Anak halal.-Aku mengutuk dengan hormatnya.
Aku sudah pun menonton anak halal.Poster yang agak lama di pawagam itu akhirnya berjaya menarik aku untuk menontonnya di tambah unsur bujukan rayu.Kalau ikut keras hati aku,tidak akan ku jejak.
Sebelum aku ke panggung,aku sudah mencari sumber yang membolehkan hati aku teruja.Lebih-lebih lagi komen yang agak menarik daripada mereka yang sudah menontonnya.Bila aku terbaca sinopsis,aku agak hampa pada permulaan kerana sinopsis itu menggelikan hati aku.
Keseluruhan filem itu lebih kemas daripada filem sebelumnya daripada pengarah yang sama.
Kau tentu hairan kenapa aku tergelak membaca sinopsis itu.Ianya terjadi seperti yang di persembahkan.Pada aku scene itu tidak memberangsangkan langsung.Opening yang boleh di fikirkan menjadi lebih gempak.Hey!itu opening untuk filem,bagilah kaw-kaw sikit.
Aku tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa,cukuplah sekadar…”ish…gilalah.”
Aku tidak memikirkan sangat daripada segi logikal.Sebab filem bukan di cipta untuk logik.Untuk hiburan aspek gempak amat di titik beratkan.Nasib baik ada juga kegempakannya.
Serius,scene lain dalam filem anak halal ini agak gempak pada scene yang lain.Aksi kurang ajar,gaduh-gaduh,menghisap dan jiwa.
Aku bukan anti filem melayu.
Cuma kelemahan pengarah yang anti klimak sahaja yang membuat aku anti.
Aku sudah dapat mengagak yang Will smith akan memotong tali yang mengikat kakinya semasa tergantung of course tidak ada manusia lain yang akan menolong dia dan scene itu gempak kerana Will smith akan menjatuhkan dirinya sendiri di tambah angle yang cun.Itu sudah cukup gempak!.
Pengarah yang tidak anti klimak itu menambah dengan tusukan pisau ke peha semasa terjatuh.Fuhh!!!
Cukuplah…aku bukan hendak membanding.Tetapi antara sebab filem Melayu kurang di beri perhatian adalah filem melayu anti klimak.
Ohh!!!Cuci yang bakal menjengah akan ku tonton kerana agak gempak bila mereka mencuci KLCC.









