Jimat gila!
Jika anda mengikuti perkembangan penggila.com,tentu anda dapat merasai sesuatu yang unik mengenai penggila.
Hari ini penggila semua,saya ingin berkongsi sesuatu perkara berkenaan iaitu jimat.
Semakin hari masyarakat semakin terdedah dengan perbelanjaan yang melampau.Tidak perlu saya nyatakan kerana anda sendiri sudah maklum dengan perbelanjaan harian anda.
Ada cerita menarik berkenaan jimat ini.Hehehehe…saya panjangkan sedikit intro.Baik,saya mulakan.
Percayakah anda ramai di kalangan kita hanya tahu erti berjimat tapi tidak cermat?
Oooohh…kalau dah berjimat cukuplah,sekurang-kurangnya melaksanakan saranan kerajaan,agama dan mendapat banyak faedah untuk masa depan demi kebaikan diri sendiri.
Tak cukuplah penggila semua…erti cermat tu tak sampai dan tak dapat!!!
Kenapa pula?
Hanya sekadar contoh :
Si Penggila futsal telah mengurangkan perbelanjaan futsalnya daripada 4x ke 2x seminggu dan ini bermakna Penggila futsal telah berjimat RM 20 untuk seminggu.
Maka tersengih-sengihlah Si Penggila futsal ini kerana mampu untuk berjimat dan kegilaan terhadap futsal di kurangkan sekali dalam melaksanakan saranan kerajaan dan agama.
Dalam tersengih-sengih,Si Penggila futsal mula berfikir dengan penjimatan yang telah di lakukan,apa yang harus di lakukan?
Futsal dah kurang,maka penggila mempunyai masa yang sedikit terluang.Untuk tambah berjimat,duduk di rumah adalah penyelesaian yang terbaik…fikir Si Penggila futsal.
Untuk bulan pertama dan kedua Si Penggila futsal mampu berjimat sebanyak lebih kurang RM 160.
Masa yang di tunggu-tunggu untuk melihat jimat tetapi tidak cermat telah tiba.Jeng..jengg…terteketaktum…
Masuk bulan ketiga Si Penggila futsal sudah kehilangan separuh daripada wang penjimatan di atas perkara-perkara berikut:
1.CD atau DVD untuk menampung kebosanan di rumah.-RM 40.
2.Rakan serumah mempunyai Playstation,untuk merancakkan lagi koleksi,beliau telah menghasut Si Penggila futsal untuk membeli permainan terbaru.-RM 40.
Cukup dengan dua perkara tersebut,jika nak di sambung akan bertambah susutlah simpanan hasil berjimat tetapi tidak cermat Si Penggila futsal.
Untuk itu,mulakan berjimat cermat.Jangan berjimat sahaja tetapi tidak cermat.Heheheheee…










waaa..along_vtx dh pakai wordpress..gud2+perform
March 7th, 2007 at 6:35 am
terima kasih cikgu eches…banyak lagi nak tanya kat forum.hehee…
March 13th, 2007 at 3:39 am