Hari itu,aku ke hospital melawat bapa kepada rakanku.Sayu hati melihat tubuh tua itu terbaring dengan tiub getah berselirat.Menjamah makanan ruji pun tak lalu.Habis diluahkan semula nasi yang disuapkan.Termenung dan sesekali terlontar ucapan ‘sakit tua dah nak mati,macam ni lah…’berselang-seli dengan batuknya yang keras.Sempat aku pesan supaya dia tak fikirkan perkara yang bukan-bukan.Erm…rasa macam tuan penasihat pun ada.
Teringat aku antara pengalaman sewaktu kami bersama melados aka merokok.Berbual dengan orang tua ni adalah satu pengalaman yang sangat indah bagi aku sambil merokok.Padahal waktu itu aku baru sahaja tamat spm.Macam-macam cerita keluar,daripada cerita kecil sampai ke cerita besar.Pendek kata berborak sakan.
Cuma,lepas aku pindah,jarang aku dapat berborak dengan apak.Jumpa pun sekali sekala.Apak pun dah bertahun tak melados,faktor usia barangkali.
Aku doakan dan berharap doa kalian sekalian agar apak sihat dan gembira.Amin…
Berbalik kepada tajuk entri ni,ada alasan terbaru daripada rakan aku. Katanya,”kalau dah tak ada duit,memanglah tak boleh nak lados.Haha…”
Aku senyum.Malas nak jawab.Aku dapat rasakan betapa tingginya rasa bangga kawan aku itu membeli dan menghisap rokok.Dalam hidup ini,kita ada pilihan.Aku pilih untuk berhenti dan pernah berniat untuk berhenti sekiranya rokok berharga RM 10 sekotak.Alhamdulillah,tak sampai pun harga RM 10 sekotak aku dah berhenti dulu.
Bertambah lagi fatwa kerajaan negeri Selangor mengharamkan rokok.Itu faktor penting yang membuatkan aku terus meninggalkan tabiat merokok.
Kalian tidak ada rasa yang sama kah?
update:2/2/11 jam 10.30pm apak menghembuskan nafasnya yang terakhir.Alfatihah…
Kalau ikutkan hati,memang tak kan aku jejak bangunan kat sebelah federal highway ni.Jalan tu popular dengan penuhnya kenderaan pelbagai jenis.Pendek kata ‘jam’.
Dah orang p1 call minta suruh selesaikan bayaran terpaksa juga aku ke sana sebab aku nak tutup terus.Kata orang yang telefon aku tu, kalau nak tutup sediakan duit lebih kurang Rm 400 lebih.
Erm…duit lagi!Yalah,dah pakai…kenalah bayar ya tak.
Pendek cerita aku sampai kat situ.Parking senang,guard ramai gila tapi muka tak macam orang kita.
Pendek cerita lagi setelah satu jam menunggu siap kena mocha yang sedap sangat lah,aku diberitahu supaya meyertakan bukti yang mengesahkan aku sudah berpindah.Contohnya sebarang utility bill untuk waiver sebanyak Rm 299.Pergh…banyak tu kawan!
Ini ada masalah,sebab rumah yang aku pindah tu bukan aku punya nama.Nasib baik aku dah tukar alamat kad kredit awal dan pihak p1 tu cakap dia boleh terima.
Tapi,dah tentu aku tak bawak,maka dengan jahanamnya ayat ‘Encik datang esok sahajalah ya’ pun keluar.
Esok aku perlu datang lagi…
Pendek cerita mereka terima permohonan aku untuk menutup akaun.Janganlah sedih,lagi pun area aku pindah tu memang tak ada p1 coverage.
P/S – Hah!dah tak ada coverage tu apa tunggu lagi…pergilah tutup!wakaka…
Aku hanya dapat menyaksikan peperangan berlaku melalui saluran media sebab aku bukan insan terpilih.Walau tidak pernah menghadapi peperangan seumur hidup,peperangan akal dan hati untuk berhenti merokok sudah cukup membuat aku mengakui bahawa peperangan itu sungguh menyeksakan.
Seksa menahan ketagihan candu yang menyelimuti saluran pernafasanku sehari-hari.Aku yakin jauh dilubuk hati perokok tegar ini masih mahu melepaskan diri daripada rokok.
Setakat entri ini ku tulis,aku telah berjaya menghasut 2 orang insan untuk mengikut jejakku.Hubungan aku dan mereka pula hanya sekadar rakan sepejabat.Biasalah kerja sama-sama,rehat sama-sama,lunch sama-sama,merokok!dah tentu terlebih sama-sama.
Alhamdulillah…setakat hari ini akal aku dan mereka masih menang dalam peperangan dengan hati.Doa ku ya Allah…agar kemenangan ini berterusan sehingga akhir hayat.Amin…
Hiss,sebuah filem arahan Jennifer Chambers Lynch memaparkan tema sebuah mitos masyarakat India berkenaan dewi ular.
Mitos yang dipaparkan dalam versi filem ini berkenaan individu yang mahu mendapatkan kuasa untuk hidup kekal ‘immortal’ daripada dewi ular.
Filem Jennifer Chambers Lynch ini sebenarnya diadaptasi daripada 2 filem awal keluaran bollywood menggunakan tema yang sama.
Mallika Sherawat yang memegang peranan sebagai dewi ular serta Irrfan Khan sebagai polis penyiasat gagal menarik perhatian penonton pada umumnya.
Kenapa saya menonton filem ini…dan lambat rebiu?
Follow my wife,dia nak tengok sesangat mungkin sebab saya takut ular dia pun sibuk nak tengok reaksi saya di pawagam dan kenapa lambat rebiu,sebab saya blogger yang jarang menulis.
Hurm…Estet dah tengok,rebiu kemudian.Lagi pun filem dah habis tayang di pawagam.