Site Meter

Buat aku tersenyum.

Agak lama saya berehat.Berehat sangatlah…Buat masa ini saya lebih menumpukan perhatian terhadap anak buah.Apa boleh buat,mereka masih memerlukan saya nampaknya.(Ini anak buah di pejabat,saya tak ada anak buah lagi.)

Masa saya bersama mereka agak kurang sejak kebelakangan ini.Erm…sunyi juga tanpa mereka.

Pagi-pagi lagi saya dah bersarapan dengan mereka.Tengah makan memang seronok berborak.Eh!apa punya perangai ni .Busuk punya kaki…

Saya memang mempunyai masalah perut.Kalau mengikut kajian Dr Fadzilah kamsah manusia yang lahir pada bulan Julai kebanyakannya mempunyai perut yang tidak kuat.

Penyakit lama berulang kembali,oh ye…sejak dua menjak ni pun saya jarang bersarapan.Dia buat pulak!!!Siap berbunyi-bunyi lagi.Ni tengah makan ni.Sabor jelah…

Salah seorang anak buah sempat menya’ound’

(bahasa ni tiada kena mengena dengan mereka-mereka yang pakar bahasa.)

“Tu la hang Long,pagi-pagi dah makan nasi lemak.hang tau,sambai tu buleh buat perut hang rosak tau dak!Perut kosong hang pi makan sambai buat apa?”

Hehe…bila anak buah bersuara,takkan nak diamkan.Jawab le apa yang patut.

“Abih tu tuk nyang,uwan,pak dogoi,nek som dolu-dolu semua makan nasi lemak pagi-pagi yang depa masak buleh pulak.Tak kan aku tak buleh.”

“Idak eh!depa makan ubi kayu.Orang sekarang ni ja yang sibuk makan nasi lemak!”

Senyum sampai ke telinga saya di buatnya…memang saat sebegini perlu ada pada setiap organisasi agar ikatan tidak menjadi sekadar rakan sekerja malah sebahagian daripada keluarga.

Dengan timbunan kerja,siapa lagi yang mampu buat aku tersenyum?

Mata air lah…

This entry was posted on Tuesday, May 8th, 2007 at 3:28 am and is filed under motivasi, penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply