Bonus MLM.

Cerita tentang bonus,ramai yang teruja.Baik kakitangan awam atau pun swasta pasti membangkitkan soal bonus pada hujung tahun.

Bagaimana cerita dengan para usahawan MLM.Setiap bulan cerita tentang bonuskan.Ya lah…MLM tidak memberi gaji kepada anda,hanya bonus di atas apa yang anda usahakan mengikut pelan pemasaran yang di beri.

Apa yang pentingnya pelan pemasaran tu?

Anda tahu petakan?Anggap sahaja pelan pemasaran itu adalah satu peta untuk anda sampai ke destinasi.

Ramai di kalangan usahawan MLM tidak mengambil berat akan pelan pemasaran yang di beri oleh syarikat.Sedangkan,untuk mendapat bonus anda seharusnya melakukan apa yang perlu.

“Oh…sayang sekali anda terjun ke dalam lautan sedangkan anda tiada kemahiran untuk berenang atau mengapungkan diri.”sungguh tragis…apa yang bakal berlaku.
Andai seorang yang berilmu di paksa terjun ke lautan pasti di bawanya sebutir mutiara ke daratan.

Harap anda faham apa yang saya cuba nyatakan.

Belajarlah berkenaan pelan pemasaran sebelum anda belajar perkara-perkara lain dalam MLM.

Anda akan lebih memahami apa yang di beri oleh syarikat kepada ahli-ahlinya.Barulah anda berasa selesa untuk menaja  & menjual di pasaran.

Saya berasa hairan!!!

Ramai di kalangan ahli-ahli yang lama masih tidak mendapat bonus yang tinggi sedangkan kumpulan nya telah pun besar.Oh…memang tidak syak lagi,mereka-mereka ini tersesat daripada peta yang telah di beri atau mereka telah pun membuat peta yang baru.Sungguh tragis…

Sampai bila pun takkan sampai,dan kalau sampai pun sudah tentu mengambil masa yang panjang.

Jika anda bertanya kepada saya sekarang macam mana hendak mendapat bonus yang tinggi?

Bergantung kepada apa yang anda usahakan mengikut pelan pemasaran,bukan berapa ahli kumpulan atau pun jualan anda serta kumpulan.

Mulai hari ini fahamkan apa yang pelan pemasaran mahukan.Bukan apa yang anda boleh lakukan.

Cabaran hari ke-9 rajablog.

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Sunday, April 1st, 2007 at 5:14 am and is filed under MLM, motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.