
Sessi bermula…
Kesemua input yang aku nyatakan adalah secara ringkas.
*KFC,Pizza hut,Ayam mas,Rasa mas semuanya di bawah satu organisasi.
*KFC tidak mengamalkan sistem francais
*KFC mewujudkan program contract farming ternakan ayam secara terbuka dan bersyarat.
*Di Pelabuhan Klang sahaja,pengeluaran sebanyak 80,000 ekor ayam sehari di perlukan.
*KFC adalah halal.
*KFC di iktiraf sebagai pelopor dan contoh industri halal di Malaysia.
*Organisasi ini menyediakan dana sebanyak 200 juta secara wakaf sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.Huh!kagum…kagum…
Aku bertambah kagum dengan organisasi ini,halal termasuk di dalam objektif organisasi mereka.
Semua sekali ada 7 tajuk besar input yang aku terima…Ramai yang tidur,bersembang dan keluar masuk aku ada rasa sakit hati.Sabarkan sahaja…