Sebelum aku pergi ke panggung untuk menonton Sifu dan tongga aku sempat menjamu mata dengan filem Awang spanar tu,sebab itu aku berani compare yang filem tu lebih bagus.Bagus pada aku adalah terhibur.
Entah kenapa sifu dan tongga itu tidak dapat menghiburkan hati aku atau mungkin sebab aku dah pekena filem yang lebih menghiburkan.Entah!aku tak pun tau…
Ok,jom kita tengok beza 2 filem ini.
Awang spanar-Watak yang lebih diberi penekanan Mr Os dan Salih yaacob.
Sifu dan tongga-Watak yang lebih diberi penekanan Saiful apek dan Nabil.
Awang spanar-Berkisar adventure 2 orang pemuda nelayan yang bercuti ke bandar dan terlibat dengan sendikit penculikan.
Sifu dan tongga-Berkisar adventure 2 orang pemuda orang asli yang mahu menyelamatkan anak ketua mereka di bandar.
Awang spanar-Lurus bendul masuk bandar dan gelagat mereka.
Sifu dan tongga-Lurus bendul masuk bandar dan gelagat mereka.
Awang spanar-Terlibat dengan pihak polis dan penjenayah penculikan.
Sifu dan tongga-Terlibat dengan pihak polis dan penjenayah penculikan.
Awang spanar-Selamatkan mangsa culik dan happy ending.
Sifu dan tongga-Selamatkan mangsa culik dan happy ending.
Aku tak boleh cakap yang jalan cerita kedua-dua filem ini memang ada persamaan sebab jawapan standardnya kau orang sedia maklum “segala persamaan adalah kebetulan.”
Kalau nak diukur daripada segi dialog,filem dulu-dulu lebih menghiburkan dan kalau kena dengan gayanya akan menjadi sebutan harian masyarakat.
“Nak kena takuk.”
“An…an…an…”