Site Meter

Bercuti ke Phuket-Malam di Phuket.

Aku tak tidur pun.Datang daripada jauh takkan nak tidur.Baring-baring dulu sambil tunggu rakan sepejabat aku membersihkan diri sebelum melaksanakan aktiviti bebas kita orang.Lagi pun kita orang dah setting untuk menjengah keadaan malam di Phuket sebab Awi dengan ning hanya bertugas pada siang hari,malam sendirian berhad katanya.(ni aku yang kata.)Serba sedikit maklumat daripada mereka sudah cukup untuk kita orang redahkan saja kawasan sekitar hotel.Kalau jadi apa-apa,tanggunglah sendiri.

Calling ala kadar,tunggu di lobi hotel,cukup korum,kita orang meneruskan tujuan.

Kawasan sekitar hotel tidak kurang happening dengan senyuman mereka-mereka yang beria-ria dengan pujukan untuk memberi servis urut baik punya!.

Blah!tak boleh tunggu lama-lama,sebab Awi sudah meninggalkan pesanan “kawasan sekitar hotel walau pun di luar awek Thai cun yang offer,bila kau ke dalam,para jantan tak sudah yang akan memberi servis.”a.k.a GAY!.Mengenangkan nasib andai diliwat membuatkan hidup aku jahanam dengan manusia yang melakukannya,jalan terbaik blah ye tak!

Gerai sepanjang jalan tak cukup power untuk menandingi uptown & downtown.Dengan harga terlampau dan buka harga yang tidak munasabah ‘apakejadah beli.’Tengok boleh!

Ada juga yang menarik,seperti kedai…nak kata action figure pun tak juga sebab semua perhiasan di buat daripada besi.Tetapi apa yang dihasilkan memang menarik.Contohnya alien vs predator,sebijik dia orang buat,saiz manusia tu!.Teruja?Nak beli?Sediakan  ribu-riban.

Gambar memang tak ada,maaflah ye…sebab malam pertama,aku agak keberatan membawa kamera.

Untuk menunjukkan mahalnya membeli di sana ,tak lupa aku paparkan kisah tunang aku yang dah tak tahan akibat penat berjalan dengan sandalnya dan aku perlu tukar sandal itu kepada yang lebih selesa.Ya!selipar jepun adalah barang pertama terlintas di kepala aku.

Ringkasnya,setelah 2 ke 3 kedai,dengan harga yang mahal gila aku cakap engkau!aku menyerah…daripada  harga 3000 bath aku jegil sampai 80 bath.Tak agak-agak bukak harga selipar jepun sampai 30 ringgit.

Pusing punya pusing…mata aku dah sampai tahap,ini semua mesti dihentikan.Aku perlu recharge untuk esok.Singgah beli jagung bakar,nampak sedap dengan saiz yang menggiurkan.Favourite aku memang tak boleh tinggal.Cekik sampai kenyang dan terus balik ke hotel.

Malam pertama yang kurang memberangsangkan!

This entry was posted on Thursday, July 10th, 2008 at 9:47 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply