Buah nan sebiji.
Kau suka makan buah?hehe…selain daripada sumber vitamin,musim buah yang berpanjangan di Malaysia hari ini memungkinkan rakyat Malaysia tidak akan putus bekalan buah-buahan.
Nak-nak lagi kalau yang ada dusun,memang pulang ke kampung akan menjadi satu agenda utama di hujung minggu.’selesa aku nak tarik pick up kat KL ni.’
Aku juga penggila buah.Jadi,kalau kau mempunyai hajat untuk mempelawa aku atau seseorang yang gila dengan buah-buahan ke dusun kau.Bersiap sedialah untuk melihat akan pohon yang lebat akan menjadi gondol.
Terus terang aku katakan,semakin hari semakin ramai yang telah kehilangan sumber kasih sayang secara tidak sedar ini.Jika dahulu,mempunyai dusun atau pokok buah-buahan di kampung menjadi satu kemestian bagi orang melayu agar menjadi pengikat kasih sayang antara keluarga.’musim je semua pun sampe.’
Kini,semakin hari semakin kurang.Dusun yang dahulunya cantik terjaga kini di mamah usia.’tak pun dah kasi clear sebab buah dah tak berapa nak keluar atau merajuk kata orang tua.’
Aku sedar akan hal ini pun atas sebab benda dah jadi.Sejak arwah atuk sudah tiada,tempat untuk berkumpul sesama keluarga agak terhad dan warisan yang dahulunya menjadi sumber kasih sayang pun dah tiada.Siapa yang mahu menjaga kalau semuanya ada di bandar.’mungkin sebab itulah aku gila masuk ke hutan & gunung membawa hati yang lara,atau …banyak hal lagilah yang syok ada kat kat situ.’
Dengan usia aku juga yang sudah meningkat,aktiviti itu juga sudah aku kurangkan.Hanya pepohon di hadapan mata yang menjadi galang gantinya.
Syukur dengan limpah kurnia illahi walau hanya sebiji,itulah yang akan membuat aku terus gembira dengan hasil usaha yang kecil.
Aku akan menyambung warisan…











Ehh…Buah nan tu buah apa ekk? Kalau tengok dari segi rupo tu kat tempat den (Kedah) orang panggil buah ’sawa’ a.k.a ‘ciku’.
Masa balik kampung raya haji baru2 ni, buah sawa tgh jenuh…
January 10th, 2008 at 3:41 pm
Bang,nan bukan nama buah & buah tu pulak buah mata kucing.Nak tau nan boleh periksa di dbp link http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=NAN&Type=1
maaf,buat tertanya-tanya.
January 10th, 2008 at 5:08 pm