Cerita puasa & raya.
Sekadar menjawab tag daripada soul-Newbreeder.Bro,lama cuti atau dah habis?
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Darjah 3 (Arwah nenek aku punya penangan.Terima kasih nek…alfatihah.)
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Pernah juga,semakin besar semakin membesar akal aku untuk mencilok daripada berpuasa.Ini waktu zaman aku tengah ligat!(Darah muda semua nak cuba.)Itu sahaja alasannya.
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Pernah…aku kurang bermain bunga api & mercun kerana zaman kecil (aku di kampung.) lebih mengenali palong,karbait & tin milo.Kasi peranglah…lagi pun kos 2 biji butir di atas tidak memungkinkan budak kampung membelinya.
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Nasi…mesti dapatkan nasi.Tidak kisahlah nasi apa pun.
Lagu raya manakah yang anda suka??
Khairil Johari-Sepasang kurung biru mp3.cekodok kat sini.
Tahun ini anda beraya di mana??
Sudah bertahun-tahun aku raya di kota.
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tidak…
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Minum air sirap.Tolonglah tukar air lain pula raya kali ini…hehehe.
Sekian,tiada siapa nak aku tag lagi…










Ishk… cuti ni. Mmg sistem pondok cuti 2 bln dari nisfu syaaban sampailah lepas raya ni. Pastu kena pegi balik..
September 29th, 2007 at 6:22 am
ohh…sesungguhnya baru sekarang tahu…alamak eh…malunye aku!
September 30th, 2007 at 5:47 am
Hehe.. bro, kita buat link exchange nak takk..? hehe…
October 1st, 2007 at 3:24 pm
ok,blog ni pernah dapat pagerank 2.Tak tau mana silap,habis…
October 1st, 2007 at 5:30 pm
Oke saya dah letak link along dah. Ttg PR tu rasanya tak brp penting, traffic yg lebih penting. Kan..?
October 1st, 2007 at 5:44 pm