Penggila vs Orang gila.
Saya mempunyai seorang rakan yang kurang rapat.Setakat tahu nama dan bertegur sapa.Coretan ini dituju khas buat beliau dan harapan saya post ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus gilakan kejayaan begitu juga buat anda saya doakan.
Pernah anda terjumpa dengan mereka-mereka yang sentiasa menggeledah tong sampah semata-mata untuk mencari sesuap nasi?
Pernah terfikir anda akan menerima nasib yang sama seperti mereka pada suatu hari nanti?
Adakah mereka benar-benar memerlukan tong sampah untuk meneruskan kehidupan?
Apa yang anda baca seterusnya merupakan satu kisah benar yang terjadi sekitar 3/4 tahun yang lepas.
Hamid(bukan nama sebenar)adalah insan yang normal tetapi tindak tanduknya membuatkan masyarakat melabel hamid orang gila.Dengan taraf pendidikan yang rendah di tambah perangainya, menyukarkan hamid untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.Biasanya hamid mengambil upah untuk menjaga gerai makan di kawasan perumahan.Tak kisahlah ambil pesanan,sapu sampah,baju pinggan semua hamid buat.
Seperti insan lain hamid juga berkeinginan untuk mempunyai pasangan hidup,maka berkahwinlah hamid secara ala kadar.
Pada awal perkahwinan, pasangan ini sering di lihat memunggah tong sampah di sekitar kawasan perumahan bersama basikal roda tiga milik hamid.Ini menguatkan keyakinan masyarakat dan rakan terdekat hamid memang sudah gila!
Masuk setahun kelibat hamid memunggah tong sampah bersama isteri sudah jarang di lihat kerana isteri hamid berbadan dua.Hamid hanya sekali sekala di lihat melakukan rutin itu.
Selepas kelahiran yang pertama dan bayi mereka sudah pun berjalan kini situasi berubah.Bukannya hamid berhenti memunggah tong sampah!malah di bawanya sekali anak & isteri.
Keistimewaan hamid adalah sentiasa ramah dengan masyarakat & kawan-kawan.Walaupun ada yang menegur tentang perbuatan memunggah sampah serta membawa anak kecil hamid hanya tersenyum.Hamid memang terkenal di kawasan itu dengan kenakalannya semenjak kecil.Tua muda mengenali hamid ditambah pelanggan setia gerai makan tempat hamid bekerja.
Saya sudah pun berpindah daripada kawasan tersebut.Maka tamatlah cerita ini…
Belum…iklan sikit,walaupun cerita di atas berkisar 3/4 tahun yang lepas baru-baru ini saya ada terjumpa rakan yang tinggal di kawasan perumahan lama.Sembang punya sembang tiba-tiba keluar cerita berkenaan si hamid.
Anak hamid dah ada 2 orang dan sekarang ini hamid mempunyai sebuah gerai makan yang sering menjadi tumpuan masyarakat kawasan perumahan.Fuhh…gilalah,dahsyat… terperanjat monyet saya mendengar cerita gila yang di bawa rakan ni tadi.Biar betul?
Betul lah.Kenapa tak percaya?…
Saya mengucap syukur.Selama ini ramai yang menganggap hamid orang gila kerana menganggap hamid melakukan kerja gila(di mata mereka).Namun, gila hamid bukanlah gila cacat akal.Hamid merupakan seorang penggila yang bukan sebarangan.
Saya bertanya pada rakan tadi.”kek mano kau jumpo si amid tu kek kodai ko?”
“Tak,jumpo kek tong sampah.Sekarang ni dio punggah baghang kek tong sampah pakai muto.Ado… malam-malam sikit ado la dio kek tompek biaso tu.”
“Abih tu…kodai?”
“Bini dio jago la dongan budak-budak kojo…”
“Ekau tak tanyo apasal dio sibuk la’e nak kutip sampah tu, kodai makan dah ado?”
“Den tanyo…”
“Apo jawab eh…”
“Aku tak gila… aku cari duit…aku nak senang…nak senang…kena kerja kuat…barang ni semua boleh buat duit.Aku tak curi duit orang, lagi pun kedai tu hasil daripada kerja ni jugak.Kalau aku tak buat kerja ni, hidup aku rasa tak cukup.Buat kerja ni buat aku rasa nak lebih berjaya.Sebab tu aku buat lagi…tunggu lah bila aku dah rasa tak nak buat aku tinggalkan la.”
Saat mendengar apa yang di kata oleh rakan saya tadi.Terfikir saya tentang penggila.com
Saya akan meneruskan penggila.com selama saya termampu dan terdaya.Bagi saya penggila.com telah pun berjaya kerana telah pun menghasilkan sesuatu untuk saya.Besar atau kecil tetap kejayaan.
Buat hamid walau haluan kita tidak sama “ekau memang Penggila.”
cabaran hari ke-6 rajablog.info









