Archive for the ‘Penjagaan dan kawalan.’ Category

Kes tribunal tuntutan pengguna.

Friday, September 4th, 2009

Syok pula aku baca entri berkenaan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di blogĀ  Encik Akubetul.Yang membuatkan aku syok sebab beliau sendiri yang menceritakan pengalaman menghadiri pendengaran kes tuntutan itu di ‘The Mall.’

Sebab pengalaman pertama itu syok,aku mesti ambil tahu.Bagi aku pengalaman pertama memang tidak dapat dijual beli.Tidak ternilai harganya.Kau nak rasa pengalaman itu dan nak tahu pengalaman pertama beliau.Kau bacalah sendiri…

Hah!Cerita kisah aku pula,hari ahad lepas.Aku ke kedai RM 1.99 mencari barangan dan peralatan untuk membaiki paip,lampu dan seangkatan dengannya.Maklumlah,aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa.

Mula-mula masuk rumah sewa tu tiada masalah.Masuk minggu ke dua lampu ada yang tak menyala,paip leaking,sinki tersumbat dan macam-macamlah lagi yang mungkin akan berlaku daripada pemerhatian aku.”Ya Allah…ringankan sedikit dugaan di bulan ramadhan mu ini ya Allah.Hambamu ini insan yang lemah…”

Kau orang faham sahajalah,kan sudah hampir menyambut syawal.Apa kes makan rendang dengan family ramai-ramai lepas tu nak basuh pinggan mangkuk sinki pula tersumbat.

Tetapi!rumah teres setingkat yang aku sewa itu tidaklah terlalu buruk sebab tuan rumah sudah pun membuat sedikit kerja pembaikan sebelum aku masuk.Um..maksud aku sedikit kerja pembaikan itu adalah apa yang kita nampak pada mata kasar.Nampak cantiklah,tak sangka dalam waktu yang singkat macam-macam pula yang rosak.

Tak ada apa yang aku nak tuntut daripada tuan rumah,sebab setakat ni banyak yang aku baiki sendiri sahaja.Kepala paip pun aku beli yang murah.

Yang aku kesalkan,tauke kedai RM 1.99 enggan memberi jaminan ke atas starter lampu yang aku beli sebab sampai hari ni aku tak tukar lagi.

Tinggi oh…tangga tak ada!

Demontrasi jalanan dan amaran darurat.

Monday, August 3rd, 2009

Mansuhkan ISA.Itu adalah objektif mereka yang berhimpun di tengah ibukota semalam.Dalam erti kata lain rakyat vs BN.

Sesuatu perlawanan ada gelanggangnya.

Siapa yang mengajar berlawan dijalanan?Silibus itu tidak pernah wujud!

Apa pun semoga undang-undang itu dipinda secepat mungkin.Mengikut akal yang waras,setiap pesalah perlu dibawa kemuka pengadilan.Ini bukan lagi zaman Mahsuri yang dihukum tanpa usul periksa.

Amaran darurat itu pula terlalu awal….!!!
Menggelabah kuda!!!…

Letupan di jakarta - Man Utd batal jelajah Indonesia.

Friday, July 17th, 2009

Terperanjat dengan insiden letupan di Jakarta,pihak pengurusan Manchester united telah membatalkan jelajah asia mereka ke Indonesia.Lebih-lebih lagi lokasi letupan terjadi di hotel bakal mereka menginap.Berita letupan di Jakarta itu hanya diketahui selepas mereka tiba di Malaysia.

Sadis…

Itu yang dapat aku katakan.Mana tak sadis kalau bandar meletup-letup ni.Bertambah sadis kalau ada fan yang datang daripada pedalaman semata-mata nak tengok giggs pertama kali & terakhir macam aku.

Ha!yang ada ongkos lebih…ya pak!Uangnya banyak bangetkan!
Masih boleh terbang ke sini.Lebih murah loh daripada mahu ke
korea atau china.

Tiketnya masih ada kok…
Kamu boleh terbang malam ini dan esok masih boleh nonton.

Aku harap esok kat stadium tak jadi letup-letup ni…binasa manusia.

Related Posts with Thumbnails