Site Meter

HUKUMAN YANG MUNGKIN TIDAK AKAN DILAKSANAKAN OLEH MANA-MANA KERAJAAN.

Pernahkah kau terfikir di mana undang-undang yang sedia ada sekarang tidak cukup ketat untuk sebuah negara bernama Malaysia?Walau aku tidak pernah ke negara jiran belah bawah,sejak kecil aku dah dengar cerita pasal undang-undang kebersihan yang lebih gedebance di sana.Puntung rokok susah hendak jumpalah katakan…

Aku pernah terfikirkannya walau aku bukanlah seorang yang agak patuh pada undang-undang dan bukanlah individu yang berada dalam bidang yang berkaitan dengan undang-undang.(Kau janganlah pulak sound aku macam uncle seekers sound Dato Dr Fadzilah kamsah dalam rancangan Linda onn dulu…baca sampai habis!)

Walau pun aku suka menonton robocop,judge dredd & minority report ah… ha…tidak lupa kepada polis angkasawan kita suatu masa dulu,gaban (woi…aku sempat layan lagi masa zaman gaban ni main kat tv.) serta banyak lagi yang seumpamanya,aku masih sedar yang setiap undang-undang itu tidak mungkin akan di laksanakan hukumannya secara langsung,walaupun boleh di perbaiki atau di upgrade.

Antaranya:

1.Memandu sambil menggunakan telefon bimbit.- Tahan pemandu tersebut dan rampas telefon bimbitnya sambil memijak-mijak telefon bimbit tersebut seperti brader dalam filem tipah tertipu.(Macam mana aku boleh tertonton filem ni pun aku kurang pasti.)

2.Penagih dadah yang sedang khayal. - Ikat penagih pada atas kereta peronda,kalau 5 orang pun ikat sekali sambil di bawa dalam waktu rondaan.Termasuklah mereka yang sedang khayal apa jenis barang sekali pun serta pemandu yang mabuk.(kalau nak tengok mana nak ikat cekodok kat sini.Barulah dia orang ada rasa macam superman sikit.)

3.Buang sampah merata-rata. - Kutip semula sampah tersebut,masukkan ke dalam tong sampah & hantar ke tempat pelupusan sampah terdekat.(Jangan lupa kutip sampah yang ada sepanjang jalan sampai ke tempat pelupusan sampah tersebut!)

4.kau hendak masuk simpang, tetapi di halang oleh kenderaan lain dengan selambanya sambil mengorek hidung lepas tu buat muka tak bersalah.- kalau kau kuat, kau angkat kenderaan dia macam filem hulk dan humban ke tepi… tapi aku tau kau tak kuat…jadi, cukup dengan menggunakan stering lock kau hentakkan ke cermin kenderaan tersebut seperti Ning baizura lakukan atas arahan prof razak mohaideen dalam filem lady boss yang mana saiful apek sampai sekarang tidak dapat hasil daripada usahasama untuk filem itu.Fuhhh….aku memang suka buat kau baca senafas agar dapat mengembangkan paru-paru kau yang mengecut sebab terlalu banyak meladosss….

Ok,aku pergi ladoss dahulu…member aku dah ajak,kau jangan ingat segala undang-undang yang ada menyusahkan kerana lebih banyak kau langgar lebih menyusahkan orang lain.

kau baca jelah…

This entry was posted on Saturday, November 3rd, 2007 at 3:45 am and is filed under Penjagaan dan kawalan., motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • November 2008
    M T W T F S S
    « Oct    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Sembang


Free shoutbox @ ShoutMix

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply