Kenapa penggila?
Saya mendapat respons mengenai domain ini.Saya menanggung satu risiko yang tinggi di mana keyword “penggila” ini langsung tiada carian di search engine untuk kategori domain.Saya sudah pun mencuba dengan beberapa tools,memang tiada.Logiknya siapa nak cari “penggila?”.Namun saya ada sebab yang tersendiri.
1.Saya begitu teruja dengan domain ini.-Begitu juga saya mengharapkan keterujaan anda yang melihat link ke sini & terus melawat ke sini.
2.Ada sesuatu yang menarik mengenai “penggila” yang perlu anda ketahui.-saya belum start proggress mengenainya & akan sampai waktunya nanti.Tunggu…
3.Kebanyakan web yang muncul dalam keyword penggila datang daripada Indonesia.-Indonesian walaupun kurang daripada segi ekonomi tetapi kelebihan dalam beberapa aspek melangkaui keupayaan kita dengan perbezaan yang sangat ketara.Ada yang perlu di beri perhatian di situ.
4.Hanya penggila yang akan bercerita tentang satu perkara sehinggakan walau tiada apa yang hendak diceritakan lagi, penggila boleh bercerita dengan tiada masalah.Malah masyarakat kita sering mengklasifikasikan perkara yang menakjubkan/dahsyat/gempak/tidak puas hati dan lain-lain dengan label “GILA”.
Jadi kesimpulannya bukanlah saya mahu anda menjadi orang gila,malah saya sendiri tidak gila.Penggila & orang gila berlainan maksud ye!
Tetapi orang gila pun ada keistimewaan yang tersendiri juga.Jangan memandang rendah pada insan-insan yang sebegitu.Ada rahmat disetiap kejadian.Wassalam…
P/s-Dengar lagu orang gila daripada Dr Kronik,gila ar arrangement lagu tu.










hi..
pndai u buat kajian keyword ye..mmg x disangkal yg indon mmpunyai ramai penduduk dan awk melihat itu sbg satu kelebihan kpd u..
February 17th, 2007 at 3:38 am
[...] Anda seorang penggila…maka terjawab segala persoalan di atas, atau anda boleh baca maksud penggila bagi saya di sini. [...]
March 14th, 2007 at 4:12 am