Archive for the ‘mari berhibur’ Category

Megan fox tercicir daripada senarai transformers 3

Thursday, May 20th, 2010

Megan fox gadis panas yang sahamnya melonjak setelah diangkat menjadi heroin filem transformers telah tercicir daripada senarai untuk sekual transformer 3.

Alasan kuat yang mendorong tercicirnya Megan fox daripada senarai adalah kritikannya terhadap pengarah filem transformer itu sendiri ‘Michael bay’.

Rata-rata ulasan mengatakan Megan fox sepatutnya lebih baik berdiam diri.Apa pun nasi sudah menjadi bubur.

Kalau tak ada Megan fox tukar Scarlett Johansson pun jadi…

Apahal aku tulis pasal Megan fox ni aku pun tak tau…yang aku tau kalau nak tukar pelakon,Scarlett Johansson kira terbaiklah buat masa ni sebab sempoi lakonan dia dalan Iron man 2.

farmville - satu kegilaan untuk anda yang banyak masa.

Thursday, November 19th, 2009

Bagi sesiapa tak tahu Farmville games bolehlah taip farmville dikotak search facebook kau orang.Bagi yang sudah mengetahui,apa macam cukup kegilaan kau orang?

Hei!sampai keluar radio tau penangan dan kegilaan Farmville ni
Opss…aku pun gila juga dengan farmville ni…tetapi lama-lama meluat.
(more…)

Hadiah hari lahir.

Thursday, July 16th, 2009

Hari ini 16th July 2009 adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke -30 ikut kalendar islam umur aku 31.

Alhamdulillah…aku masih bernafas.

Hadiah daripada isteri tercinta ini amat menyentuh jiwa dikala aku memang nak sesangat menjoinkan diri bersama fan yang lain.

Hadiah tidak semestinya mahal.Secukup rasa sudah…

Dan ianya memang membuat hati ini terasa…

Giggs…ko tunggu…!!!

tiket-man-u

Champion aku pergi final lagi.

Wednesday, May 6th, 2009

Game ni aku tak sempat nak layan.Aku ketiduran…tetapi aku tak rasa bersalah dan kesal atau seumpama dengannya.Kepala dah weng sesangat,sebab terlebih lados masa layan udang.

Pagi ni dengan segala ilmu yang tak seberapa didada,aku berjaya juga melihat aksi-aksi gol,gol, dan gol itu….

nah…ambik kau!

Arsenal 1 - Manchester United 3 - Watch more Videos at Vodpod.

Oh ye!aku nak sesangat jumpa chelshit masa final.Malas pula rasanya nak tampal sticker product.

Filem Geng bersama Upin dan Ipin.

Monday, March 2nd, 2009

Sehari sebelum keluar panggung lagi ibu aku dah bising kat alang suruh beli tiket awal-awal.Disebabkan timing tak cantik,kita orang terpaksa postpone sehari,itu pun untuk tayangan larut malam.Sanggup ibu aku tidur lewat semata-mata untuk menonton filem animasi 3D pertama di Malaysia ni.Ibu juga yang bersuara untuk kami sekeluarga pergi menonton bersama.Memang dahsyat penangan upin dan ipin ni…tak pernah ibu aku bersikap macam ni…

Pendek kan cerita…

Kami tiba di panggung ngam-ngam dengan timing tiket.Ingatkan bolehlah terus masuk.Tapi yang menunggu di luar punyalah ramai,aircond memang dah tak rasa dah.Menyesal juga aku pakai baju sejuk,siap berpeluh lagi…tapi tak kisahlah…apa ada hal.

Dalam menunggu di luar,alang dengan ibu cuba juga berasak untuk masuk ke dalam,takut terlewat katanya.Aku dengan ayang followkan sahaja.

Kesian aku tengok ibu bapa yang bawa anak kecil,ada yang dah tertidur pun,lagi sekali memang dahsyat penangan upin dan ipin ni…bukan perkara mudah untuk sekeluarga sekali gus ke pawagam.Boleh pecah rekod!

Puas menunggu lebih kurang 15 minit,dapat juga kita orang masuk.Ah! alang ambil seat kat tengah pulak,potong betul!.Kejap lagi aku cerita apasal aku cakap potong tanda aku tak suka tengok wayang di bahagian center ni.

Filem Geng-Pengembaraan bermula pun bermula…

Huyyoh…dia punya intro katak ternganga tu pun dah buat ramai yang ternganga.Mood aku nak tengok cerita kartun tengah malam pun meningkat dengan begitu drastik.Intro dahsyat,jalan cerita mesti dahsyat juga.

Menonton kali ni memang aku tak baca sinopsis langsung.Langsung aku tak imagine macam mana cerita ni akan diteruskan.Aku nak satu emosi yang lain daripada yang lain.Biar emosi aku bersatu di dalam filem kartun ni…Oh!adakah ini petanda naluri kebapaan sudah menyelinap ke dalam diri aku?Mungkin lah…!!! sebab member aku sebelum dapat baby,menjadi-jadi anime dvd collection dia.

Tengah syok-syok,mamat sebelah tersenggol bahu aku…agak keras!senyap…tak apa,baru sekali.Selang beberapa minit lengan aku pula jadi sasaran.Aku ok,apa ada hal,hati berkata-kata aku datang nak layan movie sahaja.Tup tap telinga aku pula…pergh!!!

Hati aku panas…ok la brader aku tau badan kau besar.Kau tak selesa duduk kat situkan!

Lain kali aku nak duduk hujung juga…port rasmi aku.

Sepanjang perjalanan pulang ibu menyuarakan ketidakpuasan hati sebab aksi upin dan ipin terhad.Macam biasa ayat keramat pun keluar,”dah macam tu ceritanya apa kita nak buat!.”

Aku doakan filem geng dan seluruh warga mereka akan sukses.Di Malaysia aku rasa dah santak masa.Mungkin ramai yang tunggu VCD & DVD.Percubaan jual ke luar adalah jalan terbaik.Dapat kerjasama kementerian dan geran tak cukup untuk bawa movie keluar.Tetapi cubalah bawa keluar juga agar karya kalian boleh dipasarkan di luar.

Boleh jual lah itu filem Geng…banyak bagus oh….
Betul…betul…betul…

Related Posts with Thumbnails