Archive for the ‘Penjagaan dan kawalan.’ Category

3 saat sahaja untuk elak menjadi gay.

Monday, June 15th, 2009

Aku terbaca berita ni…diulangi…terbaca dan nak ambil tahu juga tentang golongan mereka yang pernah disebut di dalam al-quran ni.

Kalau ikut ilmu psikologi 3 saat sahaja diperlukan untuk kau mengelak daripada melakukan hubungan terkutuk tu.

Dengan bertambahnya golongan akal dah tak boleh blah ni,aku amat syorkan kau yang terlibat atau suam-suam kuku nak terlibat membaca artikel penuh di sini.

Sebenarnya apa yang penting aku nak tekankan adalah ilmu psikologi tu sendiri sebab aku baru tahu.

3 saat sahaja diperlukan untuk menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang salah.Bukan setakat nak romen dengan lelaki bahkan semua perkara.

Err…patutlah kadang-kadang kalau aku lambat nak bakar rokok lepas tu aku tak jadi hisap.

Kadang-kadang jelah!

kesan salah mengiklan.

Thursday, April 23rd, 2009

Untuk melakukan jualan usahawan mesti melakukan pemasaran.Salah satu cara berkesan dalam pemasaran adalah mengiklankan produk atau perkhidmatan.

Kesan daripada kesalahan dalam melakukan pengiklanan jangan di ambil mudah.Silap-silap membawa padah.

Kau orang boleh lihat kesan-kesan kesalahan dalam mengiklan ini di sini.

Pendapat aku?
Biar betik…!!!

Apa pendapat kau orang? …

Yang popular tu kita selalu nampak kan?

Monday, April 13th, 2009

Aku nampak Nabil menang semalam…banyak dia menang.Murah rezeki budak Negeri sembilan tu.

Keberanian dia memang tip top.Macam-macam dia buat lepas menang Raja lawak.Berlakon dia,dj sementara dia,pengacara dia,pendek kata serba-serbi dialah.Selalu sangat aku nampak muka Nabil ni kat mana-mana.

Sebelum keputusan,isteri aku dah tanya…agak-agak ayang siapa yang menang.

“Menang apa?”kata aku.

“Ni ha!bintang popular berita harian.”

“Kalau popular tahun ni…Nabil lah…”

Pada aku tak kisah lah berita harian ke apa ke,sebab kalau kira popular tu,expose lebih lah tu.

Semalam Nabil ter over exposed…agak-agaklah…kalau ya pun syok menang janganlah sampai sedap sangatlah depan orang ramai.

Tak cover!

spa q baru-mari memancing udang harimau di kolam.

Friday, March 20th, 2009

Ngilu…entah kenapa saraf dikepala aku berdenyut-denyut seakan memintal-mintal isi dalamnya.

Adakah aku telah dikuasai sesuatu?

Tidak!aku yang harus menguasai hati dan pemikiran aku sendiri walau seringkali dikalahkan.”sampai hari ni fobia aku tak habis sebab champion aku kalah 4-1 hari tu,kalau jumpa final euro siap kau!”

Tak apa,untuk mendapatkan kembali isi kepala yang betul ‘tune’nya aku sedar aku sendiri yang harus merungkaikannya.

Ya!kolam memancing udang adalah satu spa terbaru untuk aku walau aku tidak pernah masuk mana-mana spa yang ada dimuka bumi ni.

Aku nak tarik kaw-kaw malam ni…biar pecah siling yang ada kat kolam tu…kata otai-otai yang sering ke situ.”kalau dah nampak udang tarik tali tu sikit…kau rembat je pancing tu kaw-kaw.”

Selamat memancing udang untuk aku…

.

Ini fesyen barulah…kau mana tahu…

Wednesday, November 19th, 2008

“Lama betul mesin tu nak kira duit.Yang tukang menekan pun sengal,tengahari masuk duit berkepok tak ingat!.”Ada lagi tiga orang tengah tunggu giliran bersama aku.Kaki dah kebas,tak boleh tahan…

Sampai giliran aku,mesin tergendala…aduss…dahlah deposit machine ni buka satu je… itu pun nak kantoi!

Nak tak nak terpaksa aku ambil nombor dan tunggu giliran baru ke kaunter.Haram ada yang aku kenal…

Dalam menunggu aku duduk dibangku melayan perasaan.

Lepas sorang-sorang keluar,masuk pula mamat sepet sorang ni dengan fesyen seluar londeh tak ingat…nasib baik daripada belakang,tu pun sayup-sayup nak nampak.

Macam ni punya fesyen pun ada?Adalah…dah nampak depan mata tak kan tak ada pulak!

Lambat lagi giliran aku…tunggu kan sahaja sambil menongkat dagu tanda boring yang amat sangat.

Mamat sepet lalu di hadapan aku sambil mengangkat baju.

Macam haram…!!!

Fesyen tu memang patut di haramkan untuk tontonan umum.

Related Posts with Thumbnails