Archive for the ‘aku’ Category

Sebenarnya kau suka tekan-tekan.

Monday, May 24th, 2010

Seorang rakan baik pasti akan cuba menghubungi rakannya kalau tidak lama sekejap pun memadai…

Tidak seperti rakan yang lain,rakan baik seboleh-bolehnya akan meluangkan masa untuk bertanya khabar serta mengambil berat bertanya itu dan ini…

Rakan baik gelisah kerana rakannya jarang menampakkan diri seperti biasa.Bila ditanya sentiasa dengan ‘dunia maya’nya sahaja jawabnya.

Rakan baik sudah tidak sanggup melihat rakannya bersendiri…dengan ‘dunia maya’nya sahaja.

’sebenarnya kau suka tekan-tekan’kata rakan baik.

Aku tidak akan tertekan dengan tekan-tekan itu.

p/s-Nanti aku turun ya!nantikan sahaja.

Aku & rokok. - Siapa yang ambil peduli.

Saturday, April 17th, 2010

“Saya peduli apa!”kata Pak Hamid apabila isu lawak bodoh gempar suatu ketika dahulu.

Ada betulnya juga pemikiran yang sebegitu,sebab sekiranya kita mendengar kata-kata orang lain,kita tidak akan ke mana-mana.Untuk bertambah jelas cuba ingat semula kisah pengembara bersama anak & keldainya.Haha…serba tak kenakan!.

Cuma dalam bab rokok ni,aku rasa tidak ramai yang ambil peduli pasal aku.Betul ke?Atau aku yang tidak ambil peduli teguran mereka?

Seingat aku,insan atau mereka yang benar-benar ambil peduli pasal tabiat merokok aku tak lain tak bukan adalah;

Ibu.
Walau pun jarang sangat aku merokok di hadapan ibu sebab hormat,kadang-kadang ibu akan tegur juga tabiat merokok aku bila batuk menyerang.Errr…dah nama pun ibu.”Sayang ibu…”

Isteri.
Isteri aku adalah insan yang berhati waja kerana hembusan demi hembusan dia terima dengan redha.Tegurannya amat ringkas serta tiada unsur paksaan daripadanya supaya aku berhenti merokok.Oh!baru aku sedar yang selama ini isteri aku banyak gunakan teknik reverse psychology untuk menyedarkan aku.”Love you ayang.”

Alang & Ida.
Adik-adik aku yang dikasihi yang pernah menegur aku “along,dahlah tu!takyahlah isap rokok lagi!”hehehe…”yalah!yalah!…”

Doktor Cina di Klinik Taman Maluri.
Doktor ni bukan doktor peribadi aku dan aku tak ada doktor peribadi pun…cuma aku pelik dalam banyak-banyak doktor yang aku jumpa, doktor ni seorang sahaja yang akan tegur tabiat merokok aku.”First class la doc!”

Rakan.
Bukan semua,adalah seorang dua yang pernah tegur aku.Tak kiralah rakan mana-mana pun yang pasti memang adalah yang menegur.

Iklan oleh Kerajaan.
Iklan baik di mana-mana mampu membuat aku keteguran.”Errrgh…fikir dua kali juga nak bakar rokok.Lagi-lagi iklan gambar penyakit tu,memang ketegor kata orang perak.”

Walau pun perokok lain tak lut benda-benda macam ni,tapi aku tetap bagi credit juga atas usaha yang dilakukan.
dan…
Errr…terima kasihlah sebab bagi amaran kat kotak rokok tu…masa saya mula-mula merokok,tak berapa perasan amaran tu.

Aku dan rokok. - Fakta sempit di dalam minda.

Saturday, March 20th, 2010

“Dahulu aku adalah seorang perokok tegar.Mula merokok dalam usia muda seawal 10 tahun,aku akui akan betapa bangganya seorang perokok dengan hisapannya.Semua itu hanya untuk satu kepuasan dan kepuasan itu pula hanya perokok sahaja yang tahu…”

Aku nak cerita mengenai fakta sempit di dalam minda aku mengenai rokok.Tidak tahu pula berapa yang akan terhasil sebab aku tidak mencatat segala isi penting dan penulisan ini serta apa jua yang kau orang baca di penggila.com sebenarnya adalah sekali lalu sahaja.Lepas tu aku semak ala kadar.

Err…pernah juga aku buat detail macam nak tulis karangan di sekolah.Tapi tak banyaklah…adalah satu dua…kalau rajin kau orang carilah tapi nak buat apa ya tak!

Baiklah aku mula dengan fakta sempit yang pertama dan seterusnya…

Lebih ramai perokok daripada biasa.
Maksud aku,setiap kali aku pergi mana-mana sentiasa ada manusia yang merokok dan aku rasakan komuniti perokok adalah besar daripada mereka yang tidak merokok.Ternyata fakta ini sempit.

Nampak lebih bagus.

Ya,aku rasakan aku lebih bagus dengan merokok,aku tak tau perokok yang lain.Tidak kisahlah nampak bagus di mata siapa pun…janji aku nampak lebih bagus.Fakta ini juga sempit.

Mati tak dapat merokok.

Tahap merokok aku sudah terlalu tinggi bagi aku.Pukul 3 pagi pun aku boleh keluar pergi beli rokok.Ah!tak kisah lah beli kat mana pun…janji rokok.Err…kalau jenama yang aku hisap tak ada…apa yang ada pun tak apa.Fikirku…”mati pulak tak lados ni karang.!” Fakta ini terlebih sempit.

Komuniti perokok adalah VIP.
Tidak kira darjat,rupa & warna komuniti perokok sentiasa seia sekata sehinggakan ada bilik khas untuk merokok.Ah!tak kiralah kat mana pun, tempat khas untuk merokok sentiasa ada untuk kami perokok.Layanan yang diterima ini membuatkan aku rasa seperti VIP,dan VIP pun merokok kat bilik khas tu jugakan.Fakta ini adalah bapak segala fakta sempit.

Berhenti merokok dapat bermacam-macam penyakit dan penyakit kronik.
Fakta terbaru daripada kawan baik aku.Terus terang aku katakan…pertama kali aku dengar fakta ni daripada mulut dia aku gelak besar.Habis gelak aku fikirkan semula kata-kata rakan aku itu.
Fakta paling jahanam aku rasa!.

Banyak lagi aku nak sambung…lain kali sahajalah.

Kalau kau orang rajin apa kata top up di komen.

Chow sin!

Hilang sudah kerisauan seorang penggiat adsense.

Monday, January 25th, 2010

Jangkaan saya tepat!Tiada lagi akaun adsense yang menjana sumber pendapatan tambahan untuk saya.Walau pun sedikit terkilan dengan hasil usaha,saya redha dan sudah pun menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.

Ya!memang benar inilah harga yang paling mahal harus dibayar oleh pemain-pemain adsense diseluruh dunia.Yang sudah bertahun bermain dengan adsense,pasti memahami sepak terajang dunia adsense.

Dunia yang membawa keceriaan apabila dollar bertukar kepada ringgit hanya dengan meletakkan sebuah skrip ke dalam laman web kemudiannya dipasarkan keserata alam cyber.

Sungguh indah saat itu…

Dalam menikmati keindahan,seringkali juga geruh di hati tatkala terdengar cerita yang kurang menyenangkan membabitkan pembatalan akaun.Nah…buat kesekian kali ianya terjadi lagi…

Sungguh suram saat itu…

Mujur pesanan orang tua “sediakan payung sebelum hujan” menjadi amalan.Saya sudah bersedia dengan akaun yang lain dan doakan agar ianya juga akan berjaya.

kerisauan seorang penggiat adsense.

Wednesday, November 18th, 2009

Kalau tidak silap,bulan april mereka sudah pun memberi isyarat agar semua site yang mempunyai code untuk adsense mempunyai sambungan untuk sebuah polisi.

Bang,banyak tu…tak terkejar sehari-hari.Informasi terkini yang aku lihat ramai juga yang sudah di tendang hanya disebabkan sambungan polisi tu.

April - November.

Walau pun tidaklah setiap bulan aku ke bank untuk pengeluaran menggunakan western union,kerisauan untuk membuka akaun email dan akaun adsense tetap tinggi.

Yang nyata,untuk bermula daripada telur boleh melemahkan semangat.

Ada tips,software atau plug in untuk perkara ini?

Related Posts with Thumbnails