Penulis blog VS Penggila blog & cabaran nya.
Rakan saya di RajaBlog.info sedang mencabar penulis-penulis blog untuk menyertai cabaran menulis selama 40 hari berturut-turut.
Saya mengenali beliau di forum rajaadsense di mana saya & beliau bertugas sebagai moderator di sana.Saya menyanjung tinggi segala usaha beliau untuk menaik taraf & memartabatkan dunia blog.
Sebagai penulis blog yang baru,pelbagai cabaran yang akan saya tempuhi untuk hari mendatang.
Antara cabaran-cabaran penulis blog adalah :
1. Blank. (tiada idea)
2.Stuck. (Idea tidak berkembang & tersangkut)
3.Tiada pengunjung.
4.Semangat Pudar dan lain-lain lagi masalah.Belum termasuk masalah teknikal lagi.huhuhu…
Maka dengan itu saya mengambil kesempatan ini untuk menyahut cabaran beliau,kerana…
Taraf saya sebagai penulis blog masih pada tahap permulaan dan terlalu memerlukan sokongan daripada anda yang membaca blog ini.
Dengan sokongan anda,mampu menjadikan saya seorang Penggila blog di mana ada komunikasi antara saya dan anda juga satu perkembangan yang sihat untuk blog ini.
Secara mudahnya,untuk sampai ke tahap penggila blog,perlu ada komunikasi antara penulis dan pembaca blog.Di mana penulis akan lebih bersemangat untuk sentiasa mengemaskini blog dan pembaca blog pula akan cuba untuk mempunyai blog mereka sendiri.
Semoga kita akan menjadi penggila blog yang berwawasan,terus maju dan berjaya.
Berikut adalah senarai rakan-rakan yang menyertai cabaran 40 hari ini.Saya juga belum sempat untuk berkenalan dengan mereka dan ada di antaranya memang sudah terkenal di dunia blogging.
Selepas terlepas beberapa cabaran oleh rajablog,saya tidak mahu ketinggalan lagi.
Jom menggila bersama mereka :
- Ramzwatcher dari http://rajablog.info/blog (mula 19.03.07)-
- Norakmal dari http://norakmal.blogspot.com (mula 19.03.07)
- Amanz.net dari http://amanz.net (mula 20.03.07)
- Khairulazmi dari http://onlinebisnes.com/blog (mula 20.03.07)
- Cikgu Nurul dari http://nuuolcinderella.blogspot.com/ (mula22.03.07)
- Noushy syah dari http://bersama-masa.blogspot.com/ (mula 23.03.07)
- Hasrul dari http://www.hasrul.net/ (mula 23.03.07)
- Erzwan.com dari http://www.erzwan.com/modules/wordpress/ (mula 23.03.07
Cabaran ini berserta dengan syarat,kalau tiada syarat bukan cabaran maknanya.
Syarat penuh boleh anda baca di sini.
Syarat yang menarik perhatian saya adalah menceritakan kekantoian anda di post yang seterusnya.Argh…tak sanggup rasanya dan perkembangan yang tidak sihat untuk penggila.com
Andai saya terkantoi…wujudlah satu lagi nostalgigil dalam hidup saya.(lain kali kita cerita tentang nostalgigil)
Saya amat berharap agar cabaran ini menghasilkan nostalgila buat saya.
Cabaran bermula sekarang. 24/3/2007- 2.30pm -hari pertama










good luck.selamat menempuh cabaran 40-hari-posting!
March 24th, 2007 at 12:07 pm
Selamat berkenalan dan selamat ber’blog.
‘Gila’ gila juga,blog update jangan lupa?
March 24th, 2007 at 1:42 pm
terima kasih dik mal & khairul.Selamat berkenalan.sesama ler kita menempuh & mengupdate.
March 25th, 2007 at 4:08 am
[...] saya mengucapkan Selamat Datang Member ke 9 dan 10 dalam cabaran ini iaitu saudara Alongvtx di penggila.com dan Saudara Ibnu Hassim (katanya belum mula dah [...]
March 25th, 2007 at 5:30 am
yeh yeh,let’s do it and be committed!! Good luck dude..xmo kantoi yea..ngehh..
March 25th, 2007 at 6:04 pm
kalo kantoi pun noushy,apa boleh buat rezeki allah…hehhee…
Ada perancangan untuk penggila.com ni yang sangkut.Sabor jelah…
March 26th, 2007 at 2:55 am