Selamat berpuasa semua kepada muslimin & muslimat.
Puasa tahun ini saya berazam untuk berhenti menagih nikotina ke jantung kita.
Doakan azam itu berjaya!
Salam ramadhan…
P/S:- Nikotina ke jantung kita=melados=merokok.
Selamat berpuasa semua kepada muslimin & muslimat.
Puasa tahun ini saya berazam untuk berhenti menagih nikotina ke jantung kita.
Doakan azam itu berjaya!
Salam ramadhan…
P/S:- Nikotina ke jantung kita=melados=merokok.
“Ok rul,aku balik dulu!.Buka sekolah nanti kita jumpa lagi.Selamat hari raya.”
Sayu hati aku memandang Poji berlalu.Dia balik selekoh,sedangkan aku yang dungu dah tahu sekolah nak cuti tak reti-reti nak beli tiket awal terpaksa menunggu.
Bas ke kuala lumpur ni pun satu hal.”Ate bukannye rame orang Teluk Intan nak ke kolumpo nun!.”
Tapi ni nak raya…semua pun boleh jadi.Orang pekan ke bandar,orang bandar ke pekan.
Nak tak nak tunggukan aje.Ralit perati cina tua dok motong ais depan stesen bas sempat aku menguap tiga empat kali.
Pendek cerita,bas sampai aku naik bas dan sedar-sedar drebar bas kejut aku yang dah jadi tenggiling akibat kesejukan siap selubung satu badan dengan kain pelekat.Ah! itu jam aku baru 11 tahun.Apa ada hal…
Siap berkemas aku naik atas pudu sambung gerak lebuh ampang.Sampai depan maybank aku tengok jam,memang bingai…!!!,pukul 1 pagi waktu ni bas W12 memang dah tak ada,teksi siapa nak bayar?
Selamba aku menapak ke pertama dengan sedikit harapan.Dengan langkah longlai siap kebulur lagi.Masa lalu sebelah ship,sorang brader india sibuk tanya aku nak ke mana.Dalam hati aku ‘boleh percaya ke brader ni?’
Nasib baik masa umur 11 tahun tu aku peramah,sekarang ni aku dah tukar jadi peramas.Lepas cit-cat dengan brader tu pungpang² entah apa butir kebetulan ada teksi lalu.
Dia tahan dan suruh pemandu teksi hantar aku balik siap bayarkan lagi.Aku masa tu sengih je…takyah aku merempat kat town malam ni.
Brader…sebab lu gua tak kisah kawan dengan mana² macha sampai sekarang.Gua heran sesangat bila bebudak gua anti sangat dengan macha.Padahal lu tolong gua rilek je…tanpa dakwa-dakwi.Paddayappa rules!
Tak lama aku menunggu pok me di yellow gate.Kalau lama menunggu alamat aku masuk dulu.Siapa yang nak tunggu lama-lama…?
Masuk dalam atas bawah penuh.Ah!aku taulah tiket paling murah…bayar juga kan bukannya percuma.Sah-sah aku kena layan game berdiri.Ah!apa ada hal…
Sebelum game start dengan riki port baik punya untuk menyekodeng Ryan giggs,aku buat gila tukar jersi ala faizal tahir.
Nak sambut man u lah katakan.
Meriah gila stadium dengan warna merah.Ntah apa yang aku dengan dia orang ni gila kat sangat kat man u ni aku pun tak tahu…
Memang sah!tengah sedap riki port nak duduk player keluar…mampus…layan game berdirilah jawabnya.Bila wisel berbunyi die hard fan kat belakang aku turut berbunyi sebab mengganggu view dia orang.Sorry bro…
Tak lama layan game dengan view yang hampeh telinga aku dipanaskan dengan ayat negatif yang bukan macam haram lagi,memang haram.
“Malaysia kalau score game ni aku kerat tut…lah!!”
Pergh!aku yang semi fanatik ni takdelah sampai nak kerat-kerat.Aku harap mamat tu belum bersunat lagi agar apa yang boleh dikerat tu dikeratkan juga.
Err…boleh terima ke ayat aku pakai jersi man u sebab nak sambut dia orang.
Beli surat khabar adalah rutin aku.Bacanya tak semua.Din gila di kampung aku dulu rasanya gila sebab membaca lebih.Tak agak-agak.Sebab itu gamaknya bebudak kampung aku dulu tak ramai yang gila membaca.Semua pakat gila kutip buah rokam,nam-nam dengan buah mentega.Lepas tu jual kat sekolah.Memang usahawan sejati.
“Uh!kecur air liur aku.”
Mitos tentang Din gila menjadi gila sebab gila membaca memang kuat terpahat diminda orang kampung.Kanak-kanak sebaya aku memang didedahkan isu ni.Sekarang aku tak tau.Lama aku tak jenguk kampung tu.Entah hidup entahkan tidak lagi Din tu…
Teringat aku zaman balik sekolah,biasanya Din duduk di titi sambil baca surat khabar.Kejap melayu,cina,tamil pun dia sebat.Jarang Din dapat baca suratkhabar penuh,biasanya sehelai dua.
Sampai hari ni aku tak pasti adakah Din memang menguasai ketiga-tiga bahasa itu sebab bila ditanya Din hanya boleh menyebut hahahahahaha….sahaja.