Oh!,Ini cap ayam rupanya yea…

untitled-3.jpg

Ini bukan promosi percuma untuk produk ini,sekadar tulisan kecil untuk memahami perkara yang besar.(Bila sebut cap ayam ramai yang pandang negatif.) & yang penting aku tiada kena mengena dengan organisasi tersebut hatta kaum kerabat dan seorang insan pun haram aku kenal dalam organisasi dia orang.

Kau juga sudah tentu pernah mendengar dan menggunakan produk keluaran cap ayam ini.Kalau tidak pernah,80% aku katakan kau memang baru mengenali Malaysia atau kau hanya insan yang hanya tahu membeli sahaja tanpa ada rasa sensitif yang tinggi terhadap benda yang ada di depan mata kau.

Produk ini sudah berada di pasaran sejak tahun 1892 seperti yang mereka dakwa pada setiap label keluaran mereka.Ada sesiapa yang mahu membantah?Kalau kau ada bukti dan sumber kewangan yang kukuh aku persilakan kau bawa bukti itu ke institusi kehakiman untuk dakwaan salah laku dan aku akan bagi tabik spring kepada kau kerana merubah sejarah.

Menduduki senarai jenama yang ke 243 di Asia dan pertama untuk produk makanan dalam tin bukan sesuatu yang boleh di pandang sinis.Dengan web yang penuh segala informasi berkenaan mereka,aku tidak merasa yang jenama cap ayam itu sesuatu yang boleh di pandang sinis.Mereka mengikuti segala perkembangan pasaran.

Jauh di sudut hati aku,aku dapat merasa yang perbezaan “ayam brand” dan “cap ayam” sahaja yang menjadi tembok pemisah pemikiran bangsa yang bernama melayu.

Tidak tahulah pula kalau rasa aku ini pedas,manis,masin atau kelat…

2 Responses to “Oh!,Ini cap ayam rupanya yea…”

  1. am says:

    wahhh… bagus-bagus yer info dalam blg ni… dulu-dulu rasanya pernah masuk sekali…

    betul sangat cakap hang tu.. beza chap ayam sama ayam brand memang ketara.. yang tak harus diabaikan…

  2. alongovtx says:

    lain blog lain infonya Am…please come again!

Leave a Reply

This entry was posted on Monday, November 12th, 2007 at 11:39 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Iklan:ada perkara baru

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • July 2009
    M T W T F S S
    « Jun    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031