Site Meter

Orang lain pun kerja juga.

Semakin hampir dengan Syawal,semakin sayu.Di Kuala lumpur jalan semakin lengang walau ada 3 hari lagi sebelum Syawal.Setiap tahun begitu juga.Sudah ramai yang bercuti  untuk pulang ke kampung meninggalkan kesibukan Kuala lumpur dan juga aku…

Tidak mengapa,aku tahu kau pasti pulang juga ke sini untuk bersama aku.Ya,kau pasti akan pulang kerana kau dan aku mencari rezeki di sini.Aku tidak pulang ke kampung kerana tiada apa yang tinggal di sana.Jadi tiada apa yang ingin ku kejarkan.

Pasaraya juga sudah lengang.Jadi inilah waktu yang sesuai untuk aku melangsaikan hajat.Aku tahu kau sudah pun memenuhi ruang pasaraya ini lebih awal.Jadi ini adalah masa aku,kau sudah lepas…

Aku bingung di situ kerana  di kalangan sahabat kau yang tertinggal di kota kerana berkerja seperti tidak dapat menerima keadaannya.(kes tidak dapat cuti lah ni…)Aku cuma mahu membayar sejumlah ringgit atas transaksi yang aku lakukan,tetapi aku di biarkan dungu berdiri sedangkan aku yang perlu di layan dahulu…”sekejap sahaja katanya.”

Aku memang tidak faham mengapa ringgit yang ku hulur lambat mahu di ambil.Oh…aku lupa,yang ringgit itu bukan masuk ke koceknya.

Kalau mahu ringgit masuk ke kocek sendiri,kerja sendiri…amanah orang wajib di jaga.

This entry was posted on Wednesday, October 10th, 2007 at 8:55 am and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply