Site Meter

Penggila gundam.

Selepas peristiwa kantoi tanpa di sedari,membuatkan saya lebih rasa lebih bersemangat untuk meneruskan penggila.com.Masih banyak yang perlu di lakukan dan di perbetulkan.

Dalam berusaha memujuk hati,sepanjang hari bercuti saya hanya membuat kerja rumah dan selebihnya merehatkan minda dan badan.Streamyx yang sekejap timbul sekejap tenggelam membuatkan fokus saya pada blog kurang dan terganggu.

Untuk mendapatkan info terbaru saya dapatkan akhbar untuk mengetahui perkembangan terbaru semasa baik dalam dan luar negeri.

Berita kurang menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda adalah berita kemalangan artis catriona ross.Baru sahaja saya mengetahui perkembangan artis ini melalui rajablog,kecederaan yang agak di alami agak parah dan sama-samalah kita mendoakan kesihatan cat.

Berita baik pula adalah kepulangan adik Yin kepangkuan keluarga yang menjadi tajuk hangat akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini.

Erm…fokus saya hari ini lebih kepada perbualan di antara saya dan rakan yang agak lama tidak bersua.Baru dapat baby yang kedua,menziarah sekali sekala apa salahnya.

Dalam perbualan,topik yang menarik perhatian saya adalah berkenaan salah seorang rakannya yang menggilai gundam.Hehehe…saya pun tak pasti apa yang dikatakan gundam,dah terbuka topik tu saya layan kan aje.

Apa yang saya tahu berkenaan gundam adalah robot permainan ala transformer yang hangat di negara jepun.Yang menarik berkenaan rakan yang menggilai gundam ni adalah merupakan pemenang kategori mewarna gundam di jepun.

Wah…!!!anak melayu menang di negara luar.Best!itu yang dapat saya katakan.Disebalik kemenangan rakan itu,saya tertanya-tanya juga apa yang membuatkan kemenangan berpihak kepadanya.

Ha!Jawapan daripada skop yang luas saya terima.

Sekiranya anda penggila muzik,tentu anda mengetahui kita banyak menggunakan kord minor daripada major untuk sesebuah karya.

Apa kaitannya?

Kord minor sesuai untuk irama yang menusuk jiwa,halus,kecil dan mainan jiwa.Sebab itulah jiwa orang melayu terikut-ikut sebegitu.Mungkin ada kebenarannya…

Seni orang melayu terlalu halus dan adakalanya sukar di mengerti seperti saya yang tambahan pula bernaung di zodiak cancer.Oh…pada saya,kepercayaan kepada zodiak hanya melalui pembacaan.

Berbalik kepada penggila gundam,beliau sekarang sudah pun memiliki kedai sendiri yang menawarkan pembuatan prototype untuk gundam dan seumpama dengannya.

Siapa kata kegilaan tidak bertukar kejayaan?

This entry was posted on Sunday, April 15th, 2007 at 10:59 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

4 Responses to “Penggila gundam.”

  1. ramzwatcher says:

    eh, dia eksiden betul rupanya..

    isk..cuak lak saya yang review blog dia sebelum kejadian…

    thanks for the info :D

  2. am says:

    am cukup suka dengan design blog ni… cantik…

  3. alongovtx says:

    terima kasih daun keladi bunting…hehehe..

  4. lizz says:

    penggila.com…hehe..unique sggh name blog ni ek:) i like!!simple but nice…

Leave a Reply