Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Kadang-kadang orang yang tak buat benda tu pun tahu jugak ye tak?

Monday, October 13th, 2008

Panjang gilakan tajuk entri ni…wakaka…

Umumnya kalau bercerita tentang 18 SX,orang yang tak pernah merasai,mengalami,melakukan,membuat, dan sewaktu dengannya pun akan turut serta macam dia tahu sesangat.

Opss…sorry,aku bukan nak cerita pasal 18 SX.Mungkin itu yang boleh memudahkan untuk kau orang memahami cerita aku ni…

Kalau kau orang perasan,bukan orang lain pun yang kadang-kadang terlebih borak pasal sesuatu topik atau perkara.Diri sendiri tak terlepas jugak kan!

Mungkin sebab sebab tu jugaklah timbul ungkapan baru di zaman ini.

“tak agak-agak”.

kerja hari ini.

Saturday, September 1st, 2007

Suka saya hendak menceritakan kisah kerja sebab terjadi beberapa kes yang mana membuka mata saya mengenai dunia pekerjaan hari ini.

1.Budak keluar masuk kerja sekarang ni semakin ramai daripada setahun ke setahun.(Dua tiga tahun lepas tak begitu ramai.)

2.Budak baru masuk sekarang semakin demand.(yup! belajar tetinggi gaji kecil tak berbaloi katanya.)

3.Buat kerja lebih sikit yang tidak bersangkutan memang tak boleh.(Apa ada kes gua kena bikin ini kerja.)

4.Ini macam punya kerja baik tak payah kerja.(Ini tahap boss punya mentaliti lah ni.)

5.Apa ada kes gua kena bawa anak boss pastu dia duduk belakang.Ingat gua driver apa?(Rakan saya officer bank pun boleh bawa teksi semata-mata untuk part time.)

6.Bro,macam mana lu boleh tahan bikin ini kerja 7 tahun sampai sekarang?(Lu bagi gua bikin apa pun sekarang ini gua cuba bikin sebab bukan semua benda gua tau,tak tau gua belajarlah.)

7.Ada masa depan ke kerja ini macam bro?(kot ye pun minat filem back to the future,jangan tanya gua pasal masa depan lu,sebab masa depan lu ,lu tentukan sendiri.)
8.Boleh kaya ke kerja macam ini.(ah!gua baru baca buku orang kaya babylon pasal benda ni)

-1/10 duit gaji lu simpan.

-2/10 duit gaji lu untuk bayar hutang.

-7/10 duit gaji lu guna untuk kehidupan.

Ntah boleh pakai lagi atau tidak saranan tu sekarang ni memang tak pasti.yang pasti 1/10 gaji tu memang pasti.

Banyak lagi sebab musabab budak-budak sekarang ni keluar masuk kerja kat tempat saya bekerja sekarang ni.Tempat anda pun macam tu juga lah gamaknya kot!

Tag lagi!

Thursday, August 30th, 2007

Ya!Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke 50,para blogger semua berpesta tag atas tiket “5 perkara yang anda tidak tahu tentang penggila.com.”

1.Sudah tidak mencari lagi?

Hehaheha…saya sudah tidak mencari lagi selepas peristiwa 19 ogos 2007.(Bertunang.)Kalau mencari pun sekarang hanya cari pasal,cari gaduh,cari makan,cari tutorial,cari jalan,cari duit di internet dan seumpama dengannya.Fuhhh!!!banyaknya cari.

2.Memang sudah menjadi tabiat sebutan “ishh gilalah…!!!”digunakan sehari-hari sejak ianya popular di zaman sekolah sampai sekarang.

Mungkin juga menjadi sebab blog ini di beri domain sedemikian rupa.Bawah sedarlah katakan.Wo…!!!potensi bawah sedar amat dahsyat gilalah tau!

3.Chatting!apa benda chatting?

Sekejap sahaja mengenali dunia chat-chat ni,sebab kurang minat.Member cyber yang betul-betul saya pernah chat adalah boss Sham dan fai.(oh!lari ye…tunggu…)Yang lain-lain tanya berpatah-patah jawabnya sepatah.

4.IT dan seumpamanya adalah makhluk asing.

Di sebabkan saya bermula dengan bidang teknikal dan muzik,apa yang terpapar sekarang ini merupakan makhluk perkara yang terlalu asing bagi saya.Di waktu zaman anda sibuk dengan IRC saya hanya memandang dengan sayu sambil berlalu dengan menyandang bag gitar (member punya).Kenangan lalu terabadi di sini.

5.Saya suka bookmark apa yang saya search kat engine.

Tidak mengira forum,blog atau apa sahaja info menarik saya bookmark.Yang paling sedih kalau nak setting folder favourite.(pening la pulak nak kategorikan.)

Cukuplah…hendak tahu lebih-lebih,please do not hesitate to cantact or reply for teh tarik time.(ayat skema tutup PO.)

Tag ni kalau di perhatikan pusing-pusing orang sama juga yang kena.Kadang-kadang seorang boleh sampai 2-3 tag.Itu yang terkenal jelah.Apa pun tag di teruskan jugak,tak larat nak check semua,samada dah kena atau tidak.Main petik aje buleh?

1.soul.(cuti…ye?)

2.mixterr.(Itu hari kena tag pasal lain,ni lain pulak.Sabor ajelah!!!)

3.kumprinx.(gua suka lu punya blog.)

4.akubetul.(”main petik,ya…semua pun bodoh?”bukan semua orang tahu…semua benda & perkara.)

5.abd fatah.(mari kita berkenalan…kalau sudi.)

Letih layan pesta bola merdeka tak habis lagi.Yang nyata rata-rata di stadium semalam menyatakan skuad champion semalam tak sama dengan skuad senior.

Memang best!!!

tag source:tazam & ro.boty

Tolong…!!!

Monday, August 20th, 2007

Sesuatu perkara yang agak sukar untuk di lakukan buat masa kini adalah tolong menolong,bantu membantu dan seumpamanya.

Kenapa?

Kejadian ngeri yang mengundang trauma semakin berleluasa.(Bukan sekadar harapkan pagar,pagar makan padi.Malah lebih dahsyat!)

Tetapi,bukankah dengan memberi pertolongan,membantu insan lain itu merupakan satu amalan yang mulia.Sekiranya amalan tolong menolong,bantu membantu ini lenyap,hilang sudah erti kemanusiaan.

Dengan hanya mendaftar di sini ,anda dapat membantu saudara Zamri untuk merealisasikan percutian impian beliau secara percuma.

Ya!dengan hanya mendaftar dan war-warkan kepada sesiapa sahaja anda telah pun membantu beliau.

Daftar sekarang,pendaftaran anda dapat menjayakan impian beliau!

http://www.zamrinanyan.com/giveaway.html
Mari bersama menolong saudara Zamri untuk pergi melancong secara percuma ke Amerika utara.

Rakan alam maya.

Friday, August 17th, 2007

Rakan bloggers dijemput untuk bersama-sama memeriahkan rumpun 2007.Untuk keterangan lanjut sila kunjungi laman web berkaitan.

Anda di kehendaki mendaftar untuk  menyertai  rakan  bloggers yang lain.Asyik kenal di alam maya apa salah turun padang sekali sekala.Penggila tidak dapat sertai sebab ‘banyak kerja gila aku cakap engkau.’

Apa pun semoga majlis berlangsung dengan  meninggalkan kenangan terindah buat semua yang menyertai.

Chow sin ci…

Related Posts with Thumbnails