Archive for the ‘motivasi’ Category

Hari kejayaan.

Thursday, June 25th, 2009

Hari ini adalah hari berjaya aku.Entah kenapa daripada pagi membawa ke waktu ini aku rasa kejayaan itu terlalu dekat dengan aku walau hanya bersarapan pagi dengan sebungkus mee maggie cintan.

Kalau kau orang perasan antara produk mee segera yang claim mee dia berprotein adalah meeĀ  cintan.Dengan kekenyalan mee cintan itu aku sudah cukup kenyang untuk melayari hari ini dengan penuh jayanya.

Sejauh mana kejayaan aku sepanjang hari ini aku tak pasti.Setakat waktu ini to do list aku 90% sudah pun bertanda.Ah!baru separuh hari…kan!

Bertambah manisnya kejayaan aku hari ini adalah kerana aku dapat menulis sesuatu di blog yang aku rindukan ini.

Hahaha…

Daripada penagih mee segera.

Lompat parti.

Saturday, February 7th, 2009

Terlalu memudaratkan dan perlu dikemaskini segala perundangan yang ada agar setiap ketirisan yang berlaku di dalam negara tidak terus menghiris.

Lagi pula sebagai wakil bagi rakyat,mereka-mereka sepatutnya terus meningkatkan dan membaik pulih segala kelemahan yang terdapat di dalam sistem perundangan bukan hanya pandai memanipulasikannya.

Kesedaran di peringkat atasan adalah lebih bermakna agar tidak terus berlaku seperti kata pepatah “katak ketam mengajar anaknya berjalan lurus.”

(more…)

HUKUMAN YANG MUNGKIN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN OLEH MANA-MANA KERAJAAN.

Saturday, November 3rd, 2007

Pernahkah kau terfikir di mana undang-undang yang sedia ada sekarang tidak cukup ketat untuk sebuah negara bernama Malaysia?Walau aku tidak pernah ke negara jiran belah bawah,sejak kecil aku dah dengar cerita pasal undang-undang kebersihan yang lebih gedebance di sana.Puntung rokok susah hendak jumpalah katakan…

Aku pernah terfikirkannya walau aku bukanlah seorang yang agak patuh pada undang-undang dan bukanlah individu yang berada dalam bidang yang berkaitan dengan undang-undang.(Kau janganlah pulak sound aku macam uncle seekers sound Dato Dr Fadzilah kamsah dalam rancangan Linda onn dulu…baca sampai habis!)

Walau pun aku suka menonton robocop,judge dredd & minority report ah… ha…tidak lupa kepada polis angkasawan kita suatu masa dulu,gaban (woi…aku sempat layan lagi masa zaman gaban ni main kat tv.) serta banyak lagi yang seumpamanya,aku masih sedar yang setiap undang-undang itu tidak mungkin akan di laksanakan hukumannya secara langsung,walaupun boleh di perbaiki atau di upgrade.

Antaranya:

1.Memandu sambil menggunakan telefon bimbit.- Tahan pemandu tersebut dan rampas telefon bimbitnya sambil memijak-mijak telefon bimbit tersebut seperti brader dalam filem tipah tertipu.(Macam mana aku boleh tertonton filem ni pun aku kurang pasti.)

2.Penagih dadah yang sedang khayal. - Ikat penagih pada atas kereta peronda,kalau 5 orang pun ikat sekali sambil di bawa dalam waktu rondaan.Termasuklah mereka yang sedang khayal apa jenis barang sekali pun serta pemandu yang mabuk.(kalau nak tengok mana nak ikat cekodok kat sini.Barulah dia orang ada rasa macam superman sikit.)

3.Buang sampah merata-rata. - Kutip semula sampah tersebut,masukkan ke dalam tong sampah & hantar ke tempat pelupusan sampah terdekat.(Jangan lupa kutip sampah yang ada sepanjang jalan sampai ke tempat pelupusan sampah tersebut!)

4.kau hendak masuk simpang, tetapi di halang oleh kenderaan lain dengan selambanya sambil mengorek hidung lepas tu buat muka tak bersalah.- kalau kau kuat, kau angkat kenderaan dia macam filem hulk dan humban ke tepi… tapi aku tau kau tak kuat…jadi, cukup dengan menggunakan stering lock kau hentakkan ke cermin kenderaan tersebut seperti Ning baizura lakukan atas arahan prof razak mohaideen dalam filem lady boss yang mana saiful apek sampai sekarang tidak dapat hasil daripada usahasama untuk filem itu.Fuhhh….aku memang suka buat kau baca senafas agar dapat mengembangkan paru-paru kau yang mengecut sebab terlalu banyak meladosss….

Ok,aku pergi ladoss dahulu…member aku dah ajak,kau jangan ingat segala undang-undang yang ada menyusahkan kerana lebih banyak kau langgar lebih menyusahkan orang lain.

kau baca jelah…

Related Posts with Thumbnails