Kuih dia buruk,tapi sedap!

Salam separuh ramadhan…

Maaf aku pinta sebab lama tak berkongsi cerita dengan kau orang.Dengan kemelut di muara sekarang yang berlaku di negara kita,boleh menyebabkan penulisan aku lebih terarah ke topik yang memungkinkan aku juga terjelopok ke dalam.Lagi pun,aku bukanlah seorang blogger tegar seperti mereka…tapi tak mustahil juga setiap penulisan kita di salah erti.

Ok,dialog atau tajuk entri berkaitan kuih ini sebenarnya berlaku 2 hari lepas.Tiba-tiba sahaja tunang aku tergelak masa menunggu kuih yang aku pesan sambil mencuit dia beritahu sesuatu.Mungkin sebab hingar-bingar di pasar ramadhan menyebabkan aku tidak berapa dengar apa yang diperkatakannya.

Selepas beredar aku pun tanya kenapa?

Budak belakang kita tadi cakap kat kawan dia”akak ni punya kuih kan kau tengok,kuih dia buruk tapi sedap!”

Pecah perut aku dibuatnya.Sebab sebelum tu pun tunang aku dah beli kuih kat akak tu.Mula-mula nak beli dulu sama juga pemikiran kita orang dengan budak tu.Tertanya juga,apasal kuih akak ni tak cantik?Apasal ramai yang beli?Cuba jugalah…esoknya kita orang buat repeat order.Hehe…

Last-last ada juga yang sama pemikiran dengan kita orang.

Hehe…tulah,dalam bulan ramadhan ni pun negatif thinking tak terlepas juga.

Apa pun aku dapat pengajaran penting daripada situasi itu.

Jangan hanya menilai luaran…& persepsi luaran menjadi nombor satu untuk mendapatkan respon pertama yang bagus!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply