Antoo fighter.

“Bodoh…bodoh betul…”

Aku pun tak tahu kenapa ungkapan itu juga yang terpacul dari mulut aku dan juga mereka-mereka yang menonton.Padahal,aku dan mereka teruja dengan aksi Antoo fighter tu.Kalau sudah ketawa tidak berhenti terujalah namanya kan?Walau mulut kata bodoh pun layankan juga…

Ya lah…kau fikir mahunya tak teruja!sepanjang cerita tak henti-henti dengan gelak tawa ditambah teknik cgi yang tinggi kosnya,err…cuma filem agak gelap sedikit dan kalau skrin panggung tu punya masalah aku tak tau!.Masalah audio pun ada sikit…tapi tak apa…tidak menjejaskan gelak tawa.

Kalau nak compare dengan filem luar,aku ada rasa mahu memberi tabik spring kepada Azizi chunk adnan.

Lepas ni memang ramai pengarah Malaysia  yang akan keluarkan cerita yang luar daripada kebiasaan.

Ala-ala Stephan chow,boleh ke aku kata begitu.Boleh kot,sebab cerita Antoo fighter ni memang membuatkan aku dan penonton lain ketawa tak henti-henti.Banyak kan aku sebut ketawa post kali ni…serius…baik aku,isteri tercinta,ibu tersayang,adik perempuan terkasih aku memang pecah perut malam tadi.

Erk…penggila.com bawa family menonton wayang gambar,cerita Antoo fighter pula tu!entah,seumur hidup aku first time aku tengok wayang gambar dengan ibu dan adik.Sebelum ni dengan isteri aku sahaja.Lepas gian beb,lepas menikah sanding pung-pang pup-pap…aku memang tak ada masa nak melayan hobi aku yang satu ni.

Oh…ada satu part yang buat hati aku dan penonton tersentuh malam tadi.Part arwah loloq baling rantai tanda keluar daripada team penentang jembalang.Memang terasa ketiadaan arwah.Alfatihah…

Ok,cukup…setakat nak baca ulasan tak perlu kau nak tahu jalan cerita ke apa benda yang lain…

Aku pun letih nak cerita panjang-panjang.Lagi pun blog aku bukan tempat review filem,sekadar berkongsi dan luahan hati sahaja.

Lagi pun dalam akhbar dah banyak ulasan kan,Azizi chunk adnan pun ada beritahu yang filem dia memang untuk hiburan tidak perlu nak fikir-fikir.

Selamat menonton…

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Antoo fighter.”

  1. affuan says:

    bulu betis aku meremang bila bercerita tentang filem melayu (dan indonesia). tah apasal. hehe.

  2. alongovtx says:

    aku masa tengok cerita ni bulu ketiak yang meremang…hehe..

Leave a Reply

This entry was posted on Thursday, December 4th, 2008 at 8:55 am and is filed under mari berhibur. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.