Archive for the ‘Laman web rujukan.’ Category

Yahoo answers-Sesiapa pun boleh bertanya.

Friday, November 28th, 2008

Saya masih menggunakan yahoo sebagai email utama walau pun gmail dimomok antara yang terbaik untuk kategori emailĀ  percuma.

Walau pun membuka yahoo sehari-hari,servis mereka yang lain seakan tidak memberi erti buat saya.

Semalam saya cuba menggodek perkhidmatan mereka yang lain-lain dan antara yang mengujakan adalah yahoo answers.

Tidak sampai berapa saat soalan saya terjawab!

Wah!kalau di forum atau search engine mungkin ambil sedikit masa…

Ada banyak kategori yang bersesuaian dengan topik soalan anda.

Apa kata anda cuba bertanyakan soalan di sana.

Menjaga pemakanan kini mudah!

Thursday, October 16th, 2008

Memang mudah!Hanya dengan menggunakan internet,aktiviti makan kamu tidak akan terganggu lagi selepas ini.Dengan kesibukan di pejabat atau ditempat kamu bertugas memungkinkan perut kamu yang boroi itu diisi tepat pada waktunya.

Diselenggara oleh YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH,mangkuktingkat.com dengan tagline “senang nak makan” pasti menjadi tarikan buat mereka yang terlalu sibuk,malas & tidak tahu memasak.

Masih diperingkat awal,kamu masih boleh mendaftar menjadi pembekal untuk meluaskan lagi pasaran mangkuktingkat.com ini.

Halakan anak panah kamu ke website mereka & pesan makan tengahari & malam kamu sekarang.

Cuti di Malaysia.

Thursday, January 10th, 2008

Sewaktu aku menukar channel radio hari ini (waktu sedang memandu) terdengar juruhebah bertugas meminta maaf atas kesilapan dalam menyampaikan ucap selamatnya.’Sangkanya cuti pada hari ini adalah hari raya haji.’

Erm…kesilapan memang tidak dapat di elakkan.Tiada siapa mahu melakukan kesilapan.Semua mahu yang terbaik lebih-lebih lagi pelajar AF,’semuanya terbaik.’

Zaman ini memang zaman kuat berkerja sehingga ramai yang terlupa untuk berehat termasuk pada hari bercuti.Lihat sahaja syarikat yang ada berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan yang ‘terlampau’,baik yang berjaminan atau pun tidak.Perkhidmatan pelanggan sahaja sudah melebihi tahap melaksanakan titah Sultan.Bayangkan…untuk bercuti pun perlu di ingatkan.Zaman persekolahan dahulu belum cuti lagi sudah ternanti-nanti.

Lalu aku cuba mencari jawapan sambil berfikir ‘tiada seorang manusiakah di Malaysia ini yang sanggup memberi maklumat secara percuma di internet?’ & ada juga manusia seperti juruhebah itu yang tidak ambil peduli akan hal negara? atau terlepas pandang? (more…)

Related Posts with Thumbnails