Site Meter

Tidak mahu itu berminatkah?

Situasi yang buruk bila sesuatu ungkapan tidak dapat di tafsir dengan jelas walau pada dasarnya ungkapan itu hanya ‘tidak mahu.’

Bertambah parah apabila ‘tidak mahu’ di sambut dengan ‘pihak kami akan akan menghantar segala keterangan dalam masa satu minggu dan urusan pembayaran hanya menggunakan kad kredit anda terima kasih.’

Satu minggu berlalu dan segala keterangan tiba.Tiada faedah langsung tawaran ini.Kalau ia pun tawaran menarik tidak menarik pada masa sekarang.Belum masanya…atau masanya belum lagi tiba.Orang bujang yang sibuk di pejabat tidak memerlukan diskaun untuk percutian mengapa di momok-momok.

Dengan satu panggilan tidak cukup untuk menghalang pembayaran yang tidak rela.

Sebulan berlalu,penyata itu menyakitkan.Tidak apalah,mungkin tawaran menarik itu boleh di gunakan oleh keluarga atau rakan-rakan.

Setahun berlalu,panggilan itu tiba lagi dan menggunakan ungkapan yang sama.Tawaran hanya pada sekeping kertas yang dahulu pun tidak di gunakan lagi.

Lalu terpacul jua ungkapan ‘tidak mahu itu berminatkah?.’

Tawaran itu bukan untuk di sini…berambusssssss….

This entry was posted on Tuesday, January 15th, 2008 at 6:56 am and is filed under aku. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

2 Responses to “Tidak mahu itu berminatkah?”

  1. Azhar Ahmad says:

    Waaaa, tak pahammmmmm

  2. alongovtx says:

    jaga-jaga pada setiap tawaran yang charge kad kredit…lebih-lebih lagi kad untuk diskaun pelancongan.Panggilan yang mereka lakukan hanya cakap kosong untuk menandakan mereka mendapat persetujuan kita.Saya sudah pun membuat panggilan ke bank,transaksi sudah di lakukan.mereka tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan.Pernah menjadi isu pada suatu masa dahulu…

Leave a Reply