Impian di atas kegilaan.
Seringkali impian anda di perkotak katikkan.Perkara ini terjadi pada semua orang bukan anda sahaja.Sudah menjadi lumrah,setiap apa yang kita impikan akan berlainan dengan orang lain hatta keluarga serta orang terdekat.
Dalam mencapai impian,banyak perkara yang terpaksa di tempuh.Kegilaan anda mungkin akan berkurangan di atas masalah-masalah yang tidak anda jangkakan.
Ringkasnya,anda memerlukan sesuatu untuk meneruskan kegilaan.
Kebiasaannya kegilaan berhubung dengan hobi,dan bila di sebut hobi maka setiap sen yang keluar daripada poket tidak menjadi penghalang.Anggapan sesetengah pihak berkenaan hobi adakalanya agak tertutup.
senario 1
“Yang sibuk sangat pergi memancing hujung minggu ni bang,kenapa?.Baik duduk rumah bla…bla…bla…
senario 2
Balik-balik naik gunung,apa dah tak ada kerja lain nak buat,apa yang kau dapat kat atas gunung tu?menghabiskan duit,simpan lagi baik…bla…bla…bla…
senario 3
“Apalah yang di buatnya budak ni tak tido-tido berhari-hari mengadap komputer tu 24 jam,bukannya boleh bagi makan…bla…bla…bla…”(yang ni ramai la yang terkena kot!sekarang…”)
Sekiranya anda mempunyai impian yang kuat di atas kegilaan mengikut contoh seperti di atas anda juga boleh menghasilkan sesuatu kejayaan yang lebih besar.
Berdasarkan contoh di atas,saya hanya ingin mengambil satu contoh sahaja berkenaan penggila gunung yang saya kenali.
Dengan kemahiran yang ada pada penggila gunung,pada setiap musim cuti,pasti beliau akan mengadakan trip pendakian yang berbeza-beza.
Ringkasnya,penggila gunung sudah di kenali sebagai individu yang berpengalaman dalam mengendalikan trip pendakian.Maka peserta-perserta yang sudah biasa mengikuti trip penggila gunung sudah pasti akan memperkenalkan beliau kepada individu yang turut berminat dalam aktiviti pendakian.
Apa yang penggila gunung dapat?
Beliau mark up harga penyertaan di atas usaha yang telah beliau lakukan untuk memastikan pendakian berjalan lancar dan selamat.Beliau mendapat bakal pelanggan…dan ada banyak lagi yang beliau dapat tanpa beliau dan kita semua sedari.
Adakah setiap kegilaan itu hanya menghasilkan sesuatu yang negatif dan hanya menjadi sekadar impian kosong?
Tidak,anda seharusnya menjadikan kegilaan sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya.
Saya pernah bertanya kepada penggila gunung,apa impian beliau dalam aktiviti pendakian.
Jawapannya-
“Impian aku dah tertunai,contohnya artikel aku keluar majalah dan ramai bagi feedback positif nak follow trip yang aku buat.”
“tu aje ke?”
“Impian yang terbesar tak boleh bagi tau,kalau nak tau tidur dulu, sambung cerita dalam mimpi.Esok nak memanjat lagi ni.”sambil menutup sleeping bagnya.
“Cehhh…!!!”









