Cerita bisnes 2.
Ada sedikit rasa cuak,bila saya selesai membaca buku memulakan bisnes sendiri karya Puan Ainon.Walau pun ada di antara perkara yang terkandung di dalam buku tersebut telah saya ketahui tetapi amat bagus untuk memberi peringatan lampu kuning untuk saya lebih bersedia.
Antara yang menarik bagi saya berkenaan mengutip hutang.Perkara ini di sebut berulang-ulang sehingga menjadi satu kesimpulan yang ringkas,’jika nak berniaga anda perlulah bijak untuk mengutip hutang anda.’
Bisnes internet boleh hutang ke?hehehe…
Mungkin penyelesaian untuk masalah mengutip hutang selesai jika berniaga di internet dan tidak salah penilaian saya untuk menjunamkan diri di bidang ini tetapi masih di tahap belajar.
Saya tinggalkan Pn Ainon dengan bukunya buat sementara waktu kerana saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan usahawan sebenar.
Kisah ini tersiar di akhbar harian metro,sekiranya anda pembaca setia akhbar tersebut mungkin anda pernah membacanya.
Kisah berkenaan seorang usahawan restoran makanan yang sedang mengusahakan industri perhotelan.Pada mulanya saya menganggap kisah beliau hanya untuk memberi promosi berkenaan pembukaan hotel tersebut sahaja.Tetapi kisah penuh beliau yang bermula dari bawah membuatkan saya lebih terangsang.
Erm…dengan bermula sebagai penebar roti canai beliau mampu mengubah hidup beliau menjadi seorang usahawan.
Beliau mengakui yang tidak pernah mendapat pembelajaran khas di bidang perniagaan.Dengan pemerhatian,pembelajaran sendiri serta sistem sendiri beliau berjaya membina sebuah empayar perniagaan.
Perkara ini juga ada dibentangkan oleh Pn Ainon dalam buku beliau.‘kebanyakan orang yang berniaga bukan di kalangan mereka yang belajar di bidang perniagaan.’
Satu cabaran buat anda yang belajar dalam jurusan perniagaan!









